Episode [37]

2.1K 62 1
                                    

Assalamualaikum!

Krik.. Krik...

Sunyi saja rumah ni, Kemana orang nya? Takkan tidur baru pukul 9 malam. Ya itu adalah danish fakri yang sedang mencari isterinya.

"Bunga?" Panggil danish sayup sayup. Mana pula bini aku ni.

Dapur tiada. Ruang tamu tiada. Ok last sekali mungkin bunga dalam bilik. Dia yakin bunga ada dalam bilik. Pintu dipulas penuh debar. Kosong. Pintu bilik air juga terbuka luas balkoni tertutup rapat. Ya allah! Jangan jangan bunga pergi kerana terkilan dengan layanannya pagi tadi. Ahh! Danish bodoh kau!

Kelam kabut danish mengambil telefon bimbit dalam poket. Nombor bunga di dail. Hampa tiada sahutan.

"Sayang.. Mana sayang pergi. Tolong jangan tinggalkan saya.. Maafkan saya." Pinta danish dengan tangisan kecil.

ΔΔΔΔΔΔΔ
Tok!Tok!
Umi yang baru saja selesai solat isyak tersentak dengan ketukkan pintu. Aip siapa yang datang malam malam ni. Sejadah di kemas rapi tudung masuk dipakai.

Lalu pintu dibuka. Terjengul lah wajah menantunya. Siapa lagi kalau bukan danish fakri. Hairan umi danish kelihatan sungguh kusut. Mungkinkah ini ada kaitan dengan mesej bunga petang tadi? Allahu bunga ni.

Danish menyalam tangan umi.

"Maaf danish kacau malam malam ni. Danish.. Er..

Danish terlalu kurang penafasan akibat terlalu risaukan isterinya plus rasa bersalah lagi memang nafas ni rasa sesak amat. Kalaulah pagi tadi bisa diputar semula dia takkan buat perangai. Maafkan saya bunga... Tolonglah jangan tinggalkan saya kita dah janjikan. Bisik hati danish lemah.

"Ya allah. Danish masuk dulu. Kejap umi ambil air." Danish duduk lemah di sofa perbuat dari kayu unik!. Danish mengusap dada berkali kali cuba di tenangkan sang hati yang sedang bergelora.

"Nah minum ni. Aih apa dah jadi dengan kamu ni danish. Umi tengok macam ada masalah besar." Kata umi mengambil gelas danish dan di letakkan di meja. Danish mengeluh lemah.

"Bunga.. Bunga dah tinggalkan danish umi." Ujar danish perlahan. Riak umi tenang tidak terkejut dengan kata kata danish.

Danish terpinga pinga. Tenang sangat umi ni tak terkejut langsung. Takkanlah umi suka bunga dah tinggalkan aku? Aish danish apa fikir macam tu. Tapi kalau ya? Aih mustahil!

Umi bingkas bangun.

"Meh ikut umi." Tanpa disuruh dua kali danish mengekori umi dari belakang. Kemana pula umi hendak membawanya ini. Tiba dibilik milik bunga waktu bujang dulu umi berhenti disitu. Danish masih tak faham. Nak buat apa depan bilik ni? Takkanlah bunga ada dekat sini?

"Petang tadi bunga ada mesej umi. Umi yang jemput bunga katanya danish benarkan. Tapi bila dah sampai sini lain pula katanya takut kalau umi tahu umi takkan benarkan dia ikut umi. Kamu bincanglah elok elok. Biasalah tu perempuan mengandung ni emosi tak berapa nak baik danish pandai pandailah nak pujuk bunga tu." Ujar umi lebar. Danish terkedu. Sampai macam tu sekali bunga merajuk. Hmm.

Danish mengangguk memberikan senyuman kecil pada umi. Umi membalas lalu pergi dari situ mungkin ingin memberi ruang padanya dan bunga. Perlahan lahan pintu dibuka. Automatik senyuman nipis terukir dibibir danish. Kaki dihayun berhati hati.

Berhati hati danish duduk dibirai katil. Lena sungguh bunga tidur sampaikan danish menyentuh wajahnya juga tak sedar.

"Maafkan saya bunga. Saya tak patut layan awak dingin pagi tadi saya ego terlalu layan perasaan saya. Bila awak sebut nama tu saya rasa dunia saya gelap. Saya cuma taknak hilang awak." Luah danish sedih tak berlagu. Bunga masih lena.

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now