Udara kampung sungguh menyegarkan! Mujurlah danish bersetuju untuk bercuti ke kampung pelangi selama 3 hari. Yeah! Rindu gila dekat umi badrul malik ryssa. Paling penting bunga sangat merindukan kebun strawberry dan tanam tanamannya yang lain. Aih cepatnya masa berlalu macam kejap je aku dekat kampung pelangi ni dah kahwin. Sungguh dasyat perancangan tuhan.
Bunga duduk di sebuah pondok yang pernah jadi tempatnya dan danish dating dulu. Bila teringat kenangan bersama danish pasti senyuman akan terserlah bahagia di bibir bunga.
Terangkat bahu bunga apabila terasa bahunya disentuh lembut. Bunga pantas menoleh. Danish!
Danish senyum nipis.
"Sayang buat apa sorang sorang kat luar ni. Bahaya tau." Seraya danish duduk sebelah isterinya.
Bunga mencebik. Bahaya apanya bukannya kat hutan! Rumah depan tu je ish ish danish ni.
"Apa yang bahaya? Saya selalu aje lepak kat sini ada sampai jam 1 pagi tau." Terbeliak danish sejenak. Jam 1?! Bini aku ni biar betul
Bunga tergelak kecil. Aduhai mujur hensem buat muka cam tu.
"Tu dulu." Danish berpeluk tubuh.
"Dulu tak dulu. Sekarang ni sayang tak dibenarkan lepak sorang sorang. Bahaya!" Tegas danish. Bunga telan airliur sebelum mengangguk laju. Garang benor suami aku ni.
Kepala bunga digosok lembut.
"Sayang." Bunga menoleh arah danish. Cair!
Bunga mula selesa dengn panggilan manja itu. Bahagia rasanya danish panggil dirinya 'Sayang' rasa diri ini disayangi!
Tangan bunga diraih dan diletakkan di dadanya. .
"Saya janji dengan sayang yang hati ini hanya untuk sayang selamanya. Saya cintakan awak bunga." Bunga terkedu. Jantung bagai nak rak dengan luahan cinta danish yng tiada habisnya.
Senyuman manis diberikan pada danish. Lalu bunga meletakkan kepalanya di bidang dada danish. Danish mengusap pipi gebu bunga.
"Terima kasih sebab terima saya seadanya. Saya pun cintakan awak danish. Cinta sangat!"
Scene romantik mereka tergendala apabila seseorang datang menyapa.
"Akak?" Tegur malik dengan muka blur. Mungkin tak faham lagi dengan situasi saat ini. Mana tidak masa majlis nikah hari tu malik tak datang sebab demam teruk hanya badrul saja datang.
Bunga segera duduk tegak menahan gelak.
Pertama bunga akan lakukan pada malik ialah.. Gomol pipi comel malik!
Danish hanya mengeleng kepala melihat gelagat isterinya.
"Akak ni sakitlah pipi malik." Kata malik dengan suara comel. Bunga melepaskan pipi gempol malik.
"Itulah. Pipi abang ni tak pula dia gomol macam tu." Celah danish ada aura cemburu nampak? Hahaha dengan budak pun nak jeles ke wak? Aduhai
Malik duduk di tengah tengah danish dan bunga.
"Betul tu!" Sokong malik
"Tapi malik comel." Bunga tak mahu kalah.
Ee bini aku ni!
"Saya ni tak comel ke?" Soalan apa tu danish fakri! Dah tua tua pun still nak nampak comel ke?
Bunga memeluk bahu malik. Danish apa lagi jeleslah acah acah macam budak budak tak dapat beli aiscream. Lawak!
"Malik rasa abang danish comel? Akak rasa tak." Danish muncungkn bibir kedepan! Merajuk! Sampai hati tak cakap comel!
Malik pandang bunga dan danish bersilih ganti. Nampaknya malik masih tak faham.
YOU ARE READING
Rain After I Meet You✔
RomanceApabila Cinta Mula Berputik Rahsia Terbesar Terbongkar Akibat Kekecewaan Dalam Jiwa "Nur Bunga Binti Firdaus... Aku ceraikan kau dengan talak satu."-Danish Fakri Namun Rahsia Yang Tersimpan Adalah Kisah Silam Yang Pernah Menjadi Kenangan Terindah. N...