Tepat jam tengah hari , aku dan syaf sudah berada di hadapan rumah agam milik adib.
" Biar betul ni rumah nya ? " Soal syafiqah yang kelihatan tidak yakin
" Haah lah , kenapa ? " Aku menjongketkan kening ku
" Seram gila , dah lah tak ada jiran , rumah pun jauh masuk hutan "
Tepat! Memang itu yang aku fikirkan semasa pertama kali hantar bunga ke rumah adib.
Tanpa banyak cakap , aku dan syafiqah bersama-sama turun dari perut kereta.
Aku membuka pintu bonet sebelum meloloskan kesemua bunga keluar ." Ha kat sini pun korang ! "
Aku dan syafiqah tersentak. Sama-sama kami menoleh ke empunya suara. Aku menghela nafas. Pandang sahaja wajahnya , aku terbayang akan syaza minah instafamous tu
entah kenapa. aku sendiri tidak faham akan diri ku , kenapa kena persoalkan benda yang bukan milikku ?
" Hoi ! " Sergah syaf mengundang telatah ku
" Oh mak kau adib sayang ! " Sedar akan keterlanjuranku , segera aku menutup mulut ku dan memejamkan mata , apa aku cakap ni ! nampak sangat aku terfikirkan adib !
Deheman kecil adib membuatku bangun semula ke alam realiti. Kepala yang tidak gatal ku garu .
" So..sorry , saya TERsalah cakap hehe "
" Its okay , hmm semua bunga dah ada ke ? " Soal adib seperti tidak kurang mengubah topik
" Ha ? Oh . Dah , tinggal nak susun je , kat mana ? " Syafiqah menjawap apabila tiada respon dari ku
" kat meja hampir pintu masuk , sini saya tunjuk kan "
Syafiqah mengganguk sebelum berjalan , dia memandangku yang sedang termenung , di siku nya pinggang ku
" Oh burger mak nenek kau ! "
Syafiqah sudah meletuskan tawanya , anak ni ... !
" Kau ni ! "
" Kau lah termenung aja , dah jom ah "
Aku dan syafiqah sama-sama berjalan membawa kotak menuju ke tempat yang ditunjuk adib
***
Sorry kalau bab ni macam tak best ! Idea semakin berkurangan sebab tu lah , apa yang ada saya tulis.

YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...