Khai melangkah perlahan ke arah ibunya yang sedang menyiapkan makan malam."Bah!"Khai ketawa apabila melihat ibunya melatah sambil sudip ditangan mahu diacukan kepadanya.
"Apa adik ni.Terkejut ibu tahu tak."Datin Aisha menjengilkan matanya.Konon mahu tunjuk bahawa dia sedang marah dengan perlakuan anak gadisnya itu.Khai hanya tertawa kecil.Tak takut!
"Ibu,abang bila nak balik rumah eh?Dia dah janji nak bawa adik pergi jumpa makwe dia tau." Khai duduk diatas meja kabinet.Datin Aisha mengerutkan kening.Bila masa abang kamu tu ada makwe nak oi?
"Adik try lah call dia.Ni,tolong ibu masak sup ayam.Babah kata dia dah lama tak makan masakan adik."Khai tanpa bayak soal,terus melompat turun dari kabinet menuju kearah peti sejuk dan mencapai bahan-bahan untuk masakannya sebentar lagi.Datin Aisha keluar dari dapur setelah siap memasak masakannya.Dia tahu Khai tidak gemar memasak jika ada orang lain didapur itu selain dirinya sendiri.
"Abang."Datin Aisha duduk disebelah suaminya yang sedang kusyuk membaca akhbar.Suaminya hanya mengerling sekilas."Apa?"Mata kembali melihat akhbar ditangan.
"Abang dah tanya Abang Mad ke apa keputusan Kal?"Datin Aisha menyoal.Rasa ingin tahu membuak.Dato' Zamri yang mendengar melipat surat khabar tadi dan mata terus tertumpu kepada isterinya disebelah.
"Belum tanya lagi.Nanti malam baru saya call Abang Mad.Penyiasat yang awak upah tu dah dapat maklumat?Apa keputusannya?"
Flashback~
Datin Aisha membaca majalah diruang tamu.Bosan bersendirian.Telefon bimbit yang berdering diatas meja,dicapai."Hello Assalamualaikum?"
"Waalaikumsalam Datin,saya Luq."Datin Aisha menganggukkan kepalanya meskipun tidak dapat dilihat si pemanggil.
"Nanti tolong send location Datin kita nak bertemu di mana ye?"Luq sedang sibuk meneliti fail maklumat sambil sebelah tangan menekup telefon ditelinga."Baiklah.Assalamualaikum."Selepas kedengaran jawab salam dari sebelah sana,Datin Aisha segera menamatkan panggilan.Dicari nombor telefon tadi untuk menghantar lokasi untuk mereka bertemu.
Selepas selesai,dia mencapai kunci kereta dan menuju kearah keretanya,lalu terus memboloskan diri kedalam perut keretanya itu.
Setelah sampai didestinasi,Datin Aisha keluar dari keretanya dan menuju masuk kedalam sebuah cafe.Dia memandang sekeliling bagi mencari wajah Luq.Kelihatan seseorang melambai tangan menarik perhatiannya.Apabila dia sudah mengecam orang yang melambai tadi,Datin Aisha terus berjalan kearah Luq dan duduk dibangku apabila diperlawa Luq.
"Datin order lah dulu."Selepas menjawab salam dari Datin Aisha,Luq menyuruh Datin Aisha untuk memesan makanan atau minuman.
"Saya nak order orange juice."Datin Aisha memesan minuman setelah memanggil waiter."Anything else Puan?"Waiter tadi kelihatan menulis pesanan Datin Aisha dibuku nota kecil.
"No thanks."Datin Aisha memberi senyuman kepada pelayan tadi.Pelayan tadi juga membalas seraya melangkah pergi."
So?How is it?"Datin Aisha memandang Luq."Begini,saya mendapat maklumat bahawa Iman,tunangan kepada anak Datin ialah anak kepada seorang kaki judi,iaitu ayahnya.Ibunya pula berkerja sebagai tukang jahit disebuah kedai dipekan.Iman juga pernah berkahwin dengan seorang perempuan bernama Wardina Sofea binti Kamil."
"Pernah berkahwin?"Datin Aisha menunjukkan reaksi terkejut apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Luq.
"Ya.Tapi mereka sudah bercerai.Saya ada berjumpa dengan Puan Wardina itu bagi menolong saya atas siasatan ni.Saya menanyakan punca mereka bercerai,Puan Wardina berkata Iman seorang suami kaki pukul dan selalu mabuk apabila pulang kerumah."Luq membuka fail maklumat tentang Iman yang diperolehinya.Ditunjuk gambar perkahwinan Iman dengan perempuan yang bernama Wardina Sofea itu.
Datin Aisha mengucap.Ada sebab dia tidak berkenan dengan Iman.Firasatnya kuat mengatakan bahawa Iman bukan seorang lelaki yang baik.Dan tepat tekaannya itu.Kasihan anaknya..Jika mereka berkahwin,apalah nasib anak gadisnya itu.
Minuman yang dipesan,dihantar oleh pelayan tadi.Datin Aisha tersenyum dan mengucapkan terima kasih.Pelayan tadi membalas dan berlalu pergi.
"Jadi,apa nasib Wardina tadi?"Datin Aisha turut kasihan kepada bekas isteri Iman."Selepas mereka bercerai,Puan Wardina disahkan hamil.Untuk pengetahuan Datin,Puan Wardina anak yatim piatu dan tidak mempunyai keluarga lain.Jadi dia tiada tempat bergantung selepas bercerai dengan bekas suaminya.Ini base dari apa yang Puan Wardina ceritakan."
Datin Aisha menganggukkan kepalanya tanda memahami.
End Flashback~
"Haa..Macam tulah ceritanya."Dato' Zamri menggeleng."Saya ada juga rasa yang Iman tu bukan budak yang baik untuk anak kita,tapi tak sangka pula betul telahan saya tu."Datin Aisha mengeluh"Saya taknak anak saya disakiti.Apa guna saya mengandungkan anak saya jika orang lain pula senang-senang menyakitinya."Datin Aisha bersuara tidak puas hati.Sungguh,dia tidak berkenan dengan pilihan anaknya itu!
"Apalah nak jadi dengan budak sekarang.Macam mana pula dengan rancangan awak dengan Kak Haida nak satukan budak-budak tu?"Datin Aisha memikirkan tentang itu.Nampaknya dia perlu menelefon kakaknya bagi memaklumkan hal itu.
"Nanti malam saya call kak Haida lah."Dato'Zamri memandang ke arah dapur.Takut-takut anak gadisnya mendengar perbualan mereka berdua.
Dato' Zamri memandang kembali ke arah isterinya yang termenung."Nampaknya malam ni kita kena call diaorang sama-sama lah ni"Kata Dato' Zamri sambil tersenyum kecil.
Syorry,tak reti buat part ii penyiasat😕
YOU ARE READING
Because Of You [ON GOING]
Romance"Takdir tertulis,kau milikku." Cinta?Mati setelah kehilangan tunangan tersayang.Atas sebab apa dia pergi?Khairyn Zariefa sendiri tiada jawapan.Kehadiran nama Heykal Xander Iezfar memberi impak besar dalam hidup apabila ibu dan maklongnya membuat kep...