"Eh asal kau lari tadi dari mamat hensem tu?"Rakan sekerjanya bertanya.Yang lain hanya mendengar.Linda buntu.Tiada jawapan untuk persoalan itu."Ini mesti kes tangkap cintan ni kan?"Rakannya seorang lagi mula mengusiknya.Wajah Linda kembali berubah warna menjadi merah."Ish!Mana ada lah.Dah-dah,makan cepat."Terasa mahu sahaja disorokkan kepalanya dibawah meja kedai makan itu.
"Oi! kau kenal ke dengan Linda tu?"Heykal menyenggol lengan Ridzwan sambil menjongketkan keningnya beberapa kali.Ridzwan mengangkat muka.Mulutnya yang penuh dengan makanan membuatkan dia terbatas untuk menjawab soalan daripada sahabat karibnya itu.
Heykal menggeleng.Ridzwan Firdaus dengan makanan memang tidak boleh dipisahkan!
"Aku dengan...Apa nama perempuan tadi?"Ridzwan yang ingin memasukkan sudu yang terisi nasi untuk kali kedua diberhentikan oleh Heykal.Mahu 2 minit nak tunggu si Ridzwan ni mengunyah.
"Nur Hazlinda Humaira,kenal dia ke?"Ridzwan menjongketkan bahu."Baru kenal tadi lah.Itu pun dalam keadaan marah.Btw..She have a nice name."Tak semena-mena,Ridzwan tersenyum.Dalam fikirannya penuh dengan nama indah itu.Disuap nasi tadi kedalam mulut.Masih terbentuk senyuman manis dibibir itu.
Heykal mengerutkan dahinya.Dah kenapa senyum macam kena sawan?
"Don't say that yang kau jatuh cinta dengan dia ehh"
"Dah kenapa pulak kalau aku jatuh cinta dengan dia?"Giliran Ridzwan pula mengerutkan dahi.Baru nak berangan yang dia sedang ber'dating' dengan gadis cantik bertudung tu.Kacau line betullah Heykal ni.
"Bukanlah!Aku cuma malas nak ambil setiausaha lain.Lagipun Linda dah lama berkerja dengan aku.Kalau dia kahwin dengan kau,mesti dia berhenti kerjakan?"
Ridzwan ketawa kuat.Pelanggan lain yang memandang tidak dihiraukan.Heykal pula terasa malu dengan gelagat Ridzwan.
"Aku tak adalah sampai fikir nak kahwin dengan dia.Apalah jauh sangat imaginasi kau ni."Ridzwan memegang perutnya yang terasa senak akibat kuat ketawa.Entah apa yang lucu pun Heykal tidak tahu.
----
"Huuuuu....bye-bye ibu,babah."Khai berjalan kearah kereta Iman yang setia menunggu disebalik pagar besar rumah mewah itu."Khai."Datin Aisha menarik tangan anak gadis itu.Khai menoleh sambil mengelap air mata.Huuu sedihlah nak tinggalkan ibu dengan babah lagi!
"Kenapa?"Datin Aisha dan Dato' Zamri berpandangan."Hati-hati bila dah sampai dekat sana ye?Babah tak boleh nak hantar kamu kerumah kamu sebab ada meeting kejap lagi"Mereka berdua berpandangan sekali lagi.Sebenarnya itu adalah salah satu pesanan untuk anak mereka,tapi..ada lagi satu yang tidak dikata.Tidak mahu anaknya terasa hati lagi dengan dirinya.Kata-katanya haritu bukanlah terbit dari hatinya sendiri.
"Okay."Khai tersenyum kelat lalu melangkah pergi kearah kereta Iman.
"Bila agaknya masa sesuai nak bagitahu Khai pasal benda ni?"Datin Aisha termangu memikir.
"Inshaa Allah akan ada masa yang sesuai."Dato' Zamri tersenyum dan memeluk bahu isterinya.
😷
YOU ARE READING
Because Of You [ON GOING]
Romance"Takdir tertulis,kau milikku." Cinta?Mati setelah kehilangan tunangan tersayang.Atas sebab apa dia pergi?Khairyn Zariefa sendiri tiada jawapan.Kehadiran nama Heykal Xander Iezfar memberi impak besar dalam hidup apabila ibu dan maklongnya membuat kep...