bab 12

42 13 6
                                    

"Tolong..Jangan tinggalkan Khai."Khai teresak-esak menangis.Iman merenung tajam."Aku nak kita putus.Dah tak ada cinta antara kita."Semakin kuat esakan Khai.Dia menggeleng.Seperti tidak dapat menerima apa yang Iman ucapkan.

"Tap..tapi Khai cintakan awak.Tolong..Jangan tinggalkan Khai."Sedaya upaya Iman menarik tangannya dari genggaman Khai."Lepaskan aku.Aku taknak berkasar dengan kau."Iman kendurkan suaranya dengan harapan,Khai melepaskan tangannya.Khai hanya menggeleng.Tak!Khai tak melepaskan genggamannya.

Iman mahu menolak Khai dengan kasar sehingga jatuh terjelopok keatas tanah.Tetapi belum sempat Khai jatuh,ada tangan lain yang menyambutnya.

Iman terus meninggalkan Khai dengan langkah besarnya.

"Tak.Tak awak!Jangan tinggalkan Khai!Awak!."Khai meracau-racau dalam tidurnya.Linda dan Wardah yang tersedar kerana jeritan kuat dari dalam bilik Khai pantas berlari menuju kedalam bilik itu.Mujur pintu bilik tidak dikunci.

"Khai.Bangun wey."Wardah mengejutkan Khai.Linda menggosok matanya dan melihat jam.3 am.
Khai tersedar dari tidurnya dan dengan pantas memeluk Wardah dengan sisa tangisannya.Wardah memandang pelik tetapi digosok juga belakang sahabatnya itu.

"Hey kenapa ni?"Linda menghampiri dengan lebih dekat dan mengusap rambut Khai.Khai yang masih memeluk Wardah mengangkat muka.
Apabila tangisannya mula reda,dia melepaskan pelukan dan  menceritakan mimpinya tadi kepada Linda dan Wardah.

"Tadi aku mimpi Iman minta putus."Khai menundukkan kepalanya.Dalam hati berdoa berharap mimpi tadi hanyalah permainan syaitan dan takkan menjadi realiti.Mengingatkan kejadian didalam mimpi tadi,air mata yang sudah reda kembali turun membasahi pipinya.

Terbeliak biji mata Linda dan Wardah.Putus?!

"It won't happen.Mungkin sebab kau terlampau penat kot.Semalamkan baru balik dari flight.Don't worry okay?"Linda dan Wardah memeluk Khai.Dalam pelukan itu,sempat Khai mengangguk.

"Now tidur.Besok nak bangun pagi pergi beli barang hantarankan?"Linda menyoal.Khai hanya mengangguk.Sedunya masih kedengaran.Wardah menyelimutkan Khai dan mula meninggalkan bilik itu.Linda mengikut langkah Wardah.Sempat dia memberikan senyuman kepada Khai.

"Khai,itu hanya mimpi.Ingat kata-kata Linda.It won't happen.It won't happen."Khai berbisik pada dirinya.

----

Iman berjalan kehulu dan kehilir didalam bilik memikirkan permintaan Dato' Zamri.
Sesekali digenggam rambutnya.Apa aku nak buat ni?Fikir Iman,fikir.Kalau dia nak pulangkan semula,bagaimana dengan pembedahan ibunya?Dia tiada duit yang banyak untuk membiayai kos itu.

Dia mengambil telefon yang terletak diatas katil.Pantas didail nombor tunangan tersayang.Dan,perkataan tunang itu akan dilupuskan setelah kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan keluar dari mulutnya.

"Assalamualaikum."Suara yang lembut disana membuatkan Iman gusar.Gementar dengan ayat yang bakal diluahkan kepada Khai.

"Waalaikumsalam awak.Iman nak cakap sesuatu ni."Khai sudah gelisah.Takut mimpi semalam menjadi kenyataan.Tanpa sedar,dia menggigit ibu jarinya.

"Apa dia awak?"Iman menarik nafas panjang.

"Saya nak kita putus."Bum!Seperti ada sebuah batu besar jatuh menghempap dadanya.Sakit,itu yang dirasakan ketika ini.

"Ta..tapi kenapa?"Suaranya bergetar menahan rasa.Adakah mimpi semalam bakal menjadi kenyataan?

"Mungkin..sudah tiada cinta antara kita."Suara sayu Iman membuatkan Khai tidak percaya.Mungkin?

"No,no.It won't happen.You just kidding right,honey?Please,that's not funny at all!"Khai ketawa kecil.Ketawa yang sangat menunjukkan kepura-puraan.

Iman mengeluh."Tak.Im not kidding.Trust it.Between us,there's no love anymore.Assalamualaikum."Iman meletakkan gagang telefon.Dia mengeluh.Apakah yang sudah dilakukan ini betul?

Selepas kedengaran Iman memberi salam dan menutup panggilan,telefon yang digenggaman terlepas.Tak..tak ini tak sepatutnya berlaku.Khai menggeleng."Tak!!"Khai menjerit kuat sehingga menarik perhatian Wardah dan Linda yang sedang 'berperang' didapur.

"Kenapa ni Khai."Linda dan Wardah menghampiri Khai.Khai hanya terus dan terus menangis.Kenapa aku diuji macam ni,Ya Allah?

Linda dan Wardah yang masih tidak mengetahui apa-apa hanya memeluk Khai.Mereka tahu Khai memerlukan seseorang ketika ini.

"Mimpi semalam.."Khai menggantungkan ayatnya membuatkan mereka berdua tertanya-tanya.

"Mimpi semalam apa?"

"Jadi..kenyataan."














😞

Because Of You [ON GOING]Where stories live. Discover now