Episode [21]

1.5K 58 2
                                    

Bunga mendongak laju tatkala melihat kelibat seseorang masuk ke dalam pejabat danish. Eh aku salah nampak ke? Hantu ke? Bayangan gurauan ke? Allahu merepek apa aku ni.

Bunga menyentuh dadanya. Sejak kebelakangan ini dadanya sering sakit tak tahu sebabnya. Lalu bunga menyambung kerjanya. Selama seminggu bunga sudah jinak jinak merpati mempelajari bidang ini. Alhamdulilah semua berkat melina dan amar juga tiada mereka tiadalah bunga disini.

Pintu di kuak dari dalam membuat bunga mendongak ke arah itu. Alangkah terkejutnya bunga melihat danish eh bukan danish saja malah zalikha sekali ada. Jadi tadi tu betullah apa yang dia nampak. Apa minah ni buat dekat sini? Itu persoalan di minda bunga saat ini.

Bunga paksa ukir senyuman nipis walau hatinya sakit. Pasal gambar tu lagi belum selesai ini lagi satu? Diorang ni ada apa apa ke?

Cuitan bahunya membuat dia tersedar.

"Hah? Kenapa?" Soalnya kalut.

"Sayang..

Pantas zalikha memotong bicara danish.

"I dengan danish nak lunch. So yeah bye." Selamba saja zalikha menarik lengan danish mukanya jelas serba salah.

Bunga ketap bibir menahan airmata. Ah! Kenapa danish tak menolak? Ke danish sukakan zalikha? Danish langsung tak fikir perasaan aku!

Takkan danish menduakannya? Lunch berdua? Asal tak ajak aku? Dating ke?

Nombor seseorang di dail

Hanya beberapa deringan panggilan tersebut dijawab.

"Assalamualaikum ryssa. Kau dekat mana?"



ΔΔΔΔΔΔΔ

Keluar saja dari lif bunga disapa oleh seseorang yang dia tidak kenal.

"Hey!" Bunga kehairan.

"Siapa ea?"Soal bunga pelik.

Wajahnya tidak kejelasan dek ditutupi mask hitam. Lelaki itu tersenyum disebalik mask.

"Nah" Sekuntum bunga rose diberikan padanya.  Bukan sekumtum hanya satu kumtum rose merah. Eh?

"Maaf?"

"Jaga baik baik." Setelah bunga menyambut huluran itu. Lelaki itu lenyap sekelip mata.

Bunga mencari cari disekitar kawasan itu. Mana lelaki itu pergi? Dan siapa lelaki itu?

Dia nak buat apa dengn bunga rose ni? Buang? Tapi sayang pula cantik ni.

Tiba di caffee fruits bunga masih termangu. Kemana lelaki itu pergi? Agak agak bunga ni beracun tk? Ya allah jauhnya aku fikir. Motif bagi bunga ni sebab apa? Baru seminggu kerja tkkan dah ada peminat? No! No! Jangan nak perasan sngat bunga.

Baru saja bunga ingin memulas pintu caffee itu ia dikuak dari dalam terlebih dahulu.

"Bunga?"

Terbuntang bunga.

"Abang azmi? Masih kerja sini?" Aip soalan apa tu bunga.. Dah nampak muka azmi depan pintu ni sahlah masih kerja.

Azmi pantas mengeleng.

"Abang ambil barang yang tertinggal. Bunga pula?"

"Bunga kerja dengan danish ke?" Teka azmi cara pakaian bunga seperti pekerja. Makin cantik dengan rambut yang diikal kemas. Astagafillrulah azmi sedarlah bunga tu dah jadi isteri orang.

Kali ini bunga pula mengangguk.

"Tapi tak selamanya. Bunga kerja sementara aje lepas dah ada yang tetap bunga berhentilah. Bunga cuma tolong danish." Kata bunga sambil tersenyum kecil. Azmi mengeluh dalam hati. Kesan luka masih terasa namun siapa dia menidakkan takdir? Bahawa antara dia dan bunga tiada jodoh.

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now