" AIN dengan adham okay ? "
aku yang baru hendak menghirup karamel latte terus terbatal niat. air liur diteguk sebelum berdehem membetulkan anak tekak.
" okay ? okay apa ibu ? "
naif sangat jawapan tu .
" hidup sebagai suami isteri lah , ada yang tak kena ke apa ke ? "
senyuman dibibir ku carik buat ibu yang berada dihadapan ku ini.
Ceh.
" Hmm okay , okay macam tu saja lah ibu . Tak ada yang special pun " jujur ku. Karamel latte dihadapan ku main-main dengan sudu.
" adham... masih layan kamu macam kawan? "
Aku sekadar mengganguk. Memang itu pun hakikat nya.
" Tak apa lah . Adham tu anak ibu , ibu kenal dia. Kalau dia kenal ain , mungkin dia selesa sebab dia tak cepat gaul dengan orang asing "
Bibir ku berbentuk bulat sambil terangguk-angguk , patut lah dari awal lagi muka sombong saja di tayang!
" Ha , ibu ada tips untuk pikat hati si suami , kamu cuba lah ya sikit-sikit , lama-lama nanti okay lah tu , ibu dulu pakai tips ni untuk ayah kamu tau "
Dah mula dah ..
typical drama malay mom.
- -
PERGERAKKAN ku terhenti apabila telefon bimbit berbunyi menandakan ada panggilan.
nombor tak dikenali? siapa ni?
Malas hendak jawap aku biarkan sahaja , buat apa nak angkat mati-mati nanti scammer!
Aku menyambung semula menggosok baju dengan sterika dengan tidak pantas nya , pemalas!
Tiba-tiba telefon berbunyi lagi , nombor telefon yang sama. Siapa ni?
Dengan tak rela nya aku menjawap , dada skrin telefon ku bawa ke telinga untuk memudahkan pendengaran.
" Assalamualaikum ? "
" Ain .. "
Tubuh ku terasa mengeras apabila mendengar nama ku diseru oleh orang yang berada di dalam panggilan tersebut.
Tak.. Tak mungkin ?

YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...