bab 10

43 13 3
                                    

Khai bersenang lenang berbaring diatas katil selepas solat maghrib dan isya'.Secara tiba-tiba benaknya mencongak baki tarikh majlis perkahwinannya bersama Iman.6 bulan bukan lama.Pejam celik pejam celik dah 6 bulan.Tapi satu hapak persiapan pun tidak dibuat lagi.Tanpa sedar,keluhan dilepaskan.

Dia bangun dari baringannya
dan menuju kearah pintu bilik untuk ke ruang tamu.Melihat kelibat Khai,Wardah yang duduk diatas sofa mengengsotkan dirinya ketepi sedikit memberi ruang kepada sahabatnya itu.

Khai tersenyum.Baiknya kawan saya ni.Terus dipeluk Wardah.Linda yang sedang menonton televisyen sambil mengunyah kerepek menggelengkan kepala melihat karenah Khai."Ehhhhh kau kenapa ni?Aku tercekik..."Wardah menepuk kuat tangan Khai yang masih erat memeluknya."Ish..Orang rindu dia lah."Khai melepaskan pelukan lalu berjalan pula pada sofa bertentangan yang diduduki Linda.

"Op op op...Kalau kau peluk aku,siap kau,aku hempuk guna batang penyapu."Linda menghalakan tapak tangannya.Khai mencebik."Eh perasan.Aku nak ni je."Khai merampas balang yang berisi kerepek ubi buatan emak Linda.Sedap!

"Bak sini balikkkkkk!."Linda bertempik.Alahhh..Baru pukul 8:49.
Khai tertawa sambil berlari keliling ruang tamu rumah mereka.Wardah yang seronok melihat mereka berkejar kejaran,turut menyertai.Dah lama tak lari-lari!

Setelah penat berlari,mereka bertiga tumbang diatas karpet tebal diruang tamu itu.Gelak ketawa menyelubungi mereka."Dah lama kita tak berkumpul macam ni kan?Arrghh!Aku rindu korang."Wardah menjerit.Sisa ketawa masih kedengaran.Linda dan Khai hanya bersetuju.Iyalah,Linda berkerja sebagai setiausaha,Wardah berkerja di syarikat yang sama dengan Linda dan Khai pula sebagai pramugari.

Bila cuti sahaja mereka bertiga dapat berkumpul bersama-sama jika tidak balik ke rumah keluarga mereka.

'Knock knock'

Pintu rumah mereka diketuk.Mereka bertiga berpandangan.Siapa tu?
Memahami isyarat mata yang dihantar Khai,Wardah menjongket bahu."Abaikanlah.Kejap lagi diamlah tu."Bisik Linda.

Seperti yang dijangka,ketukan dipintu berhenti.Mereka bertiga menarik nafas lega.

"Hrmmm...Aku laparlah.Duk mengunyah kerepek tak kenyang."Khai,Wardah dan Linda bangun dari perbaringan."Aku ada masak tengah hari tadi.Gulai masak lemak cili api ayam,sambal ikan kembung dan favorite dessert korang."Khai menjongketkan keningnya beberapa kali."Lauk dalam peti dengan fav dessert korang tu."Khai mengambil remote untuk menukar siaran.

Wardah menayangkan muka teruja.Seperti sudah tahu pencuci mulut apa yang Khai buat.Linda pantas ke dapur dan membuka peti ais untuk memanaskan lauk.

Beberapa minit kemudian,hidangan yang Khai masak siap dipanaskan oleh Linda.Wardah meletakkan nasi kedalam pinggan dan mencedok lauk.Baca doa makan dan ngap!Ermm..Sedap!

"Khairyn Zariefa memang terbalik ah!Kalah masakan kambing aku kalau kau masuk dapur."Wardah berjenaka.Linda hanya menganggukkan kepalanya memandangkan dia sedang mengunyah nasi yang disumbat penuh kedalam mulutnya.

"Hello,Wardah Ayiena.Terbaik tu aku.Terbalik tu kau."Khai melepaskan tawanya.Sungguh,harini sudah banyak dia ketawa.

Linda dan Wardah menambah nasi buat kali yang kedua.Khai gembira melihatnya.Sedap sangat ke?"Dengar-dengar,orang tu kena langgar lari tadi.Dahlah kena langgar dengan mamat mata empat,hensem pula tu."Wardah mula mengusik selepas habis makan.Berita cikai-cikai macamtu pun boleh tersebar.Linda tersedak menyemburkan sisa makanan yang berada didalam mulut. Dia terbatuk-batuk kuat.Khai dan Wardah menayangkan muka geli.

"Woi tolo.."Tidak sempat menghabiskan ayatnya,Linda sambung terbatuk.Wardah yang berada disebelahnya menggosok belakangnya."Kau ni,matikan selera aku nak makan kerepek betullah."Khai merungut.

"Khai......mana dessert yang kau katakan tuuu."Wardah bertanya kepada Khai sambil menggosok belakang kawannya.

"Jap."Khai berlalu ke dapur untuk mengambil hidangan pencuci mulut."Aku makan dekat dapur jelah.Geli pula dengan sisa-sisa Linda ni."Linda menjelingkan matanya keatas."Bersihkan tau,jangan tak bersih."Khai melaung dari dapur.

Orang tahulah nak buat kerja!

5 bulan kemudian~

Dato' Zamri dan Datin Aisha gelisah.Perkahwinan anaknya hanya berbaki 1 bulan sahaja lagi.Tetapi perkara itu belum dijelaskan kepada Khai.Macam mana ni?

"Abang..Macam mana ni?"Datin Aisha duduk diruang tamu bersama suaminya."Abang pun tak tahu.Kalau mereka jadi kahwin,bagaimana pula dengan nasib adik.Heykal?"Dato'Zamri merenung isterinya.

Datin Aisha pula memandang potret keluarga yang tergantung diruang tamu besar itu.Tak semena-mena idea muncul.Tak sangka,pandang potret pun boleh dapat idea.

"Abang,haritu adik ada cerita pasal Iman dekat saya." Ujar Datin Aisha secara tiba-tiba.Dato' Zamri mengangkat kening.

"Jadi?"

"Adik bagitahu yang ibu kepada Iman sakit.Cancer..Yang tu saya lupa."Dato' Zamri cuba menganalisa kata-kata isterinya.

"Adik cakap Iman tak cukup duit nak biaya kos pembedahan ibu dia.Jadi macam ni.Abang pergi berjumpa dengan Iman dan tolong dia dari segi wang.Tetapi bersyarat.Dia perlu putuskan tali pertunangan."Datin Aisha mula mengatur pelan.Ini semua demi anaknya.Dia tidak mahu bermenantukan kaki pukul isteri,kaki botol dan segala jenis kaki!

"Hrmmm....Tak kejam sangat ke?"

"Demi anak kita."

















😝

Because Of You [ON GOING]Where stories live. Discover now