Kring.. kring..
Hesy budak ni ! Memaksa aku je memanjang ! Lambat laun , aku angkat juga panggilan tersebut.
" Apa lagi ?! "
" Ala beb , jom ah , please .. pakwe aku taknak teman ! Dia kerja , please ? "
Ya , orang yang kuat memaksa tu adalah effa.
" Dah tak ada pakwe , baru pandai cari aku ? " Sindir ku , hehek
" Kau ni pun , jom ah , jom ah "
" Aku letih lah .. "
" Aku belanja kau makan , nak tak ? Hehe "
" Ha ?! Okey bagi aku masa 15 minit . Okey bye "
Aku tutup terus talian dan bergegas ke bilik pakaian , bab makan memang nombor satu lagi-lagi sekarang ni cuti solat.
DATANG lagi satu makanan selepas hantar 5 pinggan makanan . Nak sangat lanja aku kan ? Amek kau !
" Banyak nya kau order "
" Biar ah , bukan aku pun yang bayar "
Di jeling nya aku tapi aku buat tak endah ja . Malas ar nak fikir baik lagi aku makan semua ni .
Nyum nyum nyum huhu
" Lepas ni teman aku shoppping , kalau tak bayar sendiri makanan ni faham? "
Kunyahan ku terhenti. Gila ke apa nak bayar sendiri ? Kalau bayar sendiri , memang satu pinggan je aku makan tu pun nasi dengan ayam
" Okay okay aku teman "
MATA ku kian me layu , mana tak nya ? Makan semua laris je , kenyang lepas tu tidur . Ni kenyang lepas tu shopping? Mampos!
Dah tiga jam jalan-jalan tawaf satu kedai besar ni.
Mid valley.
" Effa , lama lagi ke ? "
" Boleh lah , sebab kedai tu aku belum masuk , yang tu lepas - "
Malas ah nak dengar , aku tanya 3 patah , dia jawab berpatah-patah , mulut potpetpotpet aje kerja!
" Kalau tak kedai tu, mana lagi kan? Ha lepas tu aku nak selfie dekat mirror kedai yang sekarang instafamous gambar tu , aku dah lah instafamous , feed mesti lah lawa-lawa , followers pun kian meningkat , ha tak ke gitu? Ain? "
" Ain! "
" Mak oi terabang ke sungai ! "
" Kau ngantuk sangat ke ? " Suara nya kedengaran sayu .
Ni yang takleh ni , dia dah lah bayar kan makanan aku lebih dari 50 ringgit , tak kan lah aku nak tinggal dia shopping sorang-sorang ? Tak kenang budi langsung.
" Tak lah , ha kedai mana ? Tu ? Ok jom "
Effa mengerutkan dahinya lepas ku menjongketkan bahu nya , asal kan ain tak letih aku okay je!
***
Effa in da haus yall HAHA
YOU ARE READING
Karna Ku Cinta [SU]
Short StoryAin wardiha - gadis yang nampak begitu kuat walau hakikat nya dia sangat lemah selepas kehilangan ayah nya yang meninggal dunia kerana kemalangan. Hidup nya bagaikan tiada penyeri. Gelap gelita sahaja. Ada kah orang yang masih sudi mahu mencerahkan...