# 7

120 5 0
                                    

Kedengaran pintu rumah ku diketuk , hesy siapa pulak ketuk-ketuk ramadhan ni uhuk.. pintu ni.

Buka sahaja , nasib tak jatuh lihat wajah si gerangan dan yang disanjung effa

" Nak apa -- "

Effa melanggar bahu ku dan terus terjah masuk kedalam macam rumah ni dia yang sewa

Duduk sahaja di sebelah effa , dia terus bersuara " isuk hangout jom , esok kedai tutup kan.. "

" Malas ah aku , nak kemas rumah "

Tiba-tiba sahaja kepala adrian memandang kiri , kanan , atas , bawah macam sawan anjing

" Nak kemas apa ? Bersih je aku tengok"

"Rumah aku sukati aku la " balas ku bersenghaja

" Ala bole la .. okey ? "

" Yelah demi kau yang tak seberapa nak cantik ni uhuk " balas ku sambil berlakon tangan di mulut seperti orang cough

***

Jam 2 petang aku sudah berada di butterfry mall (main hentam je weh) menunggu kedatangan yang mulia effa dan pakwe nya wafry

Ok dah nampak batang hidung effa yang baru sahaja nak masuk kedai besar ni.

Pakwe effa ada dua ke ?

" Hai ain ! " Sapa effa dari jauh , aku hanya tersenyum comel

" Ha ain , ni pakwe aku wafry , sebelah ni kawan dia , adib "

Aku tahu lah nama pakwe kau wafgoreng. Setiap hari kau bercerita kot..

Woh woh woh woh , dis mahn again ?

" Jom ah gerak " kata wafry apabila suasana sepi sebentar 0.01 sec tadi

" Jom sayang " effa memaut tanganya bersama tangan wafry. Seweed nya dia...

Eh? tinggal aku dengan adib ?

pfft.

Aku mengeluarkan henfon ku dari beg sambil berjalan dibelakang adib

To Fadir💞 :

Assalamualaikum awak , awak kat mana ?

From Fadir💞 :
Wasalam kat ofis

Mana 'sayang' dia ? Dia bukan selalu nya cakap sayang ke ? Uhuk

" HOI ! "

Aku tersentak bila adib memanggil ku dan...

Bush !

" auch ! "

Aku terlanggar lengan adib , eh bongok nya !

" So--sorry HEHE " aku tersengih macam kerang wangi uhuk

" Jalan tengok depan bukan henfon tak seberapa kau tu " adib meneruskan jalannya dan aku terkaku terpaku ternganga terstop

aku taknak ditegur lagi so aku berjalan disebelah adib :'

" Nak gi makan dulu ke wayang ? " Soal effa didalam lift

" Makan dulu , aku lapar " balas adib dengan nada biasa garau. lapar ? Makan lah bunga rose HEHE.

" Okay "

***

Masuk sahaja kedalam restaurant, kami memilih tempat duduk di hampir cendela kaca yang menampakkan suasana di luar itu.

Aku dan effa duduk berhadapan dan ehem adib sebelah aku. ceh.

sedang kami membelek buku menu , aku ternampak susuk tubuh seseorang yang ku amat kenali , mata ku terus bersinar-sinar

tapi ia nya sekejap sahaja , senyuman ku mati apabila nampak figura seorang perempuan yang duduk bersama nya.

ya , fadir.

aku cuba tepis fikiran negatif itu dari minda ku. mungkin one of client dia kan ? kita mana tau .

aku cuba untuk menghantar satu mesej kepada nya

To Fadir💞 :

Hai awak , buat apa tu ?

Aku melihat gerak geri fadir yang memandang kepada henfon nya , belum lama dari itu telefon ku berbunyi

Ting!

From Fadir💞 :

Tengah meeting dengan client

Kan aku dah kata , tu client dia tu .. ye clien.. dia.

pegang tangan client dia ( ಥ_ಥ )








Karna Ku Cinta [SU]Where stories live. Discover now