bab 7

57 15 11
                                    

"Good morning Tuan."Heykal menganggukkan kepala dengan ekspresi wajah dingin.Pekerja-pekerjanya sudah tahu bahawa  Heykal Xander Iezfar seorang yang dingin,beku,tegas dan baik.Ceh!baik sangat!

Heykal segera masuk kedalam lif yang hanya untuk orang atasan sepertinya.Sesekali dia mengerling kearah jam yang tersemat kemas ditangan.Ergh!Lambatnya nak sampai atas!

Setelah sampai ditingkat 20 yang terletak pejabatnya berada,Heykal keluar dari lif.Terus dia menonong jalan untuk kebilik pejabatnya."Morning bebeh."
Kayla tersenyum gedik.Dia bangun dari duduknya dan menyaingi langkah Heykal.

"Don't disturb me.You tak ada kerja lain ke eh?Tak habis-habis nak ganggu I pahal?" Heykal duduk diatas kerusinya lalu menyilangkan kakinya.Mata tajam memandang Kayla yang masih tersengih seperti kerang busuk.

"Inilah kerja tetap I sekarang.Goda You sampai You jatuh cinta pada I!"Kayla ketawa nyaring.Heykal menggeleng.Kepala hotak kau nak goda aku.Boleh jalanlah!

"Baik You keluar sekarang sebelum puting beliung I datang.I kira sampai tiga je."Heykal mula mengangkat jarinya ingin mengira seperti yang dikatakan tadi.

"Kiralah dulu."Kayla duduk dikerusi bertentangan dengan kerusi Heykal.Hanya terpisah dengan meja .Kayla menongkat kedua belah tangannya diatas meja kerja Heykal sambil membuat muka comel.

"Satu.."

"Dua...."Kayla menyambung.Dileretkan suaranya seperti saja mahu menaikkan kemarahan Heykal.

"Tiga!Keluar sekarang!!!"Heykal terus menjerkah Kayla.Terhenjut bahunya dek kerana terkejut.Huaaaa!!Mama!Heykal marah kitaa...

Kayla bangun dan menghentak kakinya dilantai.Terus dia berjalan keluar dari pejabat Heykal.Setiausaha Heykal,memandang kearah Kayla yang masih menghentak kakinya sambil berjalan.Apabila terasa dirinya diperhati,Kayla berhenti.Dicarinya mata yang memandangnya.

Anak matanya tepat memandang setiausaha Heykal yang berusaha menahan ketawa melihat telatah tak bermoralnya."Apa pandang-pandang!Ada hutang?"Kayla menjeling geram sebelum dirinya melangkah kembali ke arah lif.

"Memang kau ada hutang dengan aku pun!Tak ingat ke yang aku belanja kau makan waktu handbag kau tertinggal dalam bilik Tuan Heykal?"Linda memerli Kayla.Terhenti terus langkah Kayla.Dia memusingkan badannya kembali menghadap Linda,setiausaha Heykal.

"You.......Huh!"Dihentak kembali kaki yang tersarung kasut tumit tingginya.

Linda melepaskan tawanya."Kau gelakkan apa tu?"Seseorang yang baru keluar dari pantri menegurnya."Takdi ada perempuan bajet tu kena halau dengan Tuan."

"Lindaaa...You buat kerja atau buat 'ketupat'!"Heykal menegur kuat dari dalam bilik pejabatnya.Cepat-cepat seseorang tadi berlari menuju ke meja kerjanya manakala Linda pula menekup muka dengan tapak tangannya.

Lunch~

"Jom turun makan."Heykal mengangkat kepalanya dari memandang komputer.Kelihatan rakannya,Ridzwan berdiri didepan pintu pejabatnya sambil kedua belah tangan disilangkan.Cermin mata bulatnya dibetulkan apabila terasa ianya mahu melurut.

"Eh sesat mana kau bro?"Heykal tersenyum kecil.Ridzwan masuk kedalam pejabat itu tanpa diperlawa."Aku tak sesat,baru sampai dari klinik."Ridzwan menjeling geram.Heykal ketawa kecil dan pantas mengemas meja kerjanya yang berselerak dengan fail-fail dan kertas kerja.

"Sibuk betul kau ye?ni kalau aku tak jemput kau nak pergi lunch,mesti kau masih terperuk buat kerja kan?"Ridzwan menggeleng.Dia tahu Heykal sengaja menyibukkan dirinya supaya dia tidak banyak berfikir tentang bekas kekasihnya,Balqis.

"Tak ada lah busy sangat.Just lil bit.Lagipun banyak projek baru masuk."Heykal mencipta alasan.Mereka berdua berjalan beriringan masuk kedalam lif."So kau macam mana dengan kerjaya kau tu?"Heykal mencari topik untuk dibualkan sementara menunggu lif untuk turun.

"Alhamdulillah,okay aje.Tapi susah sikit sebab still praktikal."Ridzwan memandang jam tangannya.Masa rehat berbaki 50 minit.

"Slow-slow wey.Insha Allah kau boleh catch."

Pintu lif terbuka.Lif bertentangan juga terbuka.Mereka berdua berborak rancak sehingga tidak sedar  bahawa salah seorang akan terlanggar dengan pengguna lif bertentangan tadi."Auch!" Linda  terduduk.Ridzwan juga jatuh mencium lantai yang baru dimop makcik cleaner.

"Euwww."Ridzwan mengeluarkan tisu dari poket seluarnya.Dilap bibirnya yang sudah tercerna mencium lantai tadi.Pekerja yang lalu lalang hanya memandang.Ada yang menahan ketawa melihat adegan mereka tadi.

Heykal juga sedaya upaya menahan tawanya supaya tidak keluar.Jika dia ketawa,maka hilanglah gelaran 'dingin' yang selalu digelarkan oleh pekerja kepadanya.

"Oi tolonglah aku !Sakit sial."Keluar carutan dari mulut Ridzwan.Linda pula mengetap bibirnya.Sakit dipinggang diketepikan sebentar."Eh!Awak tak ada mata ke hah?Main suka hati je langgar orang apahal?Nak makan penyepak?!"Linda menjengilkan matanya.Kawan-kawan Linda memegang bahunya.Mengelak untuk berlakunya pergaduhan yang mungkin akan tercetus.

"Eh!Kita ada matalah.Nampak tak ni?"Ridzwan membuka cermin matanya.Jelas kelihatan anak matanya yang berwarna hazel.Linda terpaku sebentar.Melihat keindahan Allah yang satu itu.

"Eh?Menung apa kat muka saya ni?Hensem sangat ke?"Ridzwan meraba mukanya.Cermin mata dipakai kembali.Heykal hanya memandang.Ni confirm kejap nanti jadi jodoh!

"Erm tak ada apa-apa.Assalamualaikum."Linda bangun dari duduknya dan menonong berjalan meninggalkan kawan-kawannya.Mukanya merah seperti tomato.Hati yang berdebar-debar seperti menandakan suatu perasaan asing yang timbul.Cinta?Entahlah.

Because Of You [ON GOING]Where stories live. Discover now