"Awak!Kita dah sampai ni."Iman mengejutkan Khai setelah kereta proton perdananya sampai tepat diperkarangan rumah banglo milik keluarga Khai.
"Hmmm...Kenapa awak?"Khai mengelipkan matanya beberapa kali sebelum dia memusingkan sedikit badan menoleh kekiri.Serta merta matanya terasa segar melihat rumah keluarga yang dirinduinya.Bukan rindu rumah aje,tapi rindu tuan rumah sekali!
"Thanks awak sebab hantar saya balik.Taknak masuk dulu ke?singgah jumpa babah dengan ibu?"Iman menggeleng dan tersenyum
kecil.Bukan dia tak mahu,tetapi keadaan keluarga Khai yang membencinya membuatkan dia sebal.Kadang-kadang malu bertandang apabila ada yang mengecopnya nak 'mengikis harta' si tunang.Hanya disebabkan dirinya tidak berharta dan berasal dari keluarga yang sederhana,dirinya tak ubah dibuat seperti kucing jalanan.Abang Khai,Zalief Irfan sajalah yang sudi menerima dirinya dan baik melayan dia.
Asyik tersenyum je tunang kita ni!nasib comel!
"Okeylah awak.Saya masuk dulu assalamualaikum."Mereka berdua berbalas senyuman sebelum Khai keluar dan mengambil bagasi yang sudah dikeluarkan oleh Iman dari bonet kereta.Entah bila Iman keluarkan pun dia tidak sedar.
"Assalamualaikum ibu!babah!Adik dah balik ni."Laung Khai selepas membuka pintu berukir cantik yang ditempah dari luar negara.
"Waalaikumsalam.Adik dah balik!"Terus Datin Aisha menerpa kearah anak perempuannya dan memeluk erat bagai sudah 5 tahun tidak berjumpa.Walau pada hakikatnya bari 5 hari.
"Adik balik dengan siapa?Tak bagitahu ibu dengan babah pun nak balik ehh?"
"Adik balik dengan finance' kesayangan adik lah ibu."Khai tersenyum suka.
"Babah mana?"
"Dekat atas dalam bilik bacaan.Adik pergilah jumpa babah dulu.Ibu nak hidangkan makanan nanti turun balik tau."Khai hanya menganggukkan kepala.
---
"Assalamualaikum!"Tepat pukul 8 malam,Heykal melangkahkan kaki kepintu utama rumah yang sudah menyerupai sebuah istana.Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu sangat jauh dan memenatkan badannya.
"Haa!Sampai pun kamu.Ingatkan dah lupa jalan balik rumah."Hai?Takde orang nak jawab salam aku ke?
Terus dia menerpa kearah mama dan papanya yang berada diruang tamu.Disalam mereka dan dia mengambil tempat duduk di sofa bertentangan mama dan papanya.
"So?can we start now?"Soal Tan Sri Jasson Ahmad dengan nada serius.
"Don't you want me to takes some rest?or get fresh air.And we can talk about this tomorrow."Penat memandu pun tak hilang lagi.
"Nah its okay.Go take your rest first.Besok kita bincang balik."Puan Sri Haida membuat keputusan.Biarlah anak lelakinya itu berehat terlebih dahulu,besok mereka akan berbincang mengenai siapa calon isteri anaknya juga.
Heykal menjongketkan bahu lalu berjalan mendaki anak tangga menuju kebiliknya yang sudah 5 bulan tidak dikunjunginya.Confirm berhabuks!
Tan Sri Jasson Ahmad mengeluh.Dia dan isterinya membuat keputusan sebegitu ada sebabnya.Mereka mahu ada orang yang menjaga Heykal.Tapi satu kenyataan yang salah mengenai itu.Kerana bakal menantu yang dipilih isterinya ialah seorang pramugari.Mestilah 'tidak lekat' dirumah juga?
"I think you should tell Aisha and her husband about this.Lagipun tak silap saya,Khai tu dah bertunang?" Ujar Tan Sri Jasson Ahmad.Puan Sri Haida hanya menjonghetkan bahu
---
Heykal keluar dari bilik mandi dengan badan yang sudah berbaju t-shirt putih dan berseluar track suit.Dibawa dirinya dihadapan sebuah cermin panjang yang berada dipenjuru biliknya.Hrmm..Dah tinggi kau sekarang ye Kal?Kalau dulu pendek aje.Nak kayuh basikal pun kaki tak jejak tanah.Heykal ketawa kecil.Terhibur dengan kenyataan sendiri.
Setelah bosan memosing badan dihadapan cermin,dia menuju pula ke penyangkut kain sejadah.Dibentang dan dia mula mengangkat takbir.Selesai solat Isya'dan berdoa,Heykal turun kebawah untuk makan malam.
Semasa menuruni tangga,dapat dilihat ibunya sedang menyusun pinggan dan lauk diatas meja.
"Kal"Puan Sri Haida memberi senyuman kepada anak tunggalnya.Heykal membalas dengan senyum kecil sahaja.Dia duduk dimeja dan menunggu.
Telefon berjenama Iphone 11 pro max dikeluarkan dari poket seluar.Dahinya berkerut apabila nombornya tiba-tiba di 'add' oleh Fazmi,sepupunya didalam grup yang bernama
'🔪Sporting Cousin😇👌'
Bila masa pulak aku ni sporting?Nak bergaul dengan makcik pakcik pun kemain kekoknya.Hrmm kalau left grup diorang cakap apa pula nanti?
Heykal menjongketkan bahu dan menyimpan kembali telefonnya.Fokus kembali kepada lauk yang terhidang.
"Haa kamu dah turun.Patut lah papa ketuk tak ada bersambut."Tan Sri Jasson Ahmad menepuk bahu Heykal yang tadi mencuit seekor udang didalam pinggan.Sekali sekala buat jenayah.
"Abang kalau benda lain yang bukak pintu bilik Kal tu nanti.Haa pengsan lah jawabnya."Puan Sri Haida ketawa sambil membawa hidangan.
"Apa pula macam tu ma.Kal takut nak masuk bilik tu nanti,Kal tidur dekat dalam bilik korang then duduk kat tengah.Nak?"Heykal mula selesa berborak bersama ibu dan bapanya.Iyalah,tempoh masa 5 bulan tidak bersua muka membuatkan rasa kekok singgah dihati.
"Jangan kamu harap dapatlah Kal."Ketawa memenuhi meja makan.Puan Sri Haida dan Tan Sri Jasson Ahmad duduk sambil berpandangan.Misi mereka untuk membuat Heykal selesa sudah berjaya.Besok akan dimulakan pula dengan......
✔👌
YOU ARE READING
Because Of You [ON GOING]
Romance"Takdir tertulis,kau milikku." Cinta?Mati setelah kehilangan tunangan tersayang.Atas sebab apa dia pergi?Khairyn Zariefa sendiri tiada jawapan.Kehadiran nama Heykal Xander Iezfar memberi impak besar dalam hidup apabila ibu dan maklongnya membuat kep...