10 tahun kemudian....
Umi!
Bunga berlari mendapatkan umi kesayangannyan. Tanpa berfikir panjang bunga memeluk seseorang yang di sangka uminya.
"Umi! Jomlah balik hari dah makin mendung ni." Rengek bunga manja semakin dieratkan pelukkan itu.
Namun tiada respon apa apa dari uminya. Bunga meleraikan pelukkan. Pelik semacam aje umi ni, lalu bunga menghadapkan susuk tubuh itu menghadap arahnya.
Nak keluar biji mata bunga melihat figura di hadapan bunga ini. Lelaki itu kelihatan pucat seperti orang sakit.
"Kau siapa..." Tanya bunga gagap.
Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya menarik tubuh bunga ke dalam dakapannya.
"Aku rindu kau, my flower."
Pandangan bunga semakin kabur, lelaki itu juga semakin jauh dari bunga.......
ΔΔΔΔΔΔΔ
Bunga? Bangun?!
Pantas bunga tersedar dari lena. Kiri kanan dipandang. Mimpi rupanya.
"Bunga ok? Kenapa menangis ni." Bunga duduk dari baringnya, airmata membasahi pipi disentuh. Aku nanggis?
Umi mengusap ubun ubun anak kesayanganya. Sejak 2 hari lepas umi perasan perubahan sikap bunga, bunga semakin mendiamkan diri dan kerap mengurungkan diri di dalam bilik dan paling menghairankan bunga selalu bermimpi yang aneh aneh.
Tercungap cungap nafas bunga seperti orang baru lepas berlari jauh. Mimpi kah? Kenapa macam realiti? Siapa dia?
"Bunga mimpi lagi?" Tanya umi lembut. Bunga mengangguk lemah.
"Umi kenapa bunga selalu mimpi pasal dia? Dia selalu cakap, rindukan bunga. Bunga takut." Umi pantas memeluk bunga erat. Tangisan umi mulai kendengaran
"Shh.. Jangan takut umi ada. Kadang kadang mimpi itu hanyalah mainan tidur." Kata umi memujuk. Wajah lelaki itu masih segar dalam ingatan bunga.
ΔΔΔΔΔΔΔ
"Danish!"
Danish masih tenang malas nak bertekak dengan sejenis perempuan macam zalikha. Nak jelaskan pun bukannya faham baik diam saja.
"I cakap ni jawablah." Suasana restoran semakin panas dengan pekik kan suara zalikha, memang tak reti nak cakap elok elok agaknya minah ni.
"Suara you boleh slow tak? Malu orang tengok."
Zalikha masih tidak puas hati dengan danish yang bersikap dingin itu! Kalau bukan kerana cinta dah lama angkat kaki.
Danish menghela nafas lemah.
"Cuba you beritahu i macam mana i nak kahwin dengan you kalau dalam hati ni sikit pun tak ada perasaan cinta pada you, i dah cuba bukakan hati i untuk you tapi i tetap tak boleh." Jelas danish penuh perasaan.
Seperti ada menghiris pisau di hati zalikha. Airmata ditahan.
"Tipu! You tak pernah nak buka hati you untuk i, buktinya you tak pernah belajar mencintai i." Kata zalikha nada agak bergetar. Danish rasa bersalah, tapi kalau diteruskan hatinya macam mana?
Selama 3 bulan mengenali zalikha danish masih tak mampu mencintai atau mungkin selamanya tak akan mencintai sesiapa, kalau bukan kerana dipaksa oleh pakcikny zarul, danish sudah lama menolak.
Zalikha sudah jatuh cinta pada danish walau singkat perkenalan. Takkan senang senang nak lepaskan?
"Kalau you dah tahu kenapa you nak teruskan juga, i dari dulu memang macam ni. Sesiapa pun tak mampu buka hati i.. Termasuk you." Danish bingkas bangun meninggalkan zalikha.
YOU ARE READING
Rain After I Meet You✔
RomanceApabila Cinta Mula Berputik Rahsia Terbesar Terbongkar Akibat Kekecewaan Dalam Jiwa "Nur Bunga Binti Firdaus... Aku ceraikan kau dengan talak satu."-Danish Fakri Namun Rahsia Yang Tersimpan Adalah Kisah Silam Yang Pernah Menjadi Kenangan Terindah. N...