Minuman yang dipesan tadi sudah terhidang didepan mata sebelum ku sirup nya. Tekak kering ni!
" Kau nak apa jumpa aku ? " Soal ku , kalau boleh straight to the point.
" Aku nak minta maaf sebab hari tu tinggalkan kau , aku tak ada niat pun nak buat macam tu cuma aku tak sangat kalau dia betul-betul buat apa yang dia cakap "
" Kau pernah cakap dengan aku dulu yang aku ni seperti nyawa kau sendiri , mana bukti ? " Aku menjongketkan kening.
Effa menghela nafas , " sumpah aku tak ada niat nak biarkan kau seorang diri cuma masa tu aku takut sangat , sorry .. "
" Kalau sorry kau dapat putar kan masa , aku maafkan kau "
" Maksud kau ? "
" Aku dah kahwin effa. Dah kahwin. Kau faham tak dah kahwin ? "
Muka nya menunjukkan riak terkejut , " k-kahwin dengan mamat tu ? "
Aku menggeleng , " bukan dia tapi polis "
Dahi nya berkerut seakan tidak faham " kau boleh tak cerita tu biar aku faham? "
" Masa tu ada polis , aku bersyukur lah masa tu sebab ada orang tolong , tiba-tiba polis yang cuba untuk tembak mamat tu terkena tembakan arah aku , aku pun rebah "
" jap , sebenarnya polis tu aku yang telefon " balas nya mengundang decitanku
" So apa kena mengena dengan kahwin? " Sambungnya
" Dia taknak tanggung dosa sebab tak dapat kemaafan dari aku, aku belum cakap lagi apa aku mahu tiba-tiba mak datang cakap kahwin dengan aku baru dapat kemaafan "
" Oh faham faham " kepala nya mengganguk banyak kali
" Tapi .. "
Effa menjongketkan kening nya menandakan menunggu sambung ayatku.
" Adib macam tak suka ja dekat aku "
" Adib? Nama laki kau ? " Aku mengganguk.
" Ala sabar la , kau pun belum kenal dia lagi kan? Kau pergi la rapat-rapat kan diri dengan dia tanya sikit banyak tentang diri nya "
" Tak dapat effa " balas ku sayu
" Kenapa ? "
" Dia ada girlfriend weh " air mata yang cuba untuk menitis ku tahan , apabila teringatkan adib berbual di telefon bersama seseorang.
***
Sorry pendek bab ni. Btw tekan bintang comel kat bawah tu okie?
YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...