"Khai nak pakai tudunglah Mai."Mai ternganga.Betulkah apa yang didengar ini?"Seriuslah?"Teruja pula dia.Tak sangka Khai datang kerana perkara itu.
"Ada nampak mummy gelak?Tengah serius lah ni."Mai ketawa kecil.Sepotong buah apple yang sudah dibuang kulitnya dimasukkan kedalam mulut."Kalau macam tu,jom tengok koleksi Mai.Kita try tudung.Nak?"Khai mengangguk laju.
"Hrmm..Nak warna apa eh?"Mai menilik tudung yang ada didalam bilik stor baju dirumahnya."Khai nak warna apa?"Khai memandang Mai.
"Warna putih?"
"Orait!"
----
"Ya Rabbi...lawanya Khai bila bertudung."Mai tersenyum suka."Biasa ajelah.Mai dan Liz pun lagi cantik daripada Khai ni."Pipinya berona sedikit merah.Malu!
Dia berdiri dihadapan cermin panjang.Ditilik tudung yang selamat tersarung dikepala."Macam mana pula dengan kerjaya Khai?"Khai berpaling.
Dia tersenyum dan berkata."Khai dah resigned dari kerja itu."Tenang nadanya.Mai terlopong.Semudah 1 2 3 aje dia berhenti?
"Khai tak menyesal?"Khai geleng."Boleh sajakan Khai nak ambil bidang pramugari ni di Brunei kalau nak pakai tudung?"Mai mengusap perutnya.Sudah menjadi kebiasaan,jika kebosanan atau apa-apa saja,pasti perutnya diusap.Seolah-olah membelai anaknya yang baru dikandung 7 bulan itu.
"Khai taknak.Apa kata lepas Mai habis pantang nanti,kita buka restoran?Nak tak?"Khai tak habis-habis menggulung tudungnya menggunakan jari telunjuk.
"Mai try tanya abang Naim dulu.Kalau dia kasi,Mai on je."Mereka berdua berbual panjang.Liz baru saja terbang ke luar negeri.Honeymoon gamaknya.
"Khai balik dulu.Terima kasih sebab bagi tudung ni."Khai memeluk erat tubuh Mai yang berisi itu."Baby jaga mama tau.Jangan naughty-naughty.Assalamualaikum."
-----
"Awak tinggal dikampung ni berapa lama?"Heykal bertanya kepada Khai.Sesekali dia menyuap mi goreng kedalam mulut.Zalief hanya menjadi pendengar.Malas nak menyampuk perbualan 'suami isteri' itu.
"Mungkin makan berbulan juga.Tak decide lagi."Khai makin selesa berbual dengan Heykal.Terasa seperti mereka mula serasi berkawan."Lamanya.Zalief pula berapa lama duduk kampung?"
"Aku dah lama duduk kampung ni Kal.Nak tunggu ibu dengan babah carikan bini je."Zalief sedap bergurau.Maklumlah,Mak tok tiada.Kalau tak..Mak tok mesti menyampuk.'Biar Mak tok ajelah yang carikan jodoh untuk kau'
"Ceh dia.Cakap tak serupa bikin.Mak tok dan ibu dah nak pinangkan Milah yang duduk kat hujung kampung haritu taknak.Asyik menolak je.Lepastu,alasan duit tak cukup abang tu orang tak percaya.Sikit punya banyak duit dalam bank tu bukannya nak digunakan.Baik labur dekat aku je"Panjang celahan daripada Khai.
Eh,kecil besar kecil besar je aku tengok nenek ni!
"Tak yah menyampuk.Kal tanya abang.Bukan awak,Khai."Heykal mula mengerut dahi.Khai?Khai mana pula yang disebut ni?
"Zalief,siapa Khai yang kau sebut tu?"Khai terkedu.Lupa pula tentang namanya 'famous' yang satu itu."Laa..nama bini kau ni lah.Takkan tak kenal kot?"
"Eh abang ni,agak-agaklah kalau nak gurau kot."Heykal mengangguk setuju.Apa benda lah bergurau dengan benda sensitif tu..
"Ikut koranglah.."Zalief malas nak berdebat pasal itu.Dia berdiri dan meletakkan pinggan didalam sinki.Terus kaki melangkah keluar dari dapur meninggalkan Heykal dan Khai.
Heykal merenung Khai yang sesekali membetulkan kain tuala yang sebelah kirinya diselimpangkan diatas bahu.
"Awak dah mandi kebelum Eifa?""Dah."Khai senyum saja.Memang pagi itu,tuala yang besar setia menutupi kepalanya.Dan lebih tepat,menutupi rambutnya.Tudung pemberian Mai semalam baru saja dibasuh Nak shopping tudung pula, tak sempat lagi.
YOU ARE READING
Because Of You [ON GOING]
Romance"Takdir tertulis,kau milikku." Cinta?Mati setelah kehilangan tunangan tersayang.Atas sebab apa dia pergi?Khairyn Zariefa sendiri tiada jawapan.Kehadiran nama Heykal Xander Iezfar memberi impak besar dalam hidup apabila ibu dan maklongnya membuat kep...