Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan, tangan pulak bercekak dipinggang.
Minda penuh memikirkan tentang acara yang sekejap lagi akan berlangsung.' lari ? Boleh guna ke cara ni ? '
Aku menggeleng , gila ke nak lari? Nanti mak nampak? Aduhh serabut
Jap kenapa nak serabut eh? Bukan nya dia crush aku ke dan ni impian aku?
Cepat-cepat ku menggeleng, menafikan semua itu. Semua ni tanpa kerelaan hati, dah lah aku belum sedia hesy
Tiba-tiba pintu diketuk dari luar sebelum dibuka, adik adib
Syaza.
" Akak , jom ? Majlis dah nak start "
Membulat mata ku , start ?
Tapi ku gagahi jua kaki ni mengatur langkah ke arah muka pintu , huluran tangan syaza ku capai ,
Syaza merasakan tangan bakal akak ipar nya itu sejuk. Dia menghela nafas.
Keluar sahaja dari bilik, kami menuruni tangga satu persatu, satu tangan turun, semakin kejar-kejar diriku.
Sesampai sahaja di tingkat bawah, semua mata tertumpu kepadanku, terasa pipi ku membahang.
Duduk sahaja di pelamin kecil itu, tok kadi sudah siap sedia hendak berkata
***
" Adib adham bin azffan razali "
" Saya "
" Aku nikahkan dikau dekat Ain wardiha binti malik shah dengan maskahwin nya dua ratus ringgit tunai "
" Aku terima nikah nya ain wardiha binti malik shah dengan maskahwin nya dua ratus ringgit tunai "
" Sah ? " Soal tok kadi kepada para pendatang
Mereka semua mengangguk tanda sah.
" Alhamdulillah "
Tidak semena-mena air mata ku menitis , entah aku sendiri tak tahu nak rasa apa sekarang ni , pengantin lain bahagia ke ?
Adib yang bergelar suami sekarang mendekati ku dan menyarung cincin di jari telunjuk. Ya allah perasaan apa ni?
Aku menunduk tanda ingin mencium tangan nya, si dia pulak mencium dahi ku. Lama.
" okay stay sekejap, nak ambik gambar " kata salah seorang jurukamera itu , ei dia ni! Orang tengah malu.
Selesai sahaja acara tersebut, aku mendaki satu persatu tangga dan masuk menuju ke bilik ingin merehatkan diri
Penat!
Satu perkataan dan mempunyai lima hurud itu sudah boleh mengatakan rasa ku sekarang ini,
Masuk sahaja ke dalam bilik, aku terus duduk diatas sofa sebentar. Mata ku meliar-liar mencari kelibat adib , tapi tak ada ?
Tanpa melengahkan masa , aku berdiri semula dan mencapai baju ku dari beg bagasi dan masuk kedalam bilik mandi.
Selesai mandi dan bersalin, aku keluar dari bilik air dengan tuala ku jadikan tudung, aku masih was-was dengan aurat ku walaupun adib sudah sah menjadi suami ku.
Nampak sahaja tubuh adib di atas katil sedang leka bermain henfon , aku pun mendekatinya dan duduk disebalah nya ingin tidur.
" Hei , kau buat apa ? " Soal adib dan sejurus itu mematikan henfonnya dari bercahaya.
" N-nak tidur lah , ke-kenapa ? "
Adib tersenyum sinis, " kenapa kau tanya? Ni katil aku, kau tidur sana " ditunjuknya sofa yang berada di hadapan tv itu , aku membulat kan mata.
" Sana? "
" Haah sana , sebab tempat tu je layak untuk kau "
Aku menghela nafas , dengan hati yang tidak rela ku gagahi jua kaki ni untuk berjalan menuju ke arah sofa
Aku membaringkan tubuhku mencari posisi yang nyaman. Walaupun tidak senyaman tidur diatas katil, aku masih lagi dapat tidur.
Manakala adib, dari tadi tidak dapat melelapkan mata , tiba tiba dia terasa hendak ke balkoni bilik , langkah nya terhenti apabila terpandangkan tubuh isteri nya yang elok terbaring diatas sofa itu sedang menggigil.
Kaki nya mengatur arah menuju ke arah ain , bila dipegang pipinya , terasa sangat sejuk , bila dipandang tubuh isterinya itu, menggigil.
Biar pun adib tidak rela dengan perkahwinan ini, tapi dia tak sanggup membiarkan wanita itu dalam keadaan sebegini, cukup lah sekali .
Diangkat nya tubuh yang tak seberapa kecik ni ke atas katil, ' boleh tahan berat juga kau ni ' gumam nya sebelum perlahan-lahan membaringkan tubuh ain diatas katil empuk dengan perlahan, comforter ditarik sehingga ke paras dada .
" Goodnight " ucapnya sebelum merebahkan tubuh di sebelah ain , hanya bantal golek menghalang mereka.
YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...