"Iman tak kerja ke harini?"Khai menoleh memandang Iman.Dikerling pula jam ditangan.12:57 tengah hari.
"Kerja tapi half day sebab nak jemput princess kita ni."Iman menayangkan senyuman.Khai tertawa kecil.Bye!"Khai melambaikan tangan kepada Iman yang sudah masuk ke dalam kereta.Kemudian,dia masuk kedalam rumah sewa dia dan rakannya selepas kelibat kereta Iman sudah berlalu pergi.
"Assalamualaikum!"Tiada yang menyahut.Sudah tentulah,mereka balik pada petang nanti.Khai menggelengkan kepalanya.Dikeluarkan kunci rumah dari dalam beg tangannya.
Selepas pintu terbuka,Khai masuk dan mengheretkan bagasinya lalu menutup dan mengunci pintu rumah.Dibaringkan tubuhnya ke sofa.Huh!Penat.Padahal Iman yang memandu.Khai tersenyum.Teringat pula dekat tunang kesayangan itu.
Selepas beberapa minit bermalasan diatas sofa empuk itu,Khai mula mendaki tangga rumah teres dua tingkat itu untuk naik kebilik tidur.Dia mencapai kain tuala yang tersangkut dipintu biliknya.Terus dia masuk kedalam bilik air yang berada didalam biliknya memandangkan biliknya itu master room.Maklumlah,dia bayar lebih,jadi bilik itu miliknya lah.
20 minit kemudian,Khai keluar dari bilik air dengan wajah suci berseri.Hilang sudah wajah lesu tadi.Siap berpakaian dan solat Zohor,Khai turun kebawah.Perutnya berbunyi-bunyi minta diisi.Dibuka peti sejuk untuk melihat isi kandungannya.Khai tersenyum suka.Yes!Time to cooking is on!
Kurang dari dua jam,makanan terhidang diatas meja.Khai tersenyum puas.Masakannya pada harini ialah,masak lemak cili api ayam,sambal ikan kembung,dan pencuci mulut yang dihasilkannya pula bubur kacang.
Usai membaca doa,Khai terus makan dengan senang hati.Sambal belacan dicedoknya sedikit kedalam pinggan.Sempat tangannya tadi mencapai sambal belacan yang berada didalam peti sejuk.
Sesudah siap makan,dia melangkah ke ruang tamu dan duduk disofa.Bosan.Dia menghidupkan televisyen.Dibuka saluran astro ceria dan mula menonton cerita kartun yang ditayangkan.Jangan tak tahu yang Khai fanatik dengan kartun-kartun ni!
Selepas beberapa cerita ditayangkan ditonton Khai,mata mula terasa berat.Digagahkan diri untuk menonton tetapi akhirnya dia berlayar ke pulau mimpi.
Linda bergelak ketawa dengan rakan serumahnya seorang lagi,Wardah apabila topik yang mereka bualkan menggelikan hati mereka.Dimasukkan kunci rumah kedalam tombol pintu dan 'Chuk' terbuka.
Wardah cepat-cepat membuka suis lampu kerana berasa sedikit takut dengan keadaan suram tadi.Terkejut mereka berdua apabila melihat susuk tubuh sedang berbaring tidur diatas sofa rumah sewa mereka.Dengan keadaan televisnyen yang terbuka dan menayangkan cerita kartun upin dan ipin...
Mereka berdua mengeluh lega.Haih..Ingatkan hantu singgah untuk tonton cerita upin ipin tadi.Linda melangkahkan kaki ke arah sofa dimana Khai berada."Uit.Wake uplah.Nak maghrib dah ni."Linda menampar lembut pipi Khai untuk mengejutkannya dari lena.
"Hrmmm..Kacaulah.."Dalam mamai Khai berkata.Digagahkan diri untuk sedar dari kantuk.Dia menegakkan diri diatas sofa.Mata memandang sekeliling.Linda menggeleng.Mamailah tu!"Khai, dah solat Asar ke belum ni?"Wardah berjalan kedapur untuk minum.
Khai memandang ke arah jam.Matanya terbeliak.Terus dia melarikan diri menuju ke arah tangga untuk ke bilik tidur tanpa menjawab soalan Wardah.
Done😝
![](https://img.wattpad.com/cover/211226558-288-k309280.jpg)
YOU ARE READING
Because Of You [ON GOING]
Romance"Takdir tertulis,kau milikku." Cinta?Mati setelah kehilangan tunangan tersayang.Atas sebab apa dia pergi?Khairyn Zariefa sendiri tiada jawapan.Kehadiran nama Heykal Xander Iezfar memberi impak besar dalam hidup apabila ibu dan maklongnya membuat kep...