Masuk sahaja ke dalam rumah , aku terus duduk di sofa , mata dipejam rapat menahan sakit , sampai menitis air mata ,
Sakit sungguh sakit , bukan sakit hati tapi sakit kaki , sampai lebam besar, kaki apa entah.
" Kenapa ni ain? "
Kelopak mata ku terbuka luas apabila terdengar suara ibu , sofa sebelah ku terasa tenggelam mungkin ibu duduk
Cepat-cepat ku kesat airmata takut ibu nampak, nanti banyak tanya pulak.
" Err apa bu ? "
Ibu memuncungkan bibirnya di arah bawah , " tu kaki ha , kenapa lebam? "
Duh! Nak jawap apa? Takkan lah jawap 'makwe adib dia hentak kaki ain' macamtu? Tu nama nya tempah maut!
" Jatuh tadi bu hehe " aku tersengih , menutup rasa janggal sebab jawap jawapan yang salah
Tiba-Tiba ibu ketawa , aku mengerutkan dahi , apahal?
" Jawapan kamu tu macam dalam drama tv3 ain .. "
Sekali lagi aku tersengih, malu gila bila ibu dapat hidu jawapan kita salah, lagi-lagi aku ni menantu, nanti kena cop menantu penipu , HWARGHHH
" err tadi ada 'orang' terpijak kaki ain tu yang lebam bu "
" Lahhh yeke ? Siapa orang tu ? "
" Entah " jawap ku slamba dan penuh konfidenasi , eh?
" Hmm tak apalah kalau macam tu , ibu masuk bilik dulu ye? " Seraya itu ibu berdiri dan berjalan ke bilik tidur nya , malam ni ibu balik kerumah nya , hari ni dia disini pun sebab tak ada orang kat situ
aku pulak berdiri dan menuju ke tingkat atas perlahan-lahan setapak demi setapak.
Masuk sahaja ke dalam bilik , aku terus meluru ke dalam bilik air dengan baju berada didalam tangan.
Usai mandi , aku keluar bilik mandi dengan tuala diatas kepala , takut-takut ada adib didalam bilik ini.
Tepat sekali tekaan ku , adib ada didalam bilik duduk dibirai katil sambil bermain henfon , message makwe dia lah tu , aku abaikan sahaja , aku duduk di kerusi meja solek menghadap cermin.
Rasa janggal pulak sebilik dengan adib selepas apa yang terjadi petang tadi. Aku berdiri semula mencapai telekung dan sejadah untuk sebelum masuk waktu maghrib.
Aku membetulkan sejadah yang berada dihadapan adib , sebelum berdiri ingin berniat.
" Tunggu aku "
Tertangguh niat ku , dan menoleh ke arah adib ,
" Aku mandi dulu , tunggu kejap "
Aku hanya mengganguk dan duduk di birai katil sambil menunggu adib. Tiba-tiba bibir ku mengukir kan senyuman , adib masih sudi menjadi imam nya walaupun lepas 'terlanggar' dengan makwe kesayangan dia
***
Lama sangat ke sis menghilang? HAHA sorry , busy dikit 🤭
YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...