Dengan perasaan yang masih mamai , aku gagahi jua diri bangun untuk solat subuh. Aku bersenam sekejap apabila berdiri dan membuka langsir bilik,
Kejap , aku ?
Aku berpaling ke belakang . Seakan tak percaya , macam mana boleh ?
Aku berpaling pulak ke atas sofa silih berganti dengan katil , aik ?
" Ermm "
Aku yang perasaan akan suara adib , cepat-cepat berpaling , alahai liat nya bangun. Aku menggeleng sebelum mengorak langkah mendekati diri nya
" Awak , bangun , jom solat subuh "
Tiada respon.
" Awak bangun lah "
Senyap.
Lahai , susah sangat nak bangun , letih sangat ke dia ni ?
" Ba- "
" Kejap lagi lah , 5 minit " balas nya dengan mata yang masih tertutup
Aku menggeleng , " tak boleh lah awak , nanti masa habis. Jom? "
Kedengaran adib mendengus sebelum duduk diatas katil menggaru kepala nya .
Aku terus berjalan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu'
***
Selepas habis menunaikan solat subuh , aku menuruni anak tangga ingin menuju ke arah dapur , kelihatan ibu mertua ku sedang ralit memasak
" Selamat pagi ibu "
Ibu berpaling kebelakang sebelum mencarik satu senyuman , " pagi "
" Ibu masak apa ? Sedap nya bau "
" Ibu masak nasi goreng kampong macam biasa , nak kata setiap hari masak benda sama , tapi mereka semua tak pernah laku well tengok lah chef dia "
Sempat lagi ibu memuji dirinya sendiri , aku tersenyum sendiri , sungguh ibu adib sangat baik , melayani nya dengan cukup sempurna.
" Ain , panggil suami kamu turun , makan "
Aku sekadar mengganguk sebelum mengorak langkah mendaki tangga
***
Adib yang tidurnya lena terganggu dek gangguan bunyi telefon berdering , di ambil nya telefon yang berada di meja sebelah katil ,
Tombol hijau di gesel ke sebelah sebelum dada telefon di letak di telinga
" Hi bie ! " Sapa orang yang berada di talian.
" Hm hi " balas adib acuh tak acuh
" Macam nak tak nak je layan aqish . Merajuk lah gini "
" Okay okay sorry babygirl , adib ngantuk sangat hehe "
" Ye lah , adib free tak petani nanti ? Teman aqish shopping nak ? Rindu adib sesangat ! "
" Petang ni ? Okay , dengan visgoes mall ? Pukul 2 okay baby girl ? "
" Okay ! Ni aqish sayang sangat dengan adib ! Mwah babai "
" Bye bye babygirl "
Adib menutup panggilan tersebut sebelum diletakkan semula diatas meja.
Perlahan-lahan kakinya mengatur jalan ke arah pintu , alangkah terkejut nya apabila melihat ain berdiri disebelah pintu .
" Ain? "
Aku yang baru tersedar dari lamunan terus menghapus air mata dan memaksa untuk mencarik senyuman,
" Aw-awak ibu panggil makan " sejurus itu aku terus berlari turun ke dapur
Sakit hati apabila terdengarkan perbualan adib dengan sesorang dengan panggilan 'babygirl' , cemburu? Siapa kata tak ?
Tapi terlalu awal untuk semua benda tu berlaku , sebab perkahwinan ni pun bukan atas kerelaan hati sendiri. Aku cuba untuk membuang perasaan tersebut takut makin melarat. Nanti hati sendiri yang sakit.
***
Ada yang dah tidur ke ? Hehe last update for today , okie goodnight 💕

YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...