bab 5

74 12 3
                                    

3 hari kemudian~

"Bye ma,pa.Assalamualaikum."Heykal melangkah ke kereta yang diparkir digaraj.Puan Sri Haida dan Tan Sri Jasson Ahmad memandang sayu pemergian anak mereka itu.

Selepas kereta Heykal meluncur keluar dari perkarangan rumah,Puan Sri Haida dan Tan Sri Jasson Ahmad masuk kedalam rumah.Kini rumah besar itu kembali sunyi selepas ketiadaan Heykal.

"Haih.Bosanlah kalau tak ada Kal tu abang."Puan Sri Haida mengeluh.Rasa rindu mula bertandang dihati.Tan Sri Jasson Ahmad menjongketkan sebelah keningnya"Kenapa bosan?Saya kan ada?"

"Abang lain,Kal lain."Jawab Puan Sri Haida.

"Kal dengan abang tak ada beza.Dua-dua lelaki tau."Tan Sri Jasson Ahmad tersengih nakal.Puan Sri Haida hanya menjeling geram.

"Saya rasa..kita ada ter'miss' sesuatulah abang."

"Apa bendanya?"Apabila Tan Sri Jasson Ahmad menangkap apa yang ingin isterinya katakan,mereka berdua berpandangan seketika.

"Kita tak bincang tentang hal kahwin tu."Serentak mereka berdua berkata.

Heykal keluar dari kereta dan melangkah masuk kedalam rumah banglo miliknya.Lampu dinyalakan dan serta merta suasana gelap tadi kembali cerah dengan sinaran lampu.

Dia membawa dirinya kedapur dan membuka peti sejuk.Lalu dikeluarkan jus oren.Heykal meneguk rakus dek kerana lelah memandu tadi.

Dikerling jam pada pergelangan tangan.Pukul 5:19 am.Pantas dia keluar dari dapur dan mendaki tangga untuk kebiliknya.

Ambil tuala yang tersimpan didalam wardrobe dan 'Pang!' Ditutup rapat pintu bilik air.

20 Minit kemudian~

Dia mengelap rambutnya yang basah sambil melangkah keluar dari bilik airnya.

Beberapa minit lagi akan masuk waktu azan,Heykal pergi kearah penyangkut sejadah dan mencapai satu untuk dihamparkan.Sesudah menghampar sejadah,Heykal duduk disisi katil.Termenung.Apabila duduk bersendirian seperti ini,dia pasti memikirkan seseorang.Memikirkan kekasih yang telah pergi meninggalkannya.Dicari juga dimana kesilapannya,tetapi...Dia tiada jawapan untuk itu.

Azan berkumandang membawa Heykal kembali kedunia nyata.Tersenyum dia seketika.Tenang mendengar alunan suara merdu yang memanggil untuk menunaikan kewajipan.

"Remember Kal,she's doesn't love you.Ya,she's not love you."


Because Of You [ON GOING]Where stories live. Discover now