Episode [6]

2K 106 2
                                    

Danish turut terkejut dengan kehadiran bunga. Cuaca pula berubah mendung yang tadinya cerah. 

Macam mana minah ni dekat sini? Takkan nak jumpa aku kut. Danish mula berfikir.

Bunga tersenyun nipis pada danish. Marah? Ya dia marah sebab danish tipu konon seminggu lagi dekat kampung padahal dah tahu tahu dah balik. Tapi melihat danish rasa marahnya hilang begitu saja.

Debaran jantung bunga semakin rancak bila danish menghampirinya. Jangan pengsan sudahlah.

"Kau buat apa dekat sini?" Soalan pertama danish. Bunga menarik nafas dalam dalam. Takut tak cukup nafas nak bercakap.

"Saya jumpa kawan." Seloroh bunga.

"Kawan?" Bunga memgangguk bibir tak lekap dengan senyuman. Danish pula jangan cakaplah senyum sebaris pun payah.

Dalam hati tertanya juga, kawan lelaki ke? Tapi gila nak tanya macam tu jatuh maruahnya sebagai seorang lelaki.

Bunga pandang danish bawah sampai atas. Hensem! Penampilan danish membuat bunga terpegun.

"Dah puas tengok aku?" Tegur danish sekian lama membiarkan bunga meneliti dirinya. Tapi sebenarnya danish pun sama.

Bunga melarikan pandangannya arah lain. Kantoi!

"Kau nak balik or kau baru nak jumpa kawan kau tu." Kata danish serious.

"Saya dah nak balik, cuma saya tunggu kawan saya dulu kejap." Danish mengangguk sendiri. Rambut bunga terjuntai itu menarik perhatian danish. Dengan selamba danish merapikan rambut bunga yang terjuntai itu. Bunga terpaku.

Bunga mendongak membuat pandangan mereka bertaut lama. Sehingga bunyian gerun menyedarkan dengan tidak sengaja bunga menuju arah danish dek ketakutan. Tiada jarak lagi antara mereka. Kehangatan tubuh danish menghangatkan diri bunga.

Danish terkaku.

"Saya takut." Luah bunga jujur. Tak nak danish salah faham. Bunga betul betul takut.

Tangan danish berat untuk memeluk bunga. Sehingga danish putus asa dan membiarkan saja bunga dekat dengannya tanpa memeluk bunga.


ΔΔΔΔΔΔΔ

Hujan lebat. Membuat bunga tak dapat balik dan menunggu di sebuah pejabat besar iaitu pejabat danish. Danish meeting jadi bunga berseorang di pejabat ini.

Bunga duduk di sofa dan melihat sekitar pejabat danish. Besar dan mewah. Anak orang kaya rupanya danish ni. Jadi bos yang dikatakan azmi tadi ialah danish. Aih. Kecilnya dunia ni.

Kuakkan pintu membuat bunga berdiri tegak, melina tersenyum manis pada bunga. Ini kali pertama danish membawa wanita ke pejabat dengan rela hati, kalau zalikha tahu satu dunia hancur.

Bunga menunduk hormat.

"Cik bunga, bos pesan dekat saya untuk berikan ni pada cik bunga." Kotak sederhana itu disambut bunga. Kotak berbentuk love sangat cantik.

"Danish dekat mana sekarang?" Tanya bunga tanpa segan silu.

"Bos masih meeting, dalam setengah jam lagi selesai. Cik bunga rehat dulu saya nak buat kerja." Bunga mengangguk dan melina pun berlalu.

Bunga duduk semula. Dan membuka kotak itu. Bersinar mata bunga melihat gaun berwarna putih  dicalitkan dengan konsep bunga bunga pink cair. Cantik sangat. Ada sepucuk surat di belakang kotak itu. Bunga tersenyum sendiri membaca surat itu 'Pakai, Lepas Makan Malam Aku Hantar balik, Jangan Risau Aku Dah Suruh Zarul Minta Izin Umi Kau.'

Ya allah bahagianya hati!

Lalu bunga menuju ke toilet dan menukar pakaiannya. Rambut bunga dari dulu memang curl dan cantik, lalu bunga membuka ikat rambutnya. Cantiknya aku.

Bunga meneliti mukanya dicermin. Jauh sangat dah aku fikir ni!

Bunga sudah habis bersiap. Lalu bunga keluar dari toilet. Terkejut bunga melihat kehadiran seseorang tapi bukan danish ia seorang wanita seksi dan cantik.

Zalikha berpeluk tubuh duduk di kerusi danish. Bunga hairan. Siapa pula perempuan ni.

"Er..

Jujur bunga rasa tak selesa dengan suasana begini. 

Zalikha tersenyum sinis.

"Bytheway kau siapa?" Bunga diam.

Berani sungguh danish membawa perempuan lain!

"Saya.. Saya bunga." Kata bunga gagap.

"Kenalkan aku zalikha. Bakal tunang danish fakri." Zalikha sengaja memperkenalkan diri sebagai tunangan danish agar tiada siapa dapat dekati danish! Termasuk yang bernama bunga.

Zap! Hati bunga tertusuk sesuatu.

"Jadi kau jangan nak mimpi dekat dengan tunang aku! Faham." Tegas zalikha bengis. Bunga menahan sebak.

"Kau ni mungkin untuk hiburkan hati danish saja, kau ni tak ada makna pun dalam hidup danish. Aku tunang yang danish cintai." Angkuh zalikha perasan sendiri.

Bunga tak mampu berkata kata lagi. Bunga tersenyum kecil dan bersiap untuk pergi.

Kejap!

Bunga berhenti tapi tidak menoleh.

"Tolong jangan ganggu danish lagi." Bunga pergi dengan hati penuh luka. Bahagianya cuma sekejap?


ΔΔΔΔΔΔΔ

Danish baru saja keluar dari kereta berkira kira ingin masuk syarikat untuk bertemu bunga, namun kelibat azmi dan bunga menjadi tumpuannya.

"Bos?" Danish masih tercegat memerhati bunga.

Dari jauh danish nampak kemesraan bunga dan azmi. Adakah kawan yang dikatakan bunga ialah azmi? Kawan ke kekasih? 

"Terkejut abang bila bunga hilang tiba tiba. Bunga pergi mana?" Nak tercabut jantung azmi melihat bunga tiada.

Bunga hanya senyum sebaris. Entahlah emosinya tak berapa nak ok.

"Bunga minta maaf abang, bunga jalan jalan tadi." Tipu bunga.

Azmi memegang bahu bunga.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi, kalau nak jalan jalan sekalipun. Ajak abang ok." Pesan azmi. Bunga mengangguk.

Terkejut danish bila azmi dengan selamba saja memeluk bunga. Danish terus memandang tempat lain. Cemburu? Danish tak terfikir akan ada perasaan begitu.

"Abang risau dekat bunga. Tolong jangan pergi." Bunga yang tak faham itu hanya menyepi.

Azmi meleraikan pelukkan.

"Ingat kalau bunga perlukan bantuan, abang sentiasa ada."

Pin!

Kereta Myvi milik pakcik ahmad sudah datang untuk menjemput bunga.

"Bunga jaga diri. Ingat pesan abang." Bunga tidak mengeleng tidak juga mengangguk.

Sebelum masuk ke dalam kereta, bunga  dapat rasakan kehadiran danish. Tapi bunga sedar siapa dia dalam hidup danish. Betul kata zarul dia tak sepatutnya berharap tinggi pada danish. Malah danish juga sudah berpunya.

Myvi putih itu meluncur laju dari syarikat danish. Bunga melepaskan rasa sedihnya.

Airmata mengalir perlahan lahan. Gaun yang dibeli danish masih melekat elok ditubuh bunga.

Lagu Again Today bermain di radio. Menambah rasa sedih dihati bunga walaupun sepatah haram bunga tak faham maksudnya tapi bunga dapat rasakan lagu itu sama dengn nasibnya saat ini.

'Selamat tinggal danish.' Bisik hati bunga sayu.

Bersambung...

Hmmm....

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now