bab 16

41 10 1
                                    

Masih terngiang-ngiang dikepalanya perbualan dia bersama Balqis pagi tadi.

"Balqis"Balqis memperkenalkan dirinya.Dahinya sedikit berkerut apabila Heykal seakan-akan lupa dengan suaranya.Takkan semudah itu dia dilupakan selepas putus cinta?Eh tak mustahil!

Heykal yang mengantuk tadi tiba-tiba terasa segar biji matanya."Apa yang kau nak?"Heykal bersuara kasar setelah mendapat tahu bahawa gadis yang menelefonnya adalah bekas kekasihnya sendiri.Orang yang telah membuat dia kecewa,orang yang buat dia serik untuk bercinta lagi..

"I want you back."Tidak segan silu Balqis meminta.Muzik rancak dari kelab malam yang dikunjunginya masih berbunyi.

"Go to the hell."Heykal segera menamatkan panggilan telefon.Dia meraup rambutnya.Dibaringkan badannya untuk menyambung tidur yang tergendala.

Mata dipejamkan tetapi..dirinya masih didalam dunia nyata dan bukan dialam mimpi.

Dan sekarang,bawah matanya ada lingkaran hitam kerana tidak cukup tidur.Hilang markah machonya!Ketika dia masuk kedalam pejabat,semua pekerja dan kakitangannya memandangnya tak berkelip.Teruk sangat ke?

----

Khai termenung diberanda rumah neneknya.Masih memikirkan tentang  bekas tunangnya dan..

Semalam~

"Hello bu?"Khai yang sedang sibuk mengemas baju untuk diletakkan didalam almari menghentikan perbuatannya dan fokus kepada ibunya.Fikirnya,Datin Aisha mahu bertanyakan keadaannya sekarang.Tetapi jangkaannya meleset..

"Adik,ibu nak cakap something ni."Khai mengangkat kening.Pelik pula dengan ibunya itu."Haa..Cakaplah bu."

"Ada orang masuk minang kamu."Suara Datin Aisha sedikit berhati-hati.Khai ternganga.Like seriously?!Baru 1 hari aku dekat kampung dah ada yang 'minta'?"Ibu main-main jekan?Sorry tapi tak lawaklah bu.Ibu tahukan adik baru je 4 hari putus tunang."Khai sedikit tidak puas hati.

Dia pun masih tidak percaya bahawa tunangnya meninggalkan dirinya.Semuanya berlalu dengan pantas.Bagaimana pula mahu memiliki cinta yang baru?

"But I'm already accept pinangan tu."Takkan mahu tolakkan?Kakak sendiri yang datang meminang mahu menyunting anak gadisnya itu.Rahang Khai seakan-akan jatuh.Terus dia menamatkan panggilan.

Sorry ibu.But I'm not ready for this all.

"Haih stressnya hidup aku."Khai meraup mukanya.Pemandangan sawah padi sedikit sebanyak memberikan ketenangan dalam diri.
"Khai!Jom sarapan."Suara Mak tok kuat melaung dari dapur.Khai terus melangkah masuk kedalam rumah kampung itu.

"Eh?Abang tidur sini ke?"Semalam dia tidak perasan pula abangnya tidur dirumah Mak tok mereka.Zalief memandang adiknya dengan mata kuyu.Sesekali dia menguap tanpa menjawab soalan Khai.Khai menjelingkan matanya keatas.Suka sangat tak jawab soalan orang.

Mak tok menyediakan nasi lemak sebagai sarapan mereka pada pagi itu.Melihat Mak toknya mahu membancuh kopi,Khai segera meng'offer' diri untuk menolongnya.
Mak tok hanya tersenyum senang dan menuju ke meja makan.

Semasa Khai sedang sibuk mengacau air kopi buatannya sambil termenung memandang halaman belakang rumah Mak toknya,tiba-tiba muncul kepala dijendela dapur yang menghadapnya.Khai terjerit kuat dek kerana terkejut.

Mak tok dan Zalief juga terkejut dengan jeritan Khai yang maha kuat tadi.Rafiq ditingkap hanya tersengih.Khai mengurut dadanya.
Haih,selamat air kopi ni aku tak simbah dikepala dia.Keluhnya didalam hati.

"Mana salam kau?Pergi melawat nenek dia sakit ke apa?"Zalief bersuara.Sedikit kasihan dengan adiknya yang bukan main terkejut tadi.Sedikit aje ehh..

"Hehe..Assalamualaikum Mak tok,Zalief dannn..Si cantik manis."Wah!mulut manis ni.Bahaya kalau aku rapat dengan dia.

Khai hanya menjawab salam didalam hati."Hang pasai apa awal sangat datang rumah tok ni?"Mak tok menyoal.Tak pernah-pernah cucunya seorang itu datang kerumahnya pada awal-awal pagi sebegini.Baru pukul 7:30.

Rafiq meloloskan diri masuk kedalam rumah kampung berkonsepkan tradisional milik Mak tok dan arwah Tok mereka melalui pintu belakang yang terbuka luas menampakkan pokok rambutan.Pada dahannya yang besar pula diikatkan tali dan membentuk buaian menggunakan papan separa tebal yang panjang memuatkan 3 orang.Hah!Dah masuk bab pokok pula!

"Mak kirim makanan sikit untuk Mak tok."Mak tok hanya menganggukkan kepalanya dan menjemput Rafiq untuk menyertai mereka bertiga untuk bersarapan.Khai meletakkan air kopi diatas meja dan mengambil tempat duduk di sebelah Mak toknya.

Rafiq pula mengambil tempat bersebelahan Khai.Khai  menjongketkan kening."Kenapa awak tak duduk sebelah abang?"

"Saja."

Khai mengangkat bahunya pula.Ah!Ikut kau lah!

Because Of You [ON GOING]Where stories live. Discover now