# 47

79 2 0
                                    

Bonet ditutup semula apabila semua beg bagasi sudah dikeluarkan.

Joe , pengawas ain selama 2 hari setengah hari dipanggil adib mengarahkannya untuk membawa beg nya masuk. Joe akur.

Nafas di hela dengan berat sebelum kaki melangkah masuk kedalam rumah agam milik orang tua nya.

Pintu yang tidak kunci dibuka dan dibawa diri masuk kedalam nya. selamat sahaja masuk , pintu ditutup semula.

" Selamat datang tuan muda " mak limah membonggokkan sedikit tubuh nya hormat sebelum berdiri tegak semula.

" Mana ibu dengan ain? "

" Dekat atas tuan muda "

Adib hanya mengganguk dan membawa kaki laju melangkah mendaki tangga atas. Tak sabar rasanya mengejutkan ibunya. Lagi-lagi ain.

Ditangga terakhir, adib terhenti apabila terdengar suara seperti orang menangis, ibu ke menangis? Ayah outstation seminggu sahaja kot

Pintu bilik yang terbuka pintunya di jenguk sedikit. Dirinya mengeras apabila kepala ain selamat melentok di bahu ibunya , tangan ibu pulak mengusap lembut belakang ain.

Laju sahaja kaki ini menerpa masuk ke dalam dan menghampiri mereka.

" Kenapa ni ?! "

Ain yang sedikit terkejut terus merapati ibunya dan jauh sedikit dari suaminya.

Adib yang memandang nya terus kening bertaut pelik.

" Ka..kau kenapa ni ain? "

Ibu yang mendengar hanya tersenyum sinis , kenapa konon.

" Adham boleh keluar tak ? Ain perlu masa "

" Adham suami ain , masa kan adham tak boleh ! " Keras sahaja suaranya. Sakit melihat airmata itu jatuh tanpa mengetahui sebabnya.

" suami ? suami jenis apa kamu ni ? "

Semakin bengang adham dibuatnya , kenapa ibu jadi macam ni soalnya ?

" Apa ibu ni ? Adham tak fa..faham " kepala yang tidak gatal , digaru.

" kamu buat apa sahaja di bali ? "

" Kerja , meeting , kerja , meeting , tidur "

" selain dari pada itu ? "

Adib mengeluh geram , tah apa-apa lah mereka berdua ini.

" Straight to the point ibu "

" Awak cu..curang belakang saya "

Disuruh ibu yang menjawap , ain pulak menjawap dengan esakan nya.

Adib tergamam, curang?

" Apa kau cakap ni ? Bila masa aku curang ? "

" Tipu! Awak tidur dengan perempuan lain " geram sahaja ain dibuatnya. Jawap dengan jujur tak boleh ke ?

" Jangan menfitnah suami "

Ibu yang hanya mendengar drama tersebut terus merampas telefon bimbit milik ain diatas katil dan membuka nya.

Gambar tersebut ditayang betul-betul dihadapan muka adib yang mula cuak.
Memang betul tekaan mereka.

" Adham tolong jujur dengan ibu , farzana ka tu ? "

Adib terkelu lidah. Tidak tahu mahu jawap macam mana. Melihat raut wajah ain yang sembab membuatkan adib mengeluh. Dia bodoh!

" Farzana isteri adham "

Karna Ku Cinta [SU]Where stories live. Discover now