Masuk sahaja kedalam rumah , kedengaran mak seperti berbual
oh dengan henfon
" Okay , waalaikumsalam "
Dah habis? Baru je aku nak dengar lagi. Aku mendengus geram. Aku mula menapak masuk kedalam bilik
" Ain , tangan tu kenapa ? "
Terhenti langkah ku apabila mak menyeru nama , aku berpaling ke arah mak dan tersenyum , " tak ada apa-apa mak "
" Meh sini " kata mak dengan tegas
Aku menjeling ke atas sebelum berjalan menuju ke arah mak, baru sahaja aku melabuh punggung mak sudah pun berjalan ,
" Mak nak gi mana ? Tadi suruh duduk "
" Kejap lah , mak ambil first-aid ! "
Aku tersengih.
" Auch mak " aku mengadu sakit apabila mak mula mengubati tangan dengan ubat
" Sabar sikit lah "
" Sakit mak awwuuwww ! "
" Ha dah " kata mak sambil menutup kotak first aid
Aku memandang ke arah siku , dah rupanya hehe
Baru sahaja aku hendak berdiri , mak memegang tangan ku , aku terjatuh duduk semula ,
" Nanti mak ke bandar ain , mak datang rumah cik sa kamu "
Cik sa ? Siapa pulak tu ?
" Siapa tu mak ? "
" Cik sa lah , adik tiri abah kamu "
Aku hanya mengganguk ,
" Mak datang bandar ea ? Bila ? "
" 10 ni , ada acara dekat rumah dia "
' mak tak ingat birthday aku ke apa ? ' monolog ku sendiri
" Oh , okay lah kalau macam tu "
" Kamu nak datang ? " Soal mak
Aku memikirkan nya , tiba-tiba aku teringatkan sesuatu ,
" Tak boleh mak sebab 10 hari bulan tu ada orang booking bunga untuk event dia "
Mak mengganguk nya sahaja tanda faham , aku pulak sudah beredar masuk kedalam bilik

YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...