bab 23

49 8 5
                                    

2 tahun kemudian~

Keretanya diparkir ditepi rumah Cik Ram,jiran yang selang tiga rumah dari rumah Mak Uda memandangkan halaman rumah Mak Uda sudah penuh dengan beberapa buah kanopi yang megah berdiri.

"Eh Khai?Bila sampai?"Cik Ram keluar dari rumahnya untuk pergi ke rumah jirannya,ibu saudara kepada Khai.Tak sangka pula terserempak dengan Khai.

Khai tersengih kecil."Baru sampai,Cik Ram.Ni Khai tumpang letak kereta dekat tepi rumah Cik Ram boleh?"

"Boleh aje.Cik Ram nak pergi rumah Mak Uda kamu ni."Khai pergi ke arah Cik Ram dan salam.Cik Ram hanya tersenyum.Untung kalau Khai ni dibuat isteri.Dah berkahwin tapi suami lari pula.Cik Ram menggeleng mengenangkan perkara yang memalukan keluarga Khai itu.

"Cik Ram kenapa menggeleng?"Khai mengerutkan dahi."Tak ada apa-apa.Cik Ram pergi dulu ya?"Khai mengangguk dan melihat langkah Cik Ram.Takut pula kalau terjatuh.

"Singgah rumah Mak tok malam ni aje lah."Khai berbicara seorang diri sambil membuka pintu penumpang kereta dibahagian belakang.

"Khai?"Seseorang yang menegurnya membuatkan dia menoleh.Kening diangkat melihat gerangan itu."Ya?Awak siapa?"Rafiq tersenyum kelat.Dia tak ingat aku?Hrmm..Maklumlah,tak penting kan?

"Ni Rafiq.Abang Liz."Rafiq mendekati Khai.Khai merenungnya.Abang Liz?Owh lupa!Inilah orang yang 'tolong' aku waktu aku tersepak kayu dekat rumah Mak tok 2 tahun tu kan?Dah lama tak nampak dia.

"Owh!Saya baru ingat."Khai tersenyum."Ni awak nak pergi mana?"Rafiq bertanya ramah.Mata setia merenung Khai yang anggun dihadapannya ini.

"Pergi rumah awaklah.Jom jalan sama-sama?"Khai memperlawa.Kakinya mendekati Rafiq.Rafiq pula?Bersorak didalam hati kerana orang yang disukainya memperlawa berjalan bersama.Siapa tak suka?

"Jom."

"Saya nak tanya sikit boleh?"Khai memulakan perbualan.

"Apa?"Rafiq menahan debar berjalan disebelah Khai."Dah lama saya tak nampak awak sejak 2 tahun lepas.Awak stay mana?Sorry kalau ayat tu macam menyibuk sikit."Khai memandang deretan rumah kampung itu.

"Saya stay dekat rumah keluarga angkat saya di London.Tak apa.Saya lagi suka kalau awak nak ambil tahu pasal saya."Ayat terakhirnya diperlahankan sedikit.Takut-takut Khai mendengar pula.Mereka berdua berjalan perlahan-lahan.

"Owh..Jauhnya?Haa satu lagi.Kenapa waktu kecil-kecil dulu,saya tak pernah jumpa awak?2 tahun lepas,itulah kali pertama kita berjumpakan?"

"Sebab saya duduk dengan keluarga angkat saya tu lah."Rafiq tersenyum.

Khai memandang lelaki disebelahnya.Kacak,tinggi dan kulitnya pula sawo matang.Kenapalah ibu tak jodohkan aku dengan Rafiq ni?

Khai berjenaka didalam hati.Sedarlah Khai!Kau dah berkahwin pun.Hati berkata.Otak pula membantah.Kalau berkahwin tetapi digantung tak bertali,tak guna juga.Baik cari lain.

Khai menggeleng.Berdosa oi!

"Kenapa awak duk menggeleng ni?"Rafiq tertawa kecil.Sampai sahaja Khai dan Rafiq di rumah Mak Uda,mereka berdua terus terpisah.Khai masuk kedalam rumah Mak Uda manakala Rafiq pula menuju ke tempat rewang dibelakang rumahnya itu.

"Assalamualaikum bakal pengantin baru."Liz menoleh.Dia dan Mai yabg sedang bersenang lenang diatas katil menjerit kuat."Khai!!"Khai hanya menggeleng.

Memang setiap kali aku balik Kedah ni,dah jadi wajib kot kalau mereka ni menjerit.

Khai hanya pasrah dipeluk Mai dan Liz."Bakal pengantin dengan mak buyung ni sedap je bersenang lenang atas katil eh?Tak tolong orang rewang dekat bawah ke?"

Mai tersengih dan mengusap perutnya yang kian membesar.Tinggal beberapa bulan lagi sebelum dia melahirkan anak pertamanya itu.

Liz pula menunjukkan kedua belah tangannya yang sudah cantik berinai."Liz ni,pakai inai tak ajak pun kan?Tak nak kawan."Liz tersengih."Siapa suruh balik lambat?Takpelah.Nanti tunggu Khai kahwin,kita bertiga pakai inai sama-sama ek?"

Air muka Khai yang berubah,Mai perhatikan.Kemudian dia menyiku pinggang Liz.Liz pula sudah menekup mulutnya.Weyh!Serius aku lupa!

"Sorry...Liz lupa."Khai menggeleng dan tunduk merenung cincin yang tersarung kemas dijari runcingnya.

"Kadang-kadang Khai sendiri lupa yang Khai dah kahwin."Khai cuba berjenaka.Tak mengapalah,mungkin sudah takdir aku untuk tidak bahagia pada masa sekarang?








Vote dan komen anda sangat ii dialukan😊💙

Because Of You [ON GOING]Where stories live. Discover now