Episode [27]

1.8K 66 5
                                    

Pandangan bunga terasa kabur sehingga pengsan dalam pangkuan amar. Dia harapkan itu danish namun terakhir dia lihat adalah wajah amar bukan danish.

Danish terkejut. Ya allah apa aku dah buat?!

Pipi bunga di tepuk 2kali namun tiada tanda tanda bunga ingin membuka kelopak matanya.

Zalikha tayang muka bosan. Drama apakah yang bunga sedang lakonkan? Buat buat pengsan lah tu supaya danish kasihan!

"Kau.. Eee." Nasib baik bunga dalam dakapannya sekarang kalau tidak mahu tidak danish di belasah cukup cukup! Dia dengar apa danish lafazkan pada bunga sebentar tadi. Dan dia terkejut. Apa yang danish tahu sehingga berani melafazkan talak itu? Walhal bunga adalah bunga yang dulu. Pernah menjadi sahabat baik lelaki itu. Kenapa danish bertindak begitu?

Danish segera mendekati amar.

"Kau jangan dekat! Setelah kau dah jatuhkan talak pada bunga. Kau tak ada apa apa lagi dengan bunga. Kau faham tu!" Sedaya upaya suaranya dikawal. Tak boleh jadi ni bunga kena dikejarkan ke hospital takut ada apa apa jadi!

Tanpa mempedulikan danish yang rasa bersalah itu. Amar terus membawa bunga masuk ke kereta. Namun sempat amar berpesan berbaur amaran pada danish fakri.

"Sebagaimana kau dah buang kakak aku dalam hidup kau seperti itu jugalah aku buang kau dalam hidup aku!" Danish tak mampu berkata apa lagi. Dia terlalu ikutkan perasaan sehingga sanggup melukakan hati insan yang dia amat cintai dan sekarang amar pun nak putuskan persahabatan ini? Ya allah..

Kakak? Siapa sebenarnya yang amar maksudkan? Bunga?

Kereta amar meluncur laju dari perkarangan banglo milik tansri hamzah.

Danish terduduk lemah. Tanpa danish sedar separuh jiwanya sudah pergi bersama bunga. Jiwa hidup kini sudah mati semula atas kesilapan sendiri.

"Sayang.. You nak sedih macam ni buat apa? Keputusan yang you buat tu adalah keputusan yang betul." Pujuk zalikha penuh mengoda. Bahu danish diusap lembut. Kalau bukan sebab sayangkan danish tak ada makna dia nak ikut basah semata mata nak pujuk mamat ni. Apa lebihnya bunga berbanding aku? Rasanya aku jauh lebih bagus kalau dibandingkan bunga.

Rasa api membara pula bila mendengar suara gedik itu! Di sebabkan zalikha rumah tangga yang terbina suci musnah sekelip mata! Atas dasar fitnah yang danish percayai sendiri. Dia menyesal!

"Kau berambus!"Tengking danish penuh amarah! Bingkas danish bangun dan menghadap tepat arah zalikha. Hujan pula mulai surut.

Terpinga pinga zalikha di tengking sebegitu. Ini pertama kali danish meninggikan suara padanya selama ini biasa saja.

"Kau! Sebab kau rumah tangga aku dah hancur! Sebab kau juga.. Aku sanggup ceraikan isteri aku!" Marah danish lemah. Dia sedih. Masih adakah peluang untuknya?

Zalikha menahan sebak. Tidak kah danish sedar betapa besar cintanya pada danish?

"You sedar tak bunga tu pernah mengandung sebelum ni. Jangan jadi bodoh boleh tak danish!" Kata zalikha masih ingin menaikkan kemarahan danish.

Kalau lama lama dia bertekak dengan gadis ini takut dia akan berkasar kerana emosinya sangat tak stabil saat ini. Hanya bunga dan bunga bermain di otaknya.

"Lantak kaulah!" Lalu danish meninggalkan zalikha seorang diri di situ. Tak kisah. Yang dia kisah sekarang ialah bunga.

Wajah diraup kasar. Zalikha benggang setelah apa dia lakukan danish masih mahukan bunga? Ah!!

"I tetap akan kejar you sampai satu tahap you dah tak boleh lari daripada i! Ingat tu danish!" Zalikha senyum penuh makna.






ΔΔΔΔΔΔΔ
2 Hari Kemudian...

Kakaknya masih belum sedarkan diri selama 2 hari. Kerana tubuh bunga terlalu lemah dek mengandung. Ya bunga di sahkan mengandung 2 minggu setelah membuat checkup. Namun bunga mungkin belum mengetahui kewujudan bayi ini begitu juga danish? Sebut pasal danish. Danish ada datang cuma amar menghalang untuk berjumpa dengan kakaknya. Kerana amar tahu kakaknya juga tidak ingin bertemu dengan danish. Dan tentang kehamilan bunga juga amar rahsiakan hanya amar dan doctor yang tahu. Tunggulah bunga sedar barulah dia akan beritahu segalanya termasuklah siapa sebenarnya bunga.

Amar tertidur di sofa dek terlalu penat dan tak cukup tidur selama 2 hari menemankan bunga di hospital.

Tiba tiba pintu dikuak perlahan lahan.

Fuh! Tidur rupanya.

Yups! Itu adalah danish!

"Sayang.." Tangan bunga di gengam erat lalu dibawa kebibir lama. Sungguh dia rindukan bunga!

Ubun ubun bunga diusap penuh kasih sayang. Amar di pandang sekilas. Hairan juga danish mengapa amar begitu ambil berat pada bunga sedangkan bunga bukan siapa siapanya? Wait! Danish juga perasan waktu pertengkaran tempoh hari. Amar menyebut beberapa kali 'Kakak' Bunga kah yang amar maksudkan?

Danish mengeleng laju. Mungkin dia silap.

"Saya minta maaf. Saya tahu salah saya sebab percaya cakap zalikha. Sedangkan awak dah merayu dekat saya yang semua tu adalah fitnah. Tapi saya? Saya ego terlalu ikutkan perasaaan sampai saya lafazkan sesuatu yang menghancurkan rumah tangga kita. Saya minta maaf bunga. Saya menyesal." Dahi bertembung pada dahi bunga. Tak semena airmata danish jatuh di pipi mulus bunga.

Lalu dahi bunga dikucup lembut.

"Please sayang.. Wakeup. Saya tak sanggup tengok awak terbaring macam ni. Saya rela sakit daripada awak yang sakit. Awak adalah kekuatan saya. Please.." Pipi bunga di elus lembut. Ya allah.. Berikan kekuatan pada bunga..

Dah?

Suara garau milik amar menghilangkan segala memorie indah bersama bunga. Danish menghela nafas berat. Nak tarik nafas pun terasa susah dek terhimpit pada sesuatu yang berat.

"Baik kau pergi sekarang. Aku yakin bunga pun taknak tengok muka kau bila dia sedar." Kata amar penuh keangkuhan. Perasaan kasihan itu ada. Cuma dia lebih kasihan pada nasib kakaknya.

Danish diam. Kalau boleh dia mahu berlama lama disini untuk menjaga bunga. Tapi dia tahu bukan sesenang itu.

"Aku nak jaga bunga." Berubah riak wajah amar. Entah dia sendiri tidak tahu sama ada mahu menghalang ataupun tidak. Bunga mengandungkan anak danish dan dia yakin disaat saat begini bunga perlukan danish disisi. Cumanya bukankah danish sudah melafazkan talak? Sah kah?

Cepat cepat amar beriak tenang. Dia tak mahu danish syak apa apa.

"Kau tak dengar ke apa aku cakap? Bunga takkan suka. Baik kau pergi sekarang. Berilah masa pada bunga untuk bertenang. Kau ingat senang senang saja dia nak maafkan kau setelah apa yang jadi semua ni?" Apa yang dikatakan amar memang betul

"Tap..

"Dahlah. Aku malas nak ulang banyak kali. Kau bukannya budak budak lagi tak faham peribahasa melayu. Pergi!" Tiada niat untuk berkasar. Dia cuma mahu danish sedar kesilapan yang dilakukannya!

Danish mengengam erat tangan bunga seakan akan tidak ingin dilepaskan. Tapi apakan daya. Itu saja pilihan yang ada. Mungkin betul apa amar katakan. Bunga tidak akan suka kehadirannya setelah dia menghancurkan hati bunga. Ya allah sungguh aku menyesal.

Tanpa menoleh lagi danish pantas berlalu pergi dengan perasaan hancur atas kesilapan sendiri.

Amar mengeluh. Kepergian danish di pandang sayu. Maafkan aku bro.

"Danish." Amar lantas menuju arah bunga. Dah sedar ke?

"Shh... Jangan nanggis." Pujuk amar seraya digengam erat jari jemari kakanya itu. Rupanya bunga mengigau. Airmata mengalir di pipi itu diusap. Nampaknya bunga juga merindui danish.

'Aku janji akan jaga kau kak.' Bisik hati amar. Cukuplah sekali dia pernah merasa kehilangan kakaknya. Tapi tidak untuk kedua kalinya! Itu janji seorang adik kepada kakaknya.

Bersambung...

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now