Episode [10]

2K 88 2
                                    

Ya allah anak umi!

Umi bergegas memeluk bunga seteleh melihat kehadiran anak perempuannya. Bunga membalas pelukkan umi sambil memandang danish di sebelah.

"Bunga pergi mana.. Risau umi." Umi mengusap wajah bunga. Tak sampai sehari bunga hilang umi sudah tak tentu arah. Umi baru sedar hadiran lelaki bersama bunga.

Danish menunduk hormat pada umi. Umi hairan kata zarul danish outstation tapi mengapa bersama bunga. Dalam masa yang sama zarul muncul.

Zarul memandang umi rasa serba salah pula menipu umi tadi. Ya allah ampunkan dosa dosaku. Getus hati zarul sedih.

"Saya minta maaf sebab bawa bunga tanpa izin makcik. Sa--

Pang!

Pipi danish terasa syahdu di tampar oleh umi. Terbuntang bunga dan zarul. Azmi dalam diam melihat agenda itu tersenyum sinis dan berlalu pergi.

"Umi....

Umi benar benar marah. Malu yang di tanggung tidak seberat apa yang dia rasakan kehilangan bunga buat seketika.

Danish menunduk sayu. Dia faham kenapa umi marah. Siapa tidak marah kalau anak di bawa lari, di hari majlis kahwin pula tu.

"Saya minta maaf bagi pihak danish makcik. Tapi saya harap makcik dengar perjelasan danish dulu kenapa danish buat keputusan begitu. Kerana danish tahu bunga tak rela dengan perkahwinan ini, makcik sendiri tahu bunga langsung tidak mengetahui majlis apa ini. Makcik fikir apa perasaan bunga? Saya tahu makcik sayangkan bunga. Tapi saya harap makcik faham cinta bunga dan danish." Ujar zarul panjang lebar. Danish dan bunga masing masing diam.

"Dan saya juga minta maaf kerana menipu makcik tadi." Sambung zarul lagi.

Umi terdiam sejenak. Betul apa dikatakan zarul.

"Saya datang ni. Nak minta restu umi untuk saya menghalalkan hubungan saya dan bunga." Zarul kaget. Laju sangat danish ni.

Umi menghela nafas panjang. Bunga di pandang sekilas.

"Umi tetap nak bunga kahwin dengan azmi." Setelah berbicara itu umi meninggalkan bunga zarul dan danish.

Danish mengeluh lemah. Apalah nasib ni.

Bunga memegang lengan danish.

"Macam mana ni awak.. Umi tak restukan kita. Saya taknak kahwin dengan azmi." Zarul kesian dengan nasib bunga. Lagi kesian danishlah. Zarul orang pertama bahagia melihat danish berkahwin tapi tak direstu pula.

Danish berfikir.

"Awak nak putus asa ke?" Tanya bunga sayu. Danish pantas mengeleng.

"Aku takkan putus asa untuk mendapat restu umi."

"Apa plan kau?" Tanya zarul pula.

Danish senyum nipis pada bunga.

ΔΔΔΔΔΔΔ

2 hari kemudian...

Keputusan umi tetap sama. Umi tidak akan merestukan kecuali azmi yang mengahwini bunga. Bunga serabut. Danish? Entahlah sejak dari hari itu lagi batang hidung dah tak nampak. Dah tak kisah agaknya kut aku nak kahwin dengan azmi.

Bunga duduk termenung di pondok. Tangannya kosor penuh dengan tanah pasir dek menanam sayur sayuran.

Telefon bimbitnya berdering di poket baju kamejanya. Bunga segera mengambil dan melihat siapa menelefonnya. Azmi

Dengan perasaan ragu ragu, akhirnya bunga menjawab panggilan itu. Mungkin azmi ingin berputus asa? Kan.

"Walaikumsalam." Jawab bunga bila azmi memberi salam sebaik saja dia jawab panggilan tersebut.

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now