SUDAH seminggu berlalu , namun tiada tanda-tanda bahawa adib akan mencarinya sehingga kesini. Aman sedikit hidupnya.
Namun masih statik mendung dan jarang nampak bibir mungil nya mencarik senyuman. Cuma kepada orang yang tertentu sahaja.
Selama seminggu , hanya beberapa kali sahaja makan nya. Boleh dikira guna tangan. Sudah puas mak memujuknya makan bersama namun berdiri pun susah untuk diarahkan . Tunggu diugut , baru boleh.
Hadi yang tidak tahan akan melihat kakak yang begitu , mengepal buku lima. Perasaan marah membuak-buak. Tidak sanggup melihat kakak nya mendung seperti dulu. Cukup sekali.
" Sabar hadi , biar lah kakak kamu ambil masa " pujuk mak . Melihat akan tangan hadi yang mengepal buku lima , tahu sudah bahawa anak bongsu nya itu marah kepada suami ain .
" Tak mak tak ! Hadi dah tak sanggup tengok akak macam tu mak " rintih sahaja suara nya memberitahu .
" Mak faham . Biar lah kakak kamu tu . Nanti kita pujuk , biar dia ambil masa dulu "
Hadi mengeluh . Pintu bilik kakaknya dipandang sekejap sebelum pandang semula kewajah mak nya dan menggangguk.
" Yelah .. " mulut kata lain , hati kata lain .
- -
Meja makan di ketuk berkali-kali menunggu jawapan dari lelaki dan perempuan tak guna didepan nya ini.
" Any answer ? " Sudah seminit berlalu dia menunggu namun dua pasangan ini hanya membisu.
" Hadi - "
" Kalau kau rasa tak ada sebab kau nak buat kakak aku macam tu , habis tu kenapa buat ? " Soalan yang tiada jawapannya diulang semula lagi .
" Aku tak cinta kan dia , kau faham tak? Aku cinta kan kekasihaku , takkan aku nak tinggalkan kekasih aku demi kakak kau tu ! "
Meja ditampar kuat sehingga terdiam satu kedai dan memandang kearah mereka. Tajam sahaja mata hadi memanah tepat ke arah mata farzana. Terus cuak perempuan itu dibuatnya.
" Kau asal pandang isteri aku macam tu? Ada masalah ? "
Jari telunjuk diarahkan tepat di wajah farzana yang pucat bak tiada darah itu.
" Perempuan ni , kau kenal dia berapa lama ? "
" Setahun lebih , asal ? " Kening dijongketkan.
" Setahun tak cukup bro. Kenal dia 5 tahun baru kau tahu " perkataan ' 5 tahun ' ditekan oleh hadi , ditekan dan diperlahankan biar jelas.
Dahi adib berkerut pelik.
" Maksud kau ? "
" Takkan tak tahu , ni isteri kau bukan isteri aku heh ! " Punggung diangkat dan sejurus itu berlalu keluar dari cafe. Dan tak lupa membayar kos minuman. Heh
Syaza yang dari tadi mendiamkan diri sudah merenung tajam mata kakak ipar nya itu. Dia juga tahu siapa 'farzana' , cuma abang nya itu buat-buat bodoh , sayang konon!
" Abang , syaza balik dulu lah , panas kat sini " tangan dihayun kemuka ganya mengipas , sempat mata menjeling sekejap.
" Biar abang - "
" Tak apa lah , syaza balik guna grab sahaja . Abang balik lah dengan isteri kesayangan abang ni okay ? " Senyuman paksa di ukir sebelum keluar dari cafe.
Tangan dibawa meraup wajah ,
" Bie tak faham lah mereka semua ni! "
" Bie sabar lah , tak payah dengar sangat diorang tu , nanti bie stress macam mana ? Sayang yang susah , dah jom teman sayang shopping okay? "
Nasib baik lah ada isteri nya ini memujuk hati. Sejuk sedikit.
" Lepas shopping nanti , sayang nak pergi ke some where , bie balik dulu , tidur okay "
- -
SUDAH jam 10 malam pun , isteri nya itu belum balik. Pergi mana entah. 'somewhere' katakan.
Bunyi pintu utama dibuka mengalihkan pandangan adib , terus dia berlari turun dan melihat jikalau itu isterinya.
Tepat! Isterinya.
" Sayang , sayang dari mana? Penat bie tunggu "
Jalan farzana yang terbongok-bongok , sebelah tangan memegang badan belakang itu mengundang dahi adib berkerut.
" Kenapa dengan sayang ni ? Sayang okay tak ? Jatuh ke tadi ? Sayang dari mana tadi ? " Bertubi-tubi soalan dilempar oleh adib dalam satu nafas , risau .
Farzana naik rimas, dia letih macam ni pun nak banyak tanya!
" Diam lah bie! Sayang letih ni , sayang nak tidur "
Adib hanya menghantar farzana naik dengan lirikan mata . Dah kenapa dengan isteri kedua nya itu ?
Dulu shopping berjam-jam pun tak sakit belakang , ni dah kenapa ? Musykil..
- -
Ges !
Nak tanya , you ges team Ain×Adib atau Adib×Farzana ?
Atau Hadi×Syaza WAHAHAHAHA
first of all sis nak tahu macam mana cerita KKC ni ?
Best ?
Biasa ?
Boring ?
Bab 1 memang pendek , dan bab seterusnya tapi caya lah bab yang latest ni panjang 👍 wew.
So ses rasa entah lah macam panjang lagi story ni wuhu ~
YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Cerita PendekAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...