Aku menjeling kearah nya sebelum memandang ke tempat lain , tak ada masa nak layan dia.
Crush tak crush, sayang tak sayang, cinta tak cinta, kalau dia yang tembak aku, sah sah lah aku marah!
Lelaki tersebut menggaru belakang leher nya sebelum berdehem seketika ,
" Aku-aku minta maaf "
Mendengar sahaja itu yang terluah dari mulut lelaki itu , aku ketawa sakan , lelaki itu mengerutkan dahi.
Aku memandang wajahnya tapi kali ni serius,
" awak ingat dengan maaf awak , boleh pulihkan sakit saya? Apa niat awak sebenarnya? Memang nak saya mati ke apa? Kalau saya mati, awak takkan dapat beli bunga saya lagi lah "
" Look , aku dah minta maaf kan ? Memang , maaf aku tak boleh nak sembuhkan sakit kau . Kau cakap je dengan aku kau nak apa supaya aku dapat kemaafan dari kau . Aku taknak tanggung dosa "
Aku menghela nafas sebelum berkata tetapi ada sesuata yang menghalang ku dari berkata , pintu bilik wad ku dibuka seseoranh maka terpancul lah wajah mak dan
Cik sa?
" Aku nak kau kahwin dengan dia! Baru aku dapat maaf kan kau! Kau tak nak tanggung dosa kan? "
Membulat mata ku mendengar setiap ayat yang keluar dari mulut mak.
" Ap-apa dosa saya pada cik fi ? "
" Hei ! Anak aku tu yang kau cuba nak bunuh tu ! "
Cik sa mengusap lembut belakang badan mak supaya bawa bertenang,
" Aku nak minta maaf bagi pihak anak aku " cik sa berhenti bercakap sebelum kepalanya menoleh kearah anak terunanya
" Terima je adham "
AKU sedaya upaya menahan riak wajah . Entah nak gembira ke tak sebab dapat kahwin dengan crush.
Dah lah lusa nikah , sebab lusa tu aku dah discharge dari hospital ni. Kalau tengok dekat drama , kahwin paksa je terus kahwin tapi ni tak , nikah dulu.
Buat apa nak nikah kalau kenal pun tak? Buat malu lah mak ni!Pintu dibuka sesorang , dan terpancul lah wajah doktor hisyah yang rawat ku selama ni
" Kenapa doktor? "
" Tak ada lah , saya nak bagitahu awak je yang esok dah boleh balik bukan lusa sebab tengok perkembangan awak, semakin pulih " jelas doktor hisyah membuat kan aku terkejut , besok ?
" Hmm ba-baiklah terima kasih doktor "
Doktor hisyah hanya mengganguk simbol baiklah. Sejurus itu tubuhnya keluar dari bilik wad.
Aku memejamkan mata dengan dahi yang berkerut
Esok balik? Bagilah seminggu lagi biar tak ada acara !
Serabut.
YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Storie breviAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...