dah tiga hari aku tak bukak kedai, tiga hari tu jugak lah aku nangis. Yang kesiannya effa lah
3 hari dia tak dating dengan wafgoreng dia tu dan 3 hari tu lah dia membelikan aku tisu ( ≧Д≦)
tak dilupakan bebelan dia tu hesy!
" aku dah cakap kat kau masatu ! tu mesti dia tu yang dating hari tu eh ! kenapa lah kau ni positif sangat , mana negatif kau tu hah bongok ! ei nasib masa tu aku tak ikut kau hantar bunga kalau tak dah mampos dah perempuan bedak tebal tu ! "
" nasib lah aku ni orang nya baik , comel , cute kalau tak ei tak tahulah apa nasib si bedak tebal sama ex kau tu ! "
" dah dah lah tu ffa , macam kau plak yang putus cinta -_- " balas ku sambil menarik hingus masuk semula ke rumah nya
" memang lah bukan aku tapi.. SEMUA NI TAKLEH JADI WEH TAKLEH SAMA SEKALI " effa menggoncang-goncang bahu
" biar lah dia , aku move on ni , malas lah aku nak lama-lama "
" Ha kalau macam tu baru lah aku kawan kau ! Kau kena kuat ! "
( -_- ')
***
" Weh ain "
" Apa ? "
" ada orang nak kerja kat kita lah dia kata ada kerja kosong gak ? " kata syaf dengan mulut yang penuh nasi goreng
" ohh.. bagi je lah , isuk aku bukak kedai"
sreeettt
" Euw ! "
" Kau diam syaf ! Ni hingus aku bukan kau , diam je lah ! "
" ek eleh "
" kau nak aku potong gaji kau ke apa ? "
Terus dia diam. ha bagus lah tu demi duit sanggup kau eh
***
" Ain !! "
aku yang minum wondercoffee tersedak disebabkan nama ku yang comel itu dipanggil syafiqah
aku segera ke hadapan dan menuju kearah syafiqah
" ha nak apa ? "
" ni orang baru "
aku terus memandang belakang gadis itu , yelah dia membelakangi aku hoi
" ni dia boss kita " Kata syafiqah mesra ke pada pekerja baru itu
apabila perempuan itu berpusing , aku terkedu.
YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...