bab 15

41 11 6
                                    

Telefon berdering diatas meja lampu mengejutkan Heykal yang sedang diulit mimpi.Heykal menggeliat kecil dan bangun dari perbaringannya.Sempat dipandang sekilas pada jam yang tergantung pada dinding.Pukul 2:35 pagi.

Ditenung nombor yang tertera di skrin telefonnya itu sebelum menjawab panggilan.Manusia mana pula lah yang mengacau aku nak tidur ni?

"Hello sayang."Heykal tersentak mendengar suara itu.Apa pasal suara dia ni macam..Ish!Tak mungkinlah!

"Ya assalamualaikum.Who's there?"Sayup-sayup dapat didengar bunyi muzik rancak yang berdentum dentam.'Orang' disana sedikit tersentap apabila mendengar Heykal memberi salam.

"Wa..hrmm..Waalaikumsalam."Balqis
sedikit serba salah mahu menjawab salam Heykal.Apabila gadis yang menelefonnya tidak menjawab lagi pertanyaannya.Heykal menyoal sekali lagi."And again..Who's there?Please hurry,I'm still sleepy."Heykal menggosok matanya beberapa kali dengan harapan,kantuknya akan sedikit hilang.

"Balqis."

Khai keluar dari kereta mini cooper miliknya yang sudah lama tersidai digaraj rumah ibu dan bapanya. "Assalamualaikum!Mak tok,abang?"Aih,tak ada orang ke?

Cermin mata hitamnya ditanggalkan.Angin sepoi bertiup lembut mengalunkan rambut ikalnya yang dilepaskan.

"Waalaikumsalam.Khai,rindunya mak tok dekat hang."Mak tok berjalan menuju ke arah Khai dengan sedikit laju."Hati-hati mak tok.Jatuh kang Khai tak kuat nak angkat."Khai tersenyum kecil.Mak tok memeluk kuat tubuh Khai.

"Kalau hang tak mahu angkat,Nuh!Ada dah aih hero yang menolong."Mak tok menghalakan pandangannya kepada suatu sudut.Khai memandang.Kelihatan seorang jejaka sedang merenung tajam ke arahnya.

"Hang duk tercegat lagi nih pasai apa?Jom kita masuk."Khai mengikuti langkah Mak tok untuk masuk kedalam rumah kampung itu.Rumah itu dikelilingi sawah padi yang menghijau,Khai tersenyum seketika dan mengerling kembali kepada jejaka yang sedang duduk ditepi sawah.

Masih merenungnya dengan tajam.Tengah hari macamni tak panas ke duduk ditepi sawah?Khai terus berlari masuk kedalam rumah .Uih!Seram!

"Hoi budak kecik."Zalief Irfan memeluk adiknya.Terkejut Khai dibuatnya."Nah kau!Pakai sedap aje eh dia nak peluk orang.Dah lah busuk.Uwek!"Khai melepaskan diri pelukan abangnya.Dan menekup hidung menggunakan tangannya.

"Mana ada busuk."Jejaka yang dilihat Khai tadi menapak masuk kedalam rumah banglo mak tok."Abang,tu siapa?"Khai berbisik kepada abangnya dengan perlahan.Takut-takut jika orang itu dengar pula apa yang ditanyakan.

Zalief memusingkan badannya."Itu Rafiq.Our cousin."

"Heh?Tak pernah tahu pun."Ditunjal kepala adik perempuannya itu."Mana kau nak tahu kalau asyik terbang kesana,terbang kesini."Khai memasamkan muka.Suka hati je tunjal kepala orang.

"Hai."Jejaka yang bernama Rafiq itu menegur Khai yang masih berdiri ditengah-tengah ruang tamu  itu.Zalief meninggalkan Khai bersama Rafiq kerana ingin kedapur.

"Hai."Khai menghalakan  pandangannya kepada sekitar rumah.Cuba mengelak dari bertentang mata. Entah mengapa,dia rasa sedikit gementar bila bersama Rafiq itu.Ah!Mungkin kerana baru pertama kali kan kami bertemu?Dan..Takut dengan pandangan tajamnya yang menggerunkan?Khai cuba menyedapkan hati sendiri.

"Kenapa tak pandang saya?Tak cukup hensem ke?"Secara automatik,Khai menoleh memandang Rafiq yang setia berdiri disebelahnya.

"Eh!Saya tak cakap macam tu pun."Khai berjalan menuju kearah dapur meninggalkan Rafiq bersendirian.Diatas potongan tangga pertama sudah dapat dilihat Mak tok sedang mengacau air didalam jag dan abangnya,Zalief sedang memandang ke luar rumah melalui pintu belakang yang terbuka.

"Khai!Tolong Tok hantar air ni bawa pi depan sat!"Khai menuruni anak tangga dengan berhati-hati.Sampai dibawah,dia terus mengangkat jag air yang sudah diletakkan diatas dulang.Dia berjalan ke ruang tamu semula.

"Hai."Khai memusingkan sedikit badannya.Rafiq menegurnya sekali lagi sambil duduk diatas kerusi rotan.

Khai hanya menjelingkan mata ke atas.Berapa kali lah dia nak tegur aku?

"Hai."Khai menyahut malas dan meletakkan dulang diatas meja kopi berhadapan Rafiq.Khai berjalan ingin berpatah balik kedapur.Dia berjalan tanpa melihat lantai.

Mungkin nasib tidak menyebelahinya apabila lantai kayu yang sedikit terkopak akan membuatkan dirinya terjatuh.

"Arrggghh!!"Dia menjerit kuat.Mata dipejam rapat tetapi dia pelik akan sesuatu.Mengapa dirinya bagai terapung?Dibuka matanya perlahan-lahan.

Wajah Rafiq yang merenungnya membuatkan matanya terbeliak serta-merta.Dia didalam pelukan Rafiq?!Khai terus merungkaikan tangan Rafiq yang kemas memegang pinggangnya bagi mengelak tubuhnya jatuh menyembah lantai.

Astaghfirullahalazim..Khai beristifar beberapa kali didalam hati dan dengan pantas dia berjalan laju masuk kedalam biliknya.Rafiq kembali duduk diatas kerusi rotan itu dan tersenyum.Dirinya bagai tertarik dengan Khai.Adakah ini...cinta?

Because Of You [ON GOING]Where stories live. Discover now