bab 20

41 9 2
                                    

"Hello ma.Kal setuju."Selepas berkata,Heykal terus menutup panggilan.Biarlah..Biar kali ini dia berkorban demi ibu dan bapanya.Tapi..sesuatu yang tidak pasti.muka bakal isteri tak ada ke?

Telefonnya berdering sekali lagi.Nombor siapa lagi ni?"Hello?"
"Hai sayang!!"Kayla disana tersenyum gembira.Tak sangka pula Heykal mahu menjawab panggilannya."What do you want,Kayla?"

Heykal membuat suara serius.Datang pejabat,hadap muka dia.Duduk rumah pun dia nak mengacau juga ke?"Hrmm..Kalau I nak kahwin dengan You boleh?"Kayla bersuara manja.Selagi Tengku Heykal Xander Iezfar tiada dalam genggaman,selagi itulah dia akan tetap mengejar dan mengejar.

"Owh please!berapa kali I nak cakap yang I tak berminat pada You?One more thing,I'm gonna maried soon.And You dijemput.Da da!"Tanpa berkata apa lagi,Heykal segera mematikan panggilan.Kalau ada seorang lagi call aku,sumpah fon ni hancur kena baling kat dinding.Heykal bersuara didalam hati.

Kring kring..

Pak!

Heykal terus membaling telefon keluaran terbaru itu.Hancur dan terburai isi dalam telefon itu.Haih!Masalah pula nak kena beli telefon baru!Heykal menggeleng.Menyesal!

----

Para hadirin tetamu memenuhi ruang tamu rumah Dato' Zamri dan Datin Aisha.Hanya menunggu pengantin lelaki yang belum tiba.

Khai yang berada didalam bilik sudah cantik dihias.Dia berdiri dihadapan cermin panjang.Ditilik baju kurung moden berwarna putih yang tersarung dibadannya."Cantiknya Khai harini.Agak-agak,bila pula turn Mai eh?"Mai yang sedari tadi memandang Khai,bertanya.Khai menoleh dan memberikan senyuman nipis.Biarlah menjadi rahsia Allah.

Entah mengapa,dia rasa bahawa dirinya bakal ditinggalkan sekali lagi.Tetapi cepat-cepat dibuang jauh perasaan itu.Kepalanya yang berdenyut tadi cuba ditahan.Terlalu gementar barangkali.

Heykal keluar dari kereta dengan berpakaian baju melayu berwarna putih dan bersongkok.Dirinya tampak kacak sekali pada hari itu.Ridzwan disisinya juga tidak mahu kalah.Berbaju melayu berwarna cream.Cermin mata bulatnya juga tidak dilupakan.Maklumlah,pujaan hati pun ada sekali.

Tok tok..

Linda membuka pintu bilik Khai.Kelihatan Datin Aisha berdiri dihadapan pintu bilik dengan wajah yang berseri-seri.Mana tidaknya,hasrat dia bersama kakaknya ingin melangsungkan perkahwinan anak mereka bakal berjaya sebentar lagi.

"Adik,pengantin lelaki dah sampai.Jom turun."Sempat Datin Aisha dan Linda membalas senyuman.Khai membuka mulut menyuarakan hasratnya.

"Hrmm bu,boleh tak kalau adik tak turun.Kepala adik sakit ni."Khai duduk dibirai katil.Dahinya sedikit berkerut."Eh!Apa pula macamtu?"Datin Aisha masuk kedalam bilik dan duduk disebelah Khai.Dahi Khai disentuh.Tidak panas.

"Sekejap.Ibu bagitahu babah ya?"Datin Aisha keluar dari bilik tidur yang berias cantik itu."Are you okay Khai?"Wardah bertanya.Mai,Liz dan Linda merapati Khai.I'm okay.Maybe sebab nervous je kot."

Seketika kemudian,biliknya diketuk sekali lagi.Linda membuka.Kelihatan seorang Pak cik membawa borang nikah untuk ditandatanganinya.

Pak cik tadi keluar tanpa menutup pintu.Mudah untuk Khai mendengar upacara akad nikah yang bakal berlangsung sebentar lagi.Khai termenung dibirai katil.Rasa seperti dia tidak sanggup pula untuk meneruskan perkahwinan ini.

Leka termenung,Mai,Liz,Wardah dan Linda memeluk dirinya.Khai terpinga-pinga.Kenapa?

"Kenapa ni?"

"Kau dah sah jadi isteri orang beb."Linda bersuara teruja.Khai mengerutkan dahi.Sah?"Kenapa aku tak dengar pun?"Khai bersuara perlahan."Mana nak dengarnya,Khai tu termenung aje kerjanya."Liz bersuara.Mereka yang lain ketawa kecil.

"Owhh.."Hatinya berdebar-debar.Maksudnya,selepas ini dia akan menggalas tanggungjawab sebagai isteri lah ya?Khai gelisah.Isteri?Sepatutnya sekarang dia isteri kepada Iman Qasyaf.Bukan Heykal Xander Iezfar.Bagaimana dia tahu nama itu?

Ibu dan babahnya yang memberitahu nama itu seminggu sebelum perkahwinan.Nama yang juga sudah sah menjadi suaminya.

"Kenapa muka tak happy ni?"Wardah menyoal."Eh gila tak happy.Ni aku senyum."Khai memberikan senyuman manis.Mereka berlima ketawa.Khai terperasankan sesuatu.Mengapa keadaan dibawah seperti kelam kabut?Bunyi-bunyian seperti orang ramai sedang gelisah.

Aliya,si kecil masuk kedalam bilik itu dan memanjat katil."Aliya,kenapa dengan orang dekat bawah?"Khai mendukung Aliya dan meletakkan diatas ribaannya.Aliya menjawab."Abang Kal lari."

Selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut si kecil itu,pandangan Khai berbalam-balam.pengsan.

Because Of You [ON GOING]Where stories live. Discover now