# 42

75 4 0
                                    

Hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu diantara mereka. Suara? Entah kemana tak kedengaran.

Suasana janggal apabila hanya mereka berdua yang makan bersama-sama. Ini buat kali pertama nya mereka makan macam ni.

Selama ni bukan nya dia makan bersama adib. Asyik-asyik keluar ja dengan farzana kesayangan dia tu.

Dimasak lepas tu buang. Kalau di simpan didalam peti pun sampai bila? Tak akan disentuh punya lah.

" Ain? "

Aku mendongak memandang tepat kearah mata milik adib. Aku mengangkat kening sebelah kiri menandakan 'kenapa?'

" Aku tanya ni , lepas ni kau kemana? "

" Saya 24 jam dekat rumah , kenapa ? "

Adib mengganguk sebelum menjawap , " lepas ni kita tidur rumah ibu dalam tiga hari macam tu "

Aku mengerutkan dahi tak mengerti , " kenapa nak tidur sana? "

" Aku tak ada dalam 3 hari ni sebab nak settle kan kerja yang tak siap " balasnya sambil menyambung suapan.

Aku mencebik dengan mengganguk-angguk, aku dekat rumah sorang-sorang setiap hari okay ja , ni dah kenapa?

- -

Bonet kereta ditutup sehabis sahaja memasukkan beg bagasi milik ku. Sekejap aku memandang ke arah rumah yang bakal ku tinggalkan untuk 3 hari. Aku mengeluh sebentar. Sebenarnya aku boleh aja tinggal sini 3 hari, macam lah aku tak biasa.

Pintu kereta di sebelah pemandu ku buka sebelum meloloskan diri ke dalam nya.

kereta yang dipandu adib , enjin nya di hidupkan dan dipanaskan sebelum berlalu membelah jalan raya menuju ke rumah ibu yang agak jauh dari rumah tempat tinggal nya sekarang .

Seperti biasa , biasa seperti . Hanya lawak hambak dj sahaja yang kedengaran di seluruh dalam kereta. Aku yang mendengar dj ketawa pun jadi malu sebab tak ada yang lawak. Setakat  tupai mati di makan semut , apa lawak ?

Di pertengahan jalan , mata sudah semakin layu dan me layu . Mana tak datang layu nya apabila diam je dalam kereta ni memang janggal habis lah . Kadang-kadang usha sedikit ke sebelah tengok muka serius adib . Wei hensem siot ! Suami aku tu woi suami aku !

Upps baru aku ingat . Tak yah bangga sangat , dia bukan bangga pun aku ni isteri dia siap ada makwe lagi , memang power habis .

- -

terasa ada sesuata yang menampar lembut di pipi ku , perlahan - lahan mata ku buka dan dikelip berkali - kali .

membuntang mata ku apabila memandang wajah seseorang yang terlalu dekat sehinggakan hidung hampir tersentuh .

tubuh nya ku tolak sekuat hati sehingga kedengaran bunyi ' buk ' .

" auuw ! sakit lah gila " marah nya sambil membetulkan semula posisi tempat duduk pemandu.

" aku nak bangun kan kau ja , dah hampir 10 minit kita kat dalam ni , hesy ! " dengus nya , tubuh di keluarkan dari perut kereta dan menghempas kuat pintu sehingga terhinjut bahu ku ke atas .

salah aku ke ? dia yang gatal sangat hampir - hampir ! Kepala digeleng kan sebelum meloloskan diri keluar dari kereta tersebut.

- -




Karna Ku Cinta [SU]Where stories live. Discover now