Selesai sahaja menyusun bunga-bunga itu , kami bergerak menuju ke arah adib yang sedang rancak berbual dengan rakan-rakan nya
" Excuse me ? " Kata syafiqah menghentikkan gelak tawa mereka. Adib memberi signal mengarah mereka menunggu sebentar
" Yes ? "
" Kitorang dah habis buat kerja , now kitaorang nak gerak balik "
" Eh jangan lah balik dulu , saya jemput korang berdua so duduk lah " pelawa adib membuatkan aku memandang ke syafiqah , agar dirinya tidak setuju
" Boleh ke ? Thank you . Jom ain "
Membulat mata ku apabila syafiqah bersetuju . Dia tak tahu ke aku tengah sakit hati ni ? Lagi-lagi terpandang kan syaza yang baru datang tu , hesy!
Syafiqah mengambil tempat duduk hujung sekali . Aku menghempas peha nya
" Kenapa kau setuju ?! "
" Apa?! " Balasnya sambil menggosok-gosok peha nya yang terkena tamparanku
" Ni datang sini , dekat kedai tu ? Dah lah salid tu lembap , entah-entah orang datang pun dia tak heran sebab sedang bermake-up bagai .. "
" Isy kau ni , aku lapar lah , alang-alang dia jemput kita , duduk je lah , susah ke ? "
Aku mengecilkan mata ku memandang syafiqah. Kalau lapar makan je lah dekat kedai lain , takkan sini jugak pilihan dia ..
" Weh weh weh " syafiqah menghempas bahu ku sambil mata nya memandang ke tempat lain
" Isy! Apa ? " Aku menepis tangan nya sebel memandang ke tempat yang sama
" Tu.... "
Aku mengecilkan mata untuk memandang siapa kah yang syafiqah cuba sampai kan. Membulat mata ku apabila orangnya itu..
" Biar betul ? "
YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Cerita PendekAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...