Before that , sorry sebab lama tak update , sumpah sis blank dengan novel kedua ni , tah lah idea tak datang
--
" Assalamualaikum " jawap adib seraya memusingkan kepala nya ke kanan dan ke kiri.
Usai solat maghrib , kami pun menadah tangan untuk berdoa ke pada yang maha berkuasa sebelum di aminkan.
Adib memaling badannya memandang ke belakang sebelum tangan di hulur minta di sambut. Mata ku tidak berkelip memandang tangan tersebut. Dia nak aku salam dia? Selepas apa yang dah terjadi?
Tanpa melengahkan masa , aku pun acuh tak acuh sahaja menyalam tangan nya , sakit dihati masih berparut . Tapi dipendam sahaja tanpa dijadikan bualan , aku pun bukan siapa-siapa nak bertanya , lagi-lagi aku ni isteri yang bersebab bukan kerana cinta
Aku berdiri dan melipat sejadah dan juga telekung sebelum keluar dari bilik turun untuk menyediakan makan malam. Walau apapun yang terjadi, tanggungjawap aku sebagai seorang isteri kena laksanakan, taknak aku jadi isteri derhaka.
Turun sahaja dari tangga , aku terus masuk ke dalam dapur yang jauh nya hanya berapa tapak sahaja . Buka peti ais, mulut ku melopong , gila ke ?
Cuma ada dua biji telur dan dua ayam peha. Nak masak ke tak? Ish masak ajalah nanti mengamuk tak diundang adib tu.
" Ain "
Aku menoleh kearah adib yang segak memakai baju kemeja berwarna biru dan seluar jean hitam. Dia nak kemana?
" Aku nak keluar kejap "
" Tapi saya nak masak dah , awak taknak makan dulu ? "
" Tak pe lah , nanti aku makan , bye "
Belum sempat aku membalas , adih sudah pun meluru keluar ke rumah , laju-laju nak gi mana?
Oh lupa , dia ada makwe.
--
Biji telur ku ambil dan letak di sebelah sinki , kuali kecil ku ambil sebelum diletakkan di atas tambak , minyak olive oil berhampiran peti ais ku capai dan tuang sedikit sebanyak kedalam kuali sebelum api ku nyalakan.
Selesai memasak telur goreng , ayam pulak dimasak dan dimasukkan kedalam kuali yang mempunyai minyak banyak.
Siap dua hidangan itu , aku pun meletakkan diatas meja makan dan tutup mengguna tudung saji.
" Tak pe lah , nanti aku makan , bye "
Tersenyum ku apabila teringatkan ayat adib sebentar tadi, dia nak makan lepas dia balik rumah so aku kena tunggu takkan lah makan tak tunggu suami kan?
Sambil menunggu, aku mengatur langkah ke ruang tamu untuk menonton televisyen, kerusi panjang berhadapan televisyen jadi tempat ku melabuh punggung.
Siaran cerita 'senario 3' sedikit sebanyak membuatkan aku tergelak sehinggakan airmata pun menitis. Hesy lawak sangat dah tu.
Mata ku mula terasa layu dipertengahan cerita, aku membaringkan tubuh ku memandangkan sofa ini panjang muat 4 orang. Belum habis cerita, aku pun tertidur. Ni lah aku, tengok cerita je mesti nak tidur , mana tak nya drama pun ketinggalan. Dah bangun, cerita lain plak.
--
Cukup ? Nantikan update seterusnya hehe bye bye ✨
YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...