bab 22

43 9 2
                                    

Khai berada disebuah taman yang dipenuhi bunga-bungaan.Dengan berpakaian pengantin,dia berjalan diatas rumput yang tumbuh menghijau.

Dipetik sekuntum bunga mawar berwarna merah darah.Cantik.Dia tersenyum manis.Seseorang memeluk pinggangnya membuatkan dia tersentak.Khai memusingkan badannya untuk memandang siapakah gerangan yang memeluknya tadi.Dia terkaku melihat senyuman yang menghiasi wajah lelaki itu.Lesung pipit menyerlah dikedua-dua belah pipinya.

Dikalihkan pula matanya kepada anak mata lelaki itu.Hijau.Khai tersenyum kecil.Terpesona.Tetapi siapa lelaki ini?Belum sempat dia bertanya siapakah nama lelaki itu,seseorang memanggil namanya sambil menepuk-nepuk lembut pipinya.

Khai membuka mata.Jelas kelihatan wajah ibu dan bapanya penuh dengan kerisauan."Syukur Ya Allah,sedar juga kamu."Datin Aisha memeluk tubuh anaknya yang masih terbaring.

Aku dekat mana ni?Khai tidak membalas pelukan ibunya malah meluaskan pandangan kesegenap ruang bilik itu.Bilik tidur dia."Apa dah jadi bu?"Datin Aisha melepaskan pelukan.Tolong jangan cakap anaknya amnesia pula.Khai bangun dari baringan.

"Kamu tak ingat?"Khai cuba mengingati kembali apa yang telah terjadi.Aliya duduk atas riba aku,bermain dengan pandora dan Aliya bagitahu yang...Abang Kal lari!
Air mata bertakung ditubir matanya secara tiba-tiba.Bila-bila saja empangannya akan pecah tetapi cepat-cepat dilap air mata itu sebelum jatuh mengenai pipinya.

"Dah.Dah ingat dah."Khai cuba menyembunyikan kesedihan dengan tersenyum.Kesedihannya bukanlah kerana kehilangan orang yang disayangi malah,kerana tegar meninggalkannya di hari akad nikah.Walaupun bukan atas dasar cinta,tetapi dia kecewa.

"Tak apalah.Kamu rehat dulu.Nanti kalau nak apa-apa,panggil babah dengan ibu ya?"Dato'Zamri menggosok kepala anak gadisnya.Khai hanya tersenyum lemah.

Pintu biliknya ditutup rapat.Khai termenung.Dua kali..Dua kali hatinya terluka.Kenapa?Apa salah dia sehinggakan bahagia tidak berpihak kepadanya?Air matanya ditahan tadi turun juga akhirnya.Sungguh!Dia tidak kuat dengan ujian ini.

Tok tok tok~

Pintu biliknya yang diketuk sebanyak tiga kali membuatkan lamunan tadi terhenti."Masuk!"Pintu dikuak dari luar.Khai tersenyum memandang Mak longnya."Ye mak long,kenapa?"
Puan Sri Haida duduk dihujung katil.Dia ambil tangan Khai dan digenggam.

"Mama nak minta maaf pasal tadi."Puan Sri Haida jelas kelihatan serba salah.

Mama?Kenapa maklong bahasakan diri dia mama?Khai mengerutkan dahi."Kamukan menantu mama,kenapa buat muka macamtu?"Puan Sri Haida tersenyum.
Dicubit lembut pipi Khai.

"Hrmm..Khai tak tahu pun sebelum ni."Khai bersuara perlahan.Sumpah dia tidak tahu.Dan memang tidak mahu mengambil tahu pun.Kenapa ibu dan babah tak cakap pun yang bakal mertuanya ialah mak dan ayah saudaranya?

"Tak mengapalah.Mama dan papa dah nak balik ni.Mama minta maaf sekali lagi pasal tadi.Papa kirim salam pada kamu.Kamu jaga diri baik-baik ya?"Puan Sri Haida memeluk erat tubuh Khai yang masih dibaluti baju pengantin.Cuma tudungnya saja sudah dibuka.

Puan Sri Haida bangun dan keluar dari bilik itu.Turun dari tangga,Datin Aisha memandang tajam kepadanya.

"Akak balik dulu."Puan Sri Haida menghulurkan tanya ingin bersalaman dengan adiknya tetapi tidak bersambut.Dia tahu Datin Aisha masih terkilan dan marah dengan anaknya yang sesuka hati meninggalkan Khai pada majlis akad nikah tadi.

"Akak minta maaf bagi pihak dia.Sebab Kal,semua mendapat malu.Akak balik dulu."Puan Sri Haida keluar dari rumah dengan muka sedih.Dia tidak mahu hubungan adik beradiknya bermasam muka.

Mak Usu dan Mak Uda yang duduk  ditaman mini disapa Puan Sri Haida."Akak dah nak balik ke?"Puan Sri Haida tersenyum."Haah.Tapi akak stay KL sehari dua sebelum balik Kelantan."Datin Sri Haida memandang tepi rumahnya melalui balkoni ditingkat atas.

Tadi nak sangat balik?

"Ibu."Khai memeluk tubuh ibunya.Datin Aisha membalas.Melihat  mata anaknya sembap membuatkan dirinya kasihan."Ni kenapa tak tukar lagi baju ni?"Datin Aisha melepaskan pelukan dan memegang bahu anak gadisnya itu.Khai tertawa kecil"Kejap lagilah.Lagipun baju ni cantik.Sayang nak tukar."Diselitkan anak rambutnya yang terjuntai didahi,dibelakang telinga.

Datin Aisha menahan air matanya.Dia tak kuat melihat anaknya kecewa.Dua kali anaknya ditinggalkan.Kuatkanlah hati mu untuk menepuhi ujian ini nak..

-----

K

hai keluar dari bilik air dengan hanya memakai bathrobe separas lutut.Dia melabuhkan duduk disisi katil.Adakah semua yang terjadi hari ini hanyalah mimpi?Jika benar ini semua mimpi,tolong..Tolong kejutkannya dari mimpi ngeri ini.

Khai mengeluh.Rambutnya yang basah dilap menggunakan tuala.Sambil itu fikirannya menerawang memikirkan majlis persandingan yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Takkan aku nak tercongok atas pelamin tu sengsorang pula kan?

Batallah apa susah!Khai bergerak menuju ke arah wardrobe dan membukanya.Dia hanya memilih baju sweater yang berwarna hitam dan dipadankan dengan seluar bercorak spongebob.Untuk tidur aje pun.

Setelah siap memakai pakaian,Khai turun ketingkat bawah.Sampai dianak tangga terakhir,dia terpijak sesuatu.Dilihat 'sesuatu' itu.Bersinar-sinar dan tampak seperti...Cincin.

Khai terkaku...Cincin?








😝

Because Of You [ON GOING]Where stories live. Discover now