Aku menutup bonet selepas semua beg pakaian sudah berada di dalam sana , aku mendekati mak yang berada di pintu ,
" Mak , ain pergi dulu " aku menyalam tangan mak , mak tidak melepaskannya
" Duduk lah sini lama sikit " kata mak dengan nada sayunya
" Tak boleh mak , kesian dengan syaf dengan salid tu "
Mak mengeluh ,
" Ye lah kalau macam tu , hati-hati dijalan ye sayang ? " Mak memeluk ku sebelum dileraikan
" Okay mak ! "
Aku berjalan menuju ke pintu bahagian pemandu dan memasukinya , sebelum meluncur diatas jalan raya , sempat aku melambai kearah mak yang dipintu
***
Aku membuka pintu rumah sebelum melangkah masuk ,
" Assalamualaikum "
Aku menutup semula pintu dan menguncinya apabila selamat masuk kedalam
Aku membawa beg pakaian ku masuk ke dalam bilik tidur , masuk sahaja kedalam , aku melompat diatas katil.
remote penghawa dingin yang berada di meja tidur ku capai untuk menghidupkannya
" Haa sejuk nya ~ "
Tuala yang berada didalam beg pakaian ku ambil dan memasuki bilik air untuk membersihkan diri .
Selesai mandi , aku menunaikan solat zohor yang tertinggal tadi lepas tu solat asar pulak.
Usai solat , aku membaringkan semula tubuhku diatas katil , dan mencapai henfon yang berada di atas meja tidur
Bosan lah pulak whatsapp aku ni , tak ada orang yang mesej ಥ_ಥ
aku keluar dari aplikasi whatsapp dan memasuki instagram,
scroll..
scroll..
scroll..
@syaza.56
[Image]
Caption : shopping with kesayangan 😘💞
1,253 likers , 30 comments .Kejap..
Wait..
What ?!
***
Siapa kah syaza ?
YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...