bab 17

45 10 1
                                        

Khai menghentikan basikal dihadapan rumah sepupu rapatnya,Liz.Yang juga adik kepada Rafiq."Assalamualaikum!."Liz atau nama sebenarnya,Nura Lizna pergi kearah pintu rumah dan membukanya.

Matanya terbeliak terkejut melihat Khai yang tersengih kecil diatas basikal."Aarrggh!!Rindunya Liz dekat Khai!."Liz meluru menuruni anak tangga dan memeluk Khai yang masih diatas basikal.Seperti enggan mahu turun.

Khai membalas pelukan Liz.Sejujurnya memang sudah 6 bulan mereka tidak berjumpa.Berkomunikasi pun hanya melalui aplikasi WhatsApp."Mak Uda dan si kecik tu ada kat rumah ke?"Mereka berdua meleraikan pelukan.

"Mak dan Aliya tak ada,diaorang pergi rewang dirumah Cik Awa.Ni Khai balik tak inform pun dekat Liz dengan Mai kan?"Khai hanya tersenyum kecil.Serba salah pula.

"Sekali sekala buat surprise apa salahnya?Jom kita pergi rumah Mai.Khai tak singgah lagi rumah dia tu."Liz menganggukkan kepalanya dan masuk kembali kedalam rumah untuk menukar pakaian.Tudung pula hanya tudung sarung bercorak bunga kecil.

Petang itu,Khai dan Liz berbasikal menuju kerumah Mai,sepupu rapat mereka berdua."Assalamualaikum tuan rumah!Kami datang nak beraya."Khai dan Liz mengekek ketawa.Raya apanya,puasa pun belum tiba lagi.

"Waalaikumsalam kejap!Anak siapalah datang rumah aku ni.Raya belum lagi nak oi!"Mai atau Maisarah Nasuha membebel sendirian.Mana tidaknya,dia sedang  layan drama korea ada pula yang mengacau.Hish!

Selak pintu dibuka dan terbentang dua muka gadis ayu sedang duduk diseat basikal masing-masing.Tetapi matanya lebih tertumpu kepada gadis rambut bertoncang diatas basikal berwarna merah jambu.

"Khai!"Mai juga menunjukkan reaksi teruja yang sama seperti Liz tadi.Dipeluk tubuh Khai dengan erat sekali.

"Ooo nampak Khai je eh.Liz kat sini tak nampak ke?"Liz pura-pura merajuk dan memuncungkan mulut.Khai dan Mai ketawa kecil."Mai dah bosan hari-hari hadap muka Liz ni dekat sekolah."Liz dan Mai ialah guru tadika dikampung itu dan bekerja ditempat yang sama.Walaupun cita-cita mereka ingin kahwin awal,tetapi ditinggalkan dahulu.Nampak sangat gatal tu!

"Khai sebenarnya nak ajak Liz dan Mai pergi sawah tempat lepak kita tu.Dah lama tak melawat 'kawasan'."Mai tanpa banyak soal terus berlari masuk kedalam rumah untuk menukar pakaiannya.

Seketika kemudian,Mai keluar dengan memakai tudung bawal yang diikat ditengah berwarna hitam dan dipadankan dengan T-shirt berlengan panjang.Seluar pula,hanya palazzo.

"Hai,matching pula kita bertiga eh?Geng-geng hakak palazzo."Mereka bertiga ketawa.Sememangnya mereka bertiga memakai baju T-shirt lengan panjang dan berseluar palazzo.Cuma berlainan warna sahaja.

Mai mengeluarkan basikal dari bawah rumahnya dan sama-sama keluar dari perkarangan rumah itu.

"Hrrmm...tenang aje kampung ni kan?Tak ada masalah,aman,tak sesak macam dekat bandar tu."Khai memulakan perbualan.Basikal mereka bertiga berderet.Bermula dengan Liz,Khai dan Mai yang berada disebelah kiri.

"Siapa cakap dekat kampung ni tak ada masalah?Mai ada masalah ni tahu tak."Khai dan Liz memalingkan muka ke kiri sebentar.Kalau lama-lama,jawabnya masuk paritlah!

"Masalah apa?Cer cerita."Liz bertanya sambil mata perhati jalan kampung itu.Takut-takut tayar termasuk didalam lubang pula.

"Mai nak kahwin."Khai dan Liz membrekkan basikal mereka serentak.Terkejut sekejap.

"OMG!Seriously Mai?!."Mai menganggukkan kepalanya dan memberhentikan basikalnya juga.
"Jom sambung jalan.Sampai kat sana Mai cerita dekat korang berdua."

----

Rafiq termenung sambil memberi makan kepada ikan yang terdapat didalam kolam besar itu.Zalief memandang.Dah kenapa pak cik sorang ni?

"Hoi!."Zalief menyergah Rafiq.Dek kerana terkejut yang bukan kepalang,maka terjatuhlah Rafiq didalam kolam yang berbau itu."Bodohlah kau!Busuk kot air ni."Rafiq menyumpah Zalief.Dia terapung-apung dipermukaan air.Sedaya upaya ditahan rasa loya yang bertandang.

Zalief pula hanya menahan ketawanya.Sungguh!Dia tidak menyangka bahawa sergahan kecilnya tadi boleh membuatkan Rafiq terjunam dalam kolam tu!

Rafiq berenang dan naik keatas darat."Kau baliklah.Aku kasi cuti."Selepas kelihat Rafiq menghilang,Zalief terus melepaskan tawanya yang sedaya upaya disimpan tadi.

"Ya Allah..Busuknya bau aku sekarang ni."Rafiq menggelengkan kepala.Bahana mengelamun fikirkan anak dara oranglah ni!Badan sasanya yang tersarung t-shirt didalam dan kemeja diluar berhias tompokan tanah lumpur.

"Pasai apa basah kuyup tu Rafiq?"Mak tok yang sedang menyapu dihalaman rumahnya bertanya."Dekat kolam tadi Rafiq bagi makan ikan,lepastu Zalief pergi sergah Rafiq.Sebab terkejut Rafiq 'ter'terjun dalam kolam ikan tu."Rafiq bercerita dengan nada tidak puas hati.

Lalu dia melabuhkam duduknya diatas tangga rumah Mak toknya itu untuk membuka kasut butnya.Air yang bertakung dijiruskan didalam longkang kecil.

Mak tok yang tertawa tadi terus membedal belakang Rafiq menggunakan penyapu lidi ditangannya.Rafiq terjerit kecil.Sakit oi!

"Suka suki dia ja landing ataih tangga rumah aku.Dah pi mandi nuh."Mak tok menggelengkan kepalanya.Stress juga dengan perangai childish cucunya seorang itu.

Rafiq bangun dan berlari masuk kedalam rumah Mak toknya sambil ketawa mengekek.

Because Of You [ON GOING]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang