"Aku terima nikahnya Khairyn Zariefa binti Zamri dengan mas kahwinnya RM20 000 tunai."Tangannya dan tok kadi yang tertaut digoncangkan sekali.
"Sah"
"Sah"
"Sah"Semua mengucapkan syukur termasuk Heykal.Anak mata hijau nya memanah bilik ditingkat atas dengan pintu yang terbuka luas,tidak menampakkan apa-apa."Kal pergilah naik kebilik Khai."Puan Sri Haida menghulurkan cincin kepada anak lelakinya untuk disarungkan ke jari anak saudaranya merangkap menantu.
"Hrmm..Boleh tak kalau..Tak ada apa-apalah."Heykal bangun lambat-lambat.Macam mana ni?Nak jumpa bini pun rasa nak pecah dada aku!"Hah!Semua sila-sila lah makan.Buat macam rumah sendiri aje."Semua ketawa dengan jenaka Dato' Zamri.
Apabila tiba di anak tangga pertama,Heykal menarik nafas.Dia memalingkan mukanya memandang ruang tamu yang dipenuhi tetamu.Dicari pula wajah ibu dan bapanya.Tiada.Pantas dia berlari keluar dari rumah mewah itu.Cincin yang terjatuh,tidak dihiraukan.
Songkoknya dibuka dan dipegang kemas.Sampai diluar rumah,dia hanya menyarungkan selipar jepun milik...siapa entah!"Eh eh.Kau nak pergi mana ni?"Ridzwan menegurnya.Kebetulan dia sedang berbual ditelefon bersama rakannya.
"Aku..Errr."Hah sudah,kantoi dengan Ridzwan pula!"Nak ambil barang dalam kereta.Haa..ambil barang je."Heykal memandang kereta Audinya yang diparkir diluar kawasan rumah mewah itu.Kalau pandang Ridzwan alamatnya,tertangkaplah!
"It's okay.Biar aku yang ambil.Pengantin baru kena layan tetamu."Ridzwan ingin berjalan keluar untuk pergi ke arah kereta Heykal tetapi ditahan."Ehhh...Tak apa-tak apa.Lagipun barang tu..Err hadiah untuk wife aku.."Ridzwan menjongket kening.Apasal aku rasa tak sedap hati ni?
"Haa okay bye!"Heykal keluar dari kawasan rumah itu dan meloloskan diri kedalam kereta.I'm sorry but I can't!Ridzwan mengerutkan dahi.Kata nak ambil barang?Kereta rakannya yang sudah meluncur laju diatas jalan itu membuatkan dia tertanya-tanya.Pengantin lelaki nak pergi mana?Takkan nak pergi beli ais batu kot?
Dikeluarkan kembali telefon bimbitnya dan mendail nombor Heykal."Hello?"
"Wey kau pergi mana?Laju je bawa kereta tadi?"Heykal terkedu.Nak jawab apa ni?"Ermm..Tolong aku boleh tak?Bagitahu mak ayah aku yang aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki."Tidak menjawab soalan Ridzwan.Biarlah kalau bunyi macam nak bermaaf maafan dihari raya.Asalkan aku ikhlas minta maaf.Kau ada?
"Peliklah kau ni?"Heykal kedengaran mengeluh ditalian."Cakap dekat diaorang eh?Dan aku nak minta maaf dekat kau juga."Heykal masih memandu dengan tenang.Tanpa ibu bapanya sedar,dia telah mengisi bagasinya dengan pakaian untuk...
"Dah-dah.Just tell me the truth.Straight to the point je."
"Aku nak pergi airport.Bye assalamualaikum."Heykal mematikan penggilan.Ridzwan ternganga.Adakah pengantin lelaki....lari!
Terus dia berlari masuk kedalam rumah itu.Ya Allah,Heykal...Lapar nak makan pelangkung mak kau ke?!"Aunty,uncle."Puan Sri Haida dan Tan Sri Jason Ahmad yang berada didapur memandang Ridzwan,sahabat karib anak mereka."Kenapa Rid?Ni kamu dah makan ke belum?"Tan Sri Jason Ahmad bertanya.
Ridzwan menggeleng lalu terus berkata."Kal,uncle.Dia pergi airport."
"Hah?"Airport?Kan Heykal sedang bertemu isterinya?Ridzwan mula bercerita kepada pasangan suami isteri itu.Tan Sri Jason Ahmad memaut lengan isterinya apabila melihat isterinya tampak lemah dan ingin jatuh.
"Lepastu macam mana sekarang?Heykal dah sampai airport?"Tan sri Jason mula bersuara serius.Kecewa tidak terkata,anak sendiri telah menconteng arang kepada dia dan isterinya.Apa yang mahu dijawab jika besan mereka bertanya dimana menantu mereka pergi?
"Saya rasa belum lagi."Tan Sri Jason mengambil telefonnya dari poket baju dan membuat panggilan."Hello,saya nak kamu bawa orang kamu pergi airport cari anak saya.Now!"Ridzwan yang mendengar menelan liurnya kesat.Siapa saja yang berani membantah suruhan jutawan ini?Sekali keluar suara dia,aku pun kecut!
Seorang mak cik yang kebetulan lalu disitu mendengar perbualan Ridzwan,Tan Sri Jason dan Puan Sri Haida yang masih terkejut dengan pemergian anak lelakinya.Mak cik itu menyorokkan diri dibelakang tembok dan masih mendengar perbualan mereka bertiga.Selepas itu,dia pergi keruang tamu yang masih dipenuhi tetamu yang hadir.
Dia membisikkan cerita itu kepada semua orang yang ada disitu."Kak Milah ada nampak menantu saya tak?Atau dia masih diatas?"Datin Aisha bertanya denagn senyuman yang masih mekar dibibirnya.Kak Limah memusingkan badannya.Dia turut tersenyum kepada Datin Aisha."Tak ada pula saya nampak.Tapi dengar-dengar..dengar-dengar jelah yang pengantin lelaki lari tadi.Dah pergi ke airport pun."Kak Milah berbisik.Muka Datin Aisha berubah.Lari?
Suasana ruang tamu itu gamat dengan suara-suara yang gelisah.Mana tidaknya,Kalau pengantin lelaki lari,siapa pula yang mahu bersanding dengan pengantin perempuan minggu depan?
Aliya,si kecil hanya mendengar.Setelah itu dia melangkah ke arah tangga dan menitinya dengan berhati-hati.Takut tergolek pula.
Dia masuk kedalam bilik Khai dan terus memanjat katil yang diduduki Khai serta kawan dan sepupunya.
"Aliya,kenapa dengan orang dekat bawah."Khai mendukung Aliya dan meletak diatas ribaannyaAliya duduk dengan selesa sekali diatas ribaan kakak sepupunya itu.Lantas dia menjawab.
"Abang Kal lari"Aliya bermain-main dengan gelang pandora yang meliliti tangan Khai.Liz terus mengambil Aliya dari ribaan Khai apabila dia melihat Khai terkaku diam seribu bahasa.Berkali-kali dipanggil nama sepupunya itu.Tetapi tiada jawapan.Suasana menjadi sepi.Pandangan Khai berbalam-balam.Pengsan.
YOU ARE READING
Because Of You [ON GOING]
Romance"Takdir tertulis,kau milikku." Cinta?Mati setelah kehilangan tunangan tersayang.Atas sebab apa dia pergi?Khairyn Zariefa sendiri tiada jawapan.Kehadiran nama Heykal Xander Iezfar memberi impak besar dalam hidup apabila ibu dan maklongnya membuat kep...