Riuh rendah satu meja semasa sarapan dengan gelak tawa mereka , tapi bukan aku. Aku menguis-nguis nasi diatas pinggan itu entah tak ada selera.
" Ain , kenapa tak makan ? "
Aku mendongak memandang wajah ibu , aku hanya tersenyum kelat , " hm ain kenyang sebenarnya "
Aku terus berdiri dan berjalan menuju ke singki , tiba tiba papa bersuara
" Ain , adham papa nak cakap sekejap "
Paip singki ku tutup sebelum mengatur arah berjalan ke meja makan dan melabuh punggung disebalah adib.
" Kenapa pa ? " Soal adib.
" Papa ada hadiah nak bagi kat korang berdua sempena perkahwinan baru kamu "
Hadiah? Hadiah apa?
" Hadiah apa pa ? "
" Rumah , ayah dah letak nama kamu berdua , jadi jaga elok-elok rumah tu ye ? Petang ni dah boleh gerak " kata ayah dengan serius.
Rumah? Tinggal berdua dengan adib? Tak awkward ke tu? Aduh
" Petang ni? Cepat nya.. ibu belum sempat lagi nak borak dengan menantu ibu ni " sampuk ibu dengan nada yang sayu, alahai.
" Err.. betul tu pa lagipun adham ada kerja sikit petang ni tu yang tak boleh "
Papa hanya mengganguk , ibu pulak sudah tersenyum kemenangan , aku ? Takyah tanya, pening ni!
BEG bagasi yang berada di atas almari ku capai sebelum menyimpan kesemua baju adib kedalam nya . Baju ku? Masih elok dalam beg bagasi.
Sedang ku ralit menyusun baju nya , tiba bunyi deringan telefon bergendang di halwa telinga , cepat ku mengangkat nya
" Hello? "
" Err ain .. "
" Hmm ? " Balas ku acuh tak acuh
" Aku nak sangat jumpa kau , boleh ? Petang ni pukul 2 ? Dekat tempat biasa , please ? " Rayu nya .
Aku menjeling mata ke atas , hesy macam-macam " ye lah ! "
Aku terus tutup talian tersebut dan menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi.
YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Cerita PendekAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...