"Eifa!Awak nak pergi mana?"Melihat Khai yang tergesa keluar dari rumah,Heykal terus bertanya.Khai menoleh memandang Heykal.Senyuman tak dilupakan juga.
"Saya nak pergi pekan sekejap.Cari barang.Awak nak ikut?"
"Boleh juga.Awak tunggu saya tukar baju kejap"Heykal masuk kedalam bilik.Beberapa minit kemudian,dia keluar dengan berpakaian baju shirt hitam dan dipadankan dengan jeans biru gelap.
"Jom."Khai yang menyandarkan diri dikereta,memandang Heykal.Ditenung pakaian Heykal bagai ada yang tak kena.Warna baju sama dengan aku?
"Kenapa?"Khai menggelengkan kepalanya."Nothing."Kebetulan aje kut.Dia menapak masuk kedalam kereta ditempat pemandu."Eh cop cop."
"Kenapa?"
"Biar saya drive."Khai keluar semula dari kereta dan duduk ditempat pemandu.Malas mahu membantah.Radio yang tidak dipasang membuatkan suasana didalam kereta sunyi.Khai memandang suanana luar manakala Heykal tekun memandu.
"Hai awak?"Heykal memandang Khai.Senyuman muncul dibibir.Khai menoleh.Dia hai dekat aku atau dekat siapa?
"Awak ni cantiklah."Khai jongket kening.Baru tahu ke?
"Terima kasih."Heykal angguk.Jelas,dia tiada modal mahu berbual dengan Khai sekarang ni.
Beberapa puluh minit kemudian~
"Dah sampai."Heykal menarik brek.Kereta diparkirkan didepan sebuah butik tudung.
"Jom keluar."Khai dan Heykal membuka seatbelt dan masing-masing keluar dari kereta."Saya nak masuk butik ni kejap.Awak nak ikut atau lepak cafe tu dulu?"Tanya Khai sambil jari dituding ke cafe seberang jalan.
"Saya ikut awak."Khai angguk dan masuk kedalam butik tudung beriringan dengan Heykal."Hrmm..Awak rasa ni cantik tak?"Khai mengambil satu tudung shawl bercorak bunga.Tudung itu tampak simple dan elegan.
"Semua yang awak pilih dan pakai,tetap cantik dimata saya."Khai menjelingkan matanya keatas.Fikir bagi ayat macamtu,dia terharulah?
"I take this."
"Meh sini."Heykal meminta tudung itu untuk dibawanya."Awak nak buat apa?"Khai angkat kedua-dua belah keningnya.
"Takkan saya nak pakai pulakan?"Khai tersenyum kecil.Ceh!Dibagi juga tudung itu untuk kepada Heykal.
"Owh by the way kenapa awak cari tudung?"
Khai sekali lagi memandang Heykal."Ya Allah soalannya pun...Nampak tak tudung atas kepala saya ni?Nampak tak?"Heykal baru perasan sesuatu.Iefa(Khai) pakai tudung!
"Ya Rabbi saya tak perasan langsung yang awak dah pakai tudung."Mata tak dikalihkan dari Khai.Cantiknya makhluk Allah yang satu ni..
"Dah kenapa pandang macamtu?Seramlah."Khai ambil tudung yang ada ditangan Heykal.Dia berjalan masuk kedalam bilik persalinan untuk mencuba tudung yang dipilih tadi.
Khai kembali keluar dari bilik persalinan.Dijenguk tempat Heykal berdiri sebentar tadi.Aik?Hilang dah?
"Mana lagi eh?"Kata Khai pada dirinya.
Mata Khai terpaku kepada satu tudung berwarna putih susu yang dihiasi manik swaroski.Cantik.Diambil juga tudung itu.
"Hai.Dah siap pilih?"Khai toleh."Hai.Belum.Nak cari lagi satu tudung.""Kalau saya yang suggestkan untuk awak,awak nak tak?"Khai berfikir sebentar.Kemudian,kepala dianggukkan.Nak tengok juga citarasa lelaki didepannya ini bagaimana.
"Nah."Tudung shawl berwarna ungu lembut menjadi pilihan Heykal.Khai tenung tudung itu.Cantik tapi...Kosong sangat
"Tak."
"Ini?"Tudung berwarna hitam bercorak bungaan kecil berwarna putih.Cantik tapi...Gelap sangat.
"Tak?"Khai teragak-agak.Kang kena cop cerewet tahap petala langit pula!
"Ini."Mata Khai seakan bersinar.Tudung berwarna merah jambu bercorak bunga orkid.Khai angguk laju.Cantik sangat!
"Jap."Khai merampas tudung ditangan Heykal."Duduk sini."Khai mengarah.Heykal hanya menurut.Dia labuhkan punggungnya disebuah kerusi plastik yang ada disitu.Tak tahu apa yang Khai ingin lakukan kepadanya.
Beberapa minit kemudian...
"Hah!Cantiknya jantan bila pakai tudung!"Khai ketawa mengekek.Sesekali dia menekan perut yang senak akibat ketawa kuat.
"Cuba tengok."Khai memberi cermin kecil yang setia ada didalam handbag nya.Sambil itu dia menahan ketawa untuk melihat reaksi Heykal."What the..."Heykal merenung wajahnya dicermin.Tak percaya apa yang dilihatnya."Aip,tak baik mencarut."
Khai ketawa sekali lagi.Cantik sangat muka Heykal bila berhijab!
"Weyh.Tengok suami isteri tu.Sweet je bergurau macamtu.Jealous pula aku."
"Haahlah,suami dia hensem duh.Isteri pula cantik.Macam pinang dibelah dua."Serta merta ketawa Khai hilang.Dia dan Heykal masing-masing berpandangan antara satu sama lain.
Dua orang pekerja perempuan butik tudung itu memberikan senyuman kepada Heykal dan Khai apabila mata bertemu mata.Khai dan Heykal hanya tersenyum nipis.Masih menghadam kata-kata dua orang perkerja tadi.
Suami isteri?
YOU ARE READING
Because Of You [ON GOING]
Romance"Takdir tertulis,kau milikku." Cinta?Mati setelah kehilangan tunangan tersayang.Atas sebab apa dia pergi?Khairyn Zariefa sendiri tiada jawapan.Kehadiran nama Heykal Xander Iezfar memberi impak besar dalam hidup apabila ibu dan maklongnya membuat kep...