Episode [28]

1.9K 63 2
                                    

Pejam celik pejam celik. Akhirnya kedua kelopak matanya terbuka luas melihat sekitarnya. Hospital?

Bunga mengerang kesakitan dibahagian perutnya. Allahuakbar!

"Kak?" Bunga mencari suara tersebut. Amar? Kejap! Dia panggil aku kak? Aku silap dengar ke apa

Bunga masih terbaring lesu tak mampu untuk bersuara lagi kerana dia rasa tubuhnya tak bermaya saat ini. Namun otaknya sedang memikirkan sesuatu.

Amar duduk di kerusi disediakan sebelah katil bunga. Sejak bila amar ada disini? Dan mana danish? Betulkah semua itu? Ah! Bunga harap sekarang dia bermimpi!

"Rehat. Kak bunga perlukan rehat secukupnya. Bila akak dah sihat amar sendiri akan bawa akak jumpa keluarga akak." Bunga semakin hairan. Keluarga? Akak? Betul betul buat bunga pecah otak! Mimpi lagi ke aku sekarang ni?

Bunga kembali memejamkan matanya. Mungkin setelah dia sedar semula semuanya akan berubah. Adanya danish bukan amar.

'Saya rindu awak danish' Seru hati bunga lemah.



ΔΔΔΔΔΔΔ

Bunga!

Tercungap cungap nafas danish. Lalu danish meraup wajahnya berkali kali dan beristigfar dalam hati. Ya allah rindunya aku pada bunga. Apa khbar bunga sekarang? Baik ke tidak?

Biliknya bersama bunga dipandang sayu. Bilik yang terlalu banyak kenangan bersama bunga. Tanggis bunga. Tawa bunga. Kebahagian bunga. Danish kesal dengn sikapnya sendiri.

Danish memegang dada sendiri. Terlalu sakit hati ini menahan perit menanggung bebanan yang salah! Terlalu pedih ingin mengungkapkan rasa rindu ini. Masih ada lagikah peluang kedua untuknya? Jika ada dia tidak akan sia siakan peluang itu. Namun jika tiada... Danish akur pada ketentuannya.

Dalam danish melayan perasaan tiba tiba telefon bimbitnya berdering panggilan.

Tanpa melihat siapa lantas danish menekan butang hijau.

"Assalamualaikum? Danish?" Danish seperti kenal suara dalam talian ini.

"Walaikumsalam. Ya saya. Siapa ni?" Soal danish semula. Siapa perempuan ni call subuh subuh ni?

Selang beberapa saat. Danish terbuntang bila perempuan dalam talian itu mengenalkan dirinya siapa.




ΔΔΔΔΔΔΔ

Ikutkan rasa hati memang tiada keinginan lagi untuk bertemu dengan perempuan yang pernah menghancurkan kehidupan sahabatnya 10 tahun lepas. Tapi kata si dia ada hal mustahak yang perlu danish tahu.

Tepat pada waktu yang dijanjikan. Kelibat seorang wanita dengan seorang lelaki kelihatan yang ingin menuju arahnya

Danish bingkas bangun dengan muka ketat tak terurusnya itu.

"Terima kasih danish. Sebab awak masih sudi jumpa saya." Kata amyra tersenyum nipis. Setelah 10 tahun tidak berjumpa danish masih seperti dulu kacak yang tiada tandingannya namun danish kelihatan kusut.

Danish mengangguk malas. Lalu lelaki di sebelah amyra menghulurkan tangan padanya.

"Akmal. Suami amyra." Danish sambut huluran suami amyra itu. Setelah itu masing masing mengambil tempat duduk.

Amyra memandang suaminya sebelum beralih pada danish. Agaknya danish terkejut ke tidak dengan berita yang dia akan sampai kan ini?

Danish berpeluk tubuh. Menunggu apa yang akan di sampaikan oleh amyra. Menarik kah sehingga nak jumpa?

"Saya tak tahu nak mulakan dari mana. Tapi.. Saya rasa awak patut tahu perkara ni." Kata amyra tersekat sekat. Ya allah berikan aku kekuatan untuk semua ini.

Danish diam. Hanya menunggu butir butir bicara amyra. Kerana dia tiada mood hendak membalas. Sudah cukup bagus dia datang tau!

Akmal mengengam erat tangan amyra. Akmal tahu isterinya takut untuk membongkar segalanya namun itu lebih baik daripada merahsiakan.

"Bu.. Bunga masih hidup." Danish terkedu

"Ka.. Kau jangan nak main mainlah! Aku bukan budak lagi percaya dengan penipuan kau ni." Jawab danish sinis. Tipulah kalau dia tak terkejut. Tapi betulkah apa yang amyra cakap tu?

Amyra menghela nafas berat

"Danish.. Saya pun bukan budak lagi nak ambil perkara ni main main. Tapi memang betul bunga masih hidup. Kawan awak masih hidup. Setelah bunga dikejarkan ke hospital bunga disahkan koma selama 2 tahun selepas itu ada dua petani dekat kampung pelangi ambil bunga sebagai anak angkat. Saya takkan cakap tanpa ada bukti danish." Ujar amyra lebar. Danish sekali lagi terkedu.

Sampul diletakkan diatas meja

"Kalau awak masih tak percayakan saya. Awak boleh tengok sendiri. Dalam sampul ni ada bukti yang selama ini awak cari. Saya juga terkejut danish bila dapat tahu bunga masih hidup mulanya saya tak percaya. Tapi.. Semuanya dah terbukti depan mata." Danish diam seribu bahasa.

Melihat danish diam. Amyra tahu danish baru tahu yang sebenarnya bunga masih hidup. Tidakkah danish perasan selama ini yang isterinya itu adalah bunga yang sama? Pelik sungguh.

Perlahan lahan sampul itu diambil namun tidak dibuka.

"Lebih baik awak buka sampul tu sekarang. Saya yakin itu akan lebih mengejutkan awak." Danish dengan malasnya membuka sampul tersebut.

Hanya ada record hospital dan beberapa keping gambar bunga. Hampir tersembur mata danish melihat muka kawan baikny hancur. Hanya tinggal sekeping gambar lagi yng danish belum lihat. Mungkin itu gambar bunga yang terbaru

Amyra kembali bersuara.

"Bunga juga pernah buat pembedahan muka sebab.. Muka bunga dah hancur waktu jatuh dekat sungai. Yang gambar lagi satu tu gambar terbaru bunga." Dengan lafaz bismillah dalam hati. Danish selak gambar paling belakang.

"Apa ni amyra!" Marah danish. Gambar kawannya berserta gambar isterinya. Permainan apakah ini?

"Rilek bro. Bagi bini aku terangkan satu satu." Akmal cuba tenangkan keadaan. Terkejut juga danish ni tiba tiba angin satu badan

"Ya danish. Bunga yang selama ni kita sangkakan sudah mati. Masih hidup ialah isteri awak. Muka saja tukar danish tapi dia masih bunga yang sama." Dup! Seperti ada satu batu besar menghempas dirinya. Danish mengeleng sendiri!

Danish bingkas bangun dan berlalu meninggalkan amyra dan suaminya.

"Danish!" Jerit amyra kuat. Namun tidak di layan danish menyusun langkahnya laju tanpa pedulikn sesiapa disana.

Akmal memeluk bahu amyra cuba menenangkan isterinya itu.

"Awak.. Macam mana kalau danish buat perkara yang bukan bukan. Saya taknak ulangi kesilapan yang dulu." Amyra menanggis dibidang dada akmal. Ketakutan mengelubungi dirinya kembali. Salah diakah memberitahu danish perkara sebenar?

"Sayang janganlah fikir sampai macam tu. Insyallah semuanya akan ok. Jangan risau." Dahi amyra dikucup lama.




ΔΔΔΔΔΔΔ

Setiba mereka di perkarangan rumah tuan firdaus. Amar mengajak bunga masuk ke rumah. Mulanya bunga menolak habis habisan. Kerana dia masih isteri orang tak elok lelaki nak ajak masuk rumah berdua duan nanti timbul fitnah!

Bunga masih terkaku dalam kereta. Saat ini dia hanya perlukan danish! Bukan amar.

"Bunga.. Saya tak ada niat jahat dekat awak. Percaya saya." Bunga diam tak berputik.

Amar pula keluar dari kereta dan menuju arah bunga. Pintu dibukakan.

Bunga memandang amar lama.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Soal amar

"Kenapa awak buat semua ni? Saya masih isteri danish. Tolong hantar saya balik."

Amar cuba kawal dirinya untuk memberitahu perkara sebenar sekarang. Kerana amar ada kejutan untuk bunga.

"Masuk dulu. Semuanya akan jelas nanti." Kata amar menyakinkan bunga.

Bunga mengengam jari jemarinya sebelum mengikuti amar. Terpaksa!




Bersambung...

Idea boroi guys! Hehe apa apa pun jangan lupa vote dan komen!

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now