bab 19

35 10 1
                                    

"Huuuuu..Khai kenapa nak balik awal sangat?"Liz dan Mai memeluk tubuh Khai sambil menangis.Mak tok yang melihat adegan itu hanya menggelengkan kepalanya.Ada saja karenah cucu-cucu aku ni.

Khai yang tersandar ditepi kereta hanya merelakan dirinya tenggelem dalam pelukan sepupu kesayangan."Nanti Khai balik sini lagi lah.Cuti Khai dah habis.Lusa nak masuk kerja semula.Nanti kita Skype bertiga eh?"Khai menepuk-nepuk bahu Mai dan Liz yang masih tersesak menangis.

"Sudah-sudahlah tu Mai,Liz.Khai balik KL bukannya tak datang kampung ni lagi."Mak Usu berkata.Mak Uda hanya menganggukkan kepalanya.

Mai dan Liz melepaskan pelukan.Khai menghembus nafas lega.Akhirnya...dapat juga oksigen!
Khai masuk kedalam kereta selepas bersalam-salam dengan Mak tok,Mak cik dan Pak ciknya.Badan abangnya juga menjadi mangsa pelukannya.Entah bila lagi lah dia dapat menjejakkan kakinya kesini.

Semua melambai-lambaikan tangan mengiringi pemergian Khai.Selepas keretanya keluar dari kawasan rumah Mak tok,semua bersurai balik ke rumah masing-masing kecuali Rafiq.Dia hanya memandang melalui tingkap rumah Mak tok.

Haih..Dah balik gadis pujaan aku tu.Rafiq mengeluh."Hang dah kenapa duk kat sini lagi?Resort tok siapa jaga?"Mak tok bersuara tegas.Cucu sendiri yang berkerja dengan dia kot!

Rafiq cepat-cepat lari keluar dari rumah untuk menuju kearah resort milik neneknya yang berada dihujung kampung.Uish!Serik wey kena bedal dengan tok!

Dalam hati,nama Khai disebut-sebut.

"Khai!"Linda dan Wardah memeluk tubuh Khai.Khai hanya tersenyum kecil.Hari ini memang hari peluk sedunia ke?

"Kau macam mana?sihat dah?"Linda dan Wardah memimpin tangan Khai dan memasuki rumah sewa mereka."Kau fikir aku sakit ke?"Khai tertawa kecil.Linda dan Wardah menganggukkan kepala."Kau nak makan?Kitaorang masak favorite food kau.Tergerak hati pula." Ujar Wardah.

"Aku nak rehat dululah.Nanti aku turun balik,kita makan sama-sama ye?"Khai bersuara lembut.Wardah dan Linda hanya menganggukkan kepalanya dan melepaskan pimpinan ditangan Khai.Khai terus menuju kebilik tidurnya.Dibaringkan badannya diatas katil

Telefon dibuka dan nombor seseorang didail."Hello bu.Khai setuju."

Because Of You [ON GOING]Where stories live. Discover now