bab 25

41 9 0
                                    

"Hello?!sesiapa tolong saya!Ada penyangak kejar saya ni!!"Khai menjerit kuat.Heykal dan Zalief yang asyik sekali berbual tadi tersentak.

"Ya!Saya ada ni..Nanti saya datang tolong awak.Saya nak minum sirap kejap."Zalief menahan ketawa mendengar balasan daripada Heykal.Khai mula membuka matanya dengan payah.Benda pertama yang dilihat ialah..siling.

"Hah bangun pun nenek aku ni."Zalief berdiri dari sofa dan melangkah kearah Khai yang masih terkebil-kebil memandangnya.Heykal juga turut direnung Khai.Ulang suara,renung.

"Abang...Inilah penyangak yang adik jumpa dalam mimpi tadi."Khai bangun mengejut.Dia menuding jari kearah Heykal yang juga merenungnya.Nak pengsan balik boleh tak?

Heh?Aku?penyangak?

Zalief bantai gelak."Kesian kau Kal.Muka hensem-hensem pun kena cop penyangak."Senak perutnya kerana ketawa kuat tadi.

"Assalamualaikum."Semua mengalihkan mata memandang pintu rumah.Mak tok melangkah masuk kedalam rumahnya.Mata memandang cucu-cucunya.Eh kejap..Siapa pula yang sedang tersenyum manis tu?

"Waalaikumsalam mak tok."Heykal menuju kearah Mak tok dan bersalam dengan orang tua itu.Mak tok mengusap perlahan kepala Heykal yang mencium lembut tangan tuanya."Kamu pergi mana selama ni Kal?Puas papa dan mama kamu cari."

Khai melihat adegan itu.Aih?Haram lah oi!Suka hati je salam dengan nenek aku!

"Abang.Mamat tu siapa?"Zalief menjawab malas."Kal."Apa kena dengan adik aku ni?Suami sendiri kot takkan tak kenal?Hrmm..Mungkin sebab baru pengsan tadi kot,itu yang mereng.Logik tak?

"Bang..tu kenapa pula?"Khai mencuit sedikit bahu abangnya.Melihat keakraban neneknya dan 'Kal' membuatkan dia musykil.

"Jejak kasih."Zalief meninggalkan ruang tamu itu dan melangkah pula kedapur.Khai menahan geram.Ada yang makan selipar karang..

"Dah lah..Kamu pergi berehat dulu.Malam ni cerita dekat Mak tok."Mak tok bersuara lembut.Heykal menuju kembali kearah Khai yang masih tunak memandangnya.

"Pandang jodoh ke?"Heykal mengusik.Khai hanya bangun dan berjalan laju pergi kebiliknya.Creepy sungguh usikan dia tu!

Because Of You [ON GOING]Where stories live. Discover now