Iman meraup muka.Kecewa apabila Khai menamatkan panggilan setelah mendengar permohonan maafnya.Apakah dia memang tidak layak mendapat kemaafan?
"Abang."Adik perempuannya mengetuk pintu bilik,dan terus memboloskan diri masuk kedalam bilik Iman.Iman tersenyum dalam kepayahan."Adik nak apa?"
"Ni adik ada buat air untuk abang.Minum tau.Jangan biar sejuk,nanti tak sedap pula."Iman angguk.Dia mengambil huluran mug dari adiknya lalu meneguk perlahan.
"Ni adik siap-siap ni nak pergi mana?"Tanya Iman.
"Owh lupa nak bagitahu abang.Adik ada kelas tambahan untuk UPSR nanti.Abang hantar eh?"Iman menggosok kasar kepala adiknya yang dilitupi tudung sekolah.
"Haish!Habis rosak tudung adik!"Iman tersengih.Melayan karenah adiknya membuatkan perbualan dengan Khai sebentar lenyap begitu saja.
"Boleh je.Tunggu abang tukar baju kejap.Dah,pergi turun syuh!"Iman menolak adiknya keluar dari bilik.
------
"Adik lintas jalan elok-elok tau.Jangan nak rush sangat sampai tak tengok kiri kanan.Ja.."
"Aish abang ni...Adik tahulah pasal tu."Adik perempuannya mencuit hidungnya sedikit.Mereka berdua ketawa kecil.
"Dah lah,adik pergi dulu.Abang ingat tau,adik selalu sayang abang.Abang jangan tinggal solat,jangan lupakan adik.Bila adik tak ada nanti abang pandai-pandailah berdikari sendiri.Masak sengsorang,basuh baju tu sendiri.Tau?"
Dahi Iman berkerut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adik kesayangannya.Jantungnya sedikit laju berdetak.
"Selamat tinggal abang!"Adik perempuannya keluar dari kereta setelah bersalam dengannya."Ad..dik"Belum sempat mahu memanggil adiknya,adik perempuannya sudah menutup pintu kereta.
"Ya Allah.."Dalam hati,hanya Allah saja yang tahu perasaannya yang berbolak balik.Dia risau akan adiknya selepas mendengar kata-kata adiknya tadi tapi,dia tidak terfikir untuk keluar dari kereta dan menemani adiknya melintas jalan.Iman menutup matanya perlahan.
Bunyi dentuman yang kuat membuatkan matanya serta merta terbuka.Terkejut.Dia meliarkan pandangan dari dalam kereta.Dahi berkerut menganalisa keadaan jalan yang dipenuhi ramai orang berkumpul.
Iman membuka seatbelt dan menapak ke arah orang yang menggeremuni ditengah jalan."Kenapa ni?"
Dia bertanya kepada salah seorang yang ada disitu."Eksiden bang.Budak perempuan kena rempuh van sekolah."
Tanpa berlengah,Iman pantas berjalan menelusuri manusia yang ada disitu.Hatinya terdetak sesuatu.Adakah itu adiknya?
Ya Allah..
Mata Iman terbeliak melihat adik perempuannya yang terbaring diatas jalan raya dengan darah yang membuak keluar dari hidung dan mulutnya.
"Adik!!"Iman memangku kepala adiknya sambil menggogoi menangis."Someone please call ambulans!"Iman melaung dalam tangisan.Meminta seseorang agar membantu menelefon ambulan sesegera mungkin.
"Adik..Adik bertahan ya?Someone's going to call ambulans.You will be safe,okay?"Iman menepuk lembut pipi adiknya walaupun adiknya sudah tak memberikan reaksi terhadap tindakannya.
YOU ARE READING
Because Of You [ON GOING]
Romansa"Takdir tertulis,kau milikku." Cinta?Mati setelah kehilangan tunangan tersayang.Atas sebab apa dia pergi?Khairyn Zariefa sendiri tiada jawapan.Kehadiran nama Heykal Xander Iezfar memberi impak besar dalam hidup apabila ibu dan maklongnya membuat kep...