"Laa..gitu pula cerita dia."Khai dan Liz serentak berkata.Mai hanya menganggukkan kepalanya."Jadi,Mai tak bagitahu dekat Mak Usu lagilah ni?"Mai sekali lagi menganggukkan kepalanya.
"Nak kahwin?"Mai angguk.
"Nak sanding?"Mai angguk
"Nak honeymoon?"Mai angguk.
"Nak kaki?"Mai angguk.Seketika selepas dia mencerna kata-kata Khai.Dia membeliakkan mata."Tak mahulah."Khai dan Liz ketawa dengan kuat.
Suasana petang itu cukup tenang.Walaupun sebelah rumah nenek mereka juga terdapat sawah padi yang cantik terbentang,tetapi tetap tidak boleh menandingi tempat ni.Inilah tempat 'lepak' mereka bertiga dari kecil sampailah hari ini.
"Khai ada plan.Apa kata kalau nanti Khai dan Liz bagitahu Mak Usu yang anak dia ni dah gatal nak berlaki."Khai menolak bahu Mai dengan bahunya.
"Saya setuju yang arif."Liz turut mengusik sepupunya itu.
Khai mengenyitkan matanya kepada Liz.Liz membalas.
Annn Action!
"Okay.Mari kita mulakan majlis.Muhammad Bedul bin Beruk.Aku nikahkan dikau dengan anak gadisku Maisarah Nasuha dengan mas kahwinnya,12 ringgit hutang.."Liz dan Khai berjabat tangan.Khai menggaraukan suaranya.Liz hanya menahan ketawanya dari terletus.
"Sah?"
"Sah sah"Selepas habis kata-kata Khai tadi,Liz dan Khai sekali lagi ketawa.Tetapi kali ini lebih kuat.Mai menggelengkan kepalanya lalu ketawa kecil.Terhibur pula dengan perangai bangang sepupunya itu.
"Nama dia bukan Bedul.Nama dia Naim.Sesuka hati korang berdua aje cakap nama bapak dia Beruk.Hempuk guna sudip kang."Mai menggertak.
"Auch seram!By the way,Khai apa cerita dengan Man?Iman?Apatah."Liz mengoal.Matanya tertumpu pada bunga liar yang tumbuh ditepi pondok tempat 'lepak' mereka bertiga.Cantik pula bunga itu.Dipetik tiga kuntum untuk dia,Khai dan Mai.
"Nah.Untuk korang."Liz tersenyum comel dan menghulurkan bunga yang baru saja dipetik tadi.Mai dan Khai hanya menyambut dan berdiam diri.Liz perasankan sesuatu.Kenapa mereka senyap pula ni?
"Kenapa korang berdua senyap?Tak suka bunga tu ke?"Khai dan Mai serentak menggeleng."Khai lupa pula nak cerita yang Khai dah putus tunang"Khai bersuara perlahan.Kepala kembali menerawang mengingatkan bekas tunang.
Liz terkedu.Putus?!"Sorry,Liz tak tahu pula."Khai berpaling memandang Liz yang berada disebelah kanannya.Dihadiahkan senyuman nipis menunjukkan bahawa dia tidak apa-apa.
Mai mengambil kesempatan itu dengan memandang Liz dan dihayunkan jari telunjuknya.'Mai menggerakkan mulut membentuk perkataan 'Ayok,Liz buat Khai sedih'
tanpa mengeluarkan suaranya.Liz yang terperasan perkataan gerak mulut Mai terus menggelengkan kepalanya.Tak!bukan Liz yang buat!Liz menggerakkan kedua belah tangannya tanda dia tak buat.
Khai yang sedang fokus pada pemandangan sawah padi tadi terus menolehkan kepalanya.Mai dan Liz tersenyum memandang dia.
"Mind to share the story with us?"Mai bertanya.Nada serius dibuat-buat.
Khai tanpa banyak kata terus bercerita dari A sampai Z.Air mata menemani suasana itu.Liz dan Mai yang menangis,menepuk perlahan bahu Khai.Mereka berdua tahu Khai lebih terluka pada saat itu.
Khai,Liz dan Mai sudah seperti cubit peha kanan,peha kiri terasa.
"Dahlah.Jom balik.Malam nanti Khai datang rumah korang then kita pergi surau eh?"Khai bangun dan mengelap sisa air mata menggunakan tangannya.Mai dan Liz turut bangun dan masing-masing melangkah ke arah basikal yang disandarkan di pokok kelapa.
Melihat Mai dan Liz sudah menggayuh basikal meninggalkan dirinya dibelakang,Khai berbisik pada dirinya."Sudah Khai.Semua sudah berlalu.Dia tak sayangkan kau dan tak cintakan kau.Lupakan dia dan teruskan hidup macam biasa."
----
"Kesayangan berdua!Cepat sikit,tinggal kang naya je."Khai memberhentikan basikalnya dan menoleh kebelakang.Lembab macam siput ba...malas pula nak cakap.
"Sabarlah.Liz punya basikal berat sebab bawa 'barang',Mai lambat sebab apapun tak tahu."Liz menggayuh basikal dengan payah.Mana tidaknya,Aliya si kecil duduk diatas seat belakang.Ingat kecil tak berat ke?
Selepas basikal Liz dan Mai sudah sampai bersebelahan basikal Khai,Khai terus memecut kembali basikal pinknya tadi.Telekung berwarna putihnya bergerak mengikut arah lawan angin.Sekali tengok sudah seperti puntianak nak terkam orang!
Masuk kedalam kawasan surau dan bersolat jemaah.
Mereka keluar dari surau dan berjalan kearah basikal mereka.Liz berhenti melangkah.Aih,mana adik aku?
"Aliyah!"Khai dan Mai memamdang Liz dan menjongketkan keningnya bertanya 'kenapa?'
"Aliyah hilang!"Liz menggelabah.Mana pula budak kecik ni?Khai memerhati sekeliling kawasan surau.Hish budak ni.Buat suspen orang je."Liz.tu!"Khai menarik sedikit hujung telekung Liz dan bercekak pinggang.
Liz menoleh.Nak makan kasut ke adik kesayangan?Dapat dilihat adik perempuannya sedang membaling guli pada tanah bersama-sama kawan ciliknya.Apabila guli yang dibaling tadi mengenai guni diatas tanah,semua budak-budak disitu bersorak.
Aliya hanya menayangkan muka bangga.Hujung hidungnya ditenyeh menggunakan ibu jarinya.Kita juara bertahan baling guli tau!
"Aliya!Orang nak balik dah ni.Kalau nak main guli tu lagi akak tinggal kau dekat sini."Aliya mengangkat kepalanya.Selepas mendengar amaran kakaknya tadi,terus terkedek-kedek dia berlari.Telekung putihnya sedikit kotor kerana duduk bersila diatas tanah untuk menunggu giliran membaling guli.
Bye🙆
YOU ARE READING
Because Of You [ON GOING]
Romance"Takdir tertulis,kau milikku." Cinta?Mati setelah kehilangan tunangan tersayang.Atas sebab apa dia pergi?Khairyn Zariefa sendiri tiada jawapan.Kehadiran nama Heykal Xander Iezfar memberi impak besar dalam hidup apabila ibu dan maklongnya membuat kep...