Bunga memetik buah strawberry dan di letakkan di bakul. Sedar tak sedar bakul bunga sudah terlebih muat tapi bunga pula tidak henti henti petik buah strawberry itu.
Siapa dia? Kenapa dia selalu muncul dalam mimpi aku?. Semua itu masih menjadi teka teki.
Kak!
Bunga menoleh kebelakang. Badrul dan malik turun dari basikal dan berlari arah bunga.
"Jangan lari!" Laung bunga sambil mengeleng sendiri dengan perangai budak budak ini. Badrul dan malik tercungap cungap di hadapan bunga.
"Banyaknya strawberry kak bunga petik, yang buruk pun ada." Tegur malik. Berkerut dahi bunga. Lalu bunga memandang bakulnya.
Betul kata malik. Ada yang belum menjadi ada yang buruk. Apalah aku fikir ni.
Bunga meletakkan bakulnya di bawah.
"Kak bunga. Malik nak beritahu sesuatu ni." Kata malik sebaik saja di ajak duduk bersama bunga dan badrul.
Badrul di sebelah malik hanya mengangguk laju. Badrul berumur 10 tahun manakala malik 11 tahun lebih tua dari badrul, mereka berdua inilah jadi sahabat baik bunga di kampung ini.
"Apa dia malik?" Malik kunyah strawberry yang di hidang di meja itu. Bunga hanya tersenyum kecil.
"Ada orang sesat kak." Cerita malik dengan gaya yang sungguh serius. Badrul pula tak berhenti kunyah strawberry tak hiraukan cerita malik.
"Sesat? Siapa? Dekat mana?" Soal bunga.
Malik menyiku bahu badrul. Badrul mendengus geram dek menganggunya makan.
"Entah kak, kami pun tak kenal macam orang bandar. Diorang minta tolong sebab kereta rosak." Sambung badrul.
Bunga binggung.
"Mana satu ni. Kereta rosak ke orang sesat?"
"Dua dua!" Serentak malik dan badrul menjawab.
Bunga diam sejenak.
ΔΔΔΔΔΔΔ
"Aduh mana pula budak dua tadi tu." Rungut zarul melilau sekitar halaman kampung ini.
"Yang pakcik minta tolong tu budak! Manalah diorang tahu apa apa, ada otak tapi tak boleh fikir." Herdik danish. Berehat di sebuah pondok itu dan sebelahnya ada pakcik sedaranya iaitu zarul.
Zarul ketap bibir. Sabar sajalah dengan perangai danish ni. Kalau bukan kerana danish merayu suruh temankan siapkan projek dekat kampung Cahaya dah lama zarul reject. Merayu? Sorry danish tak merayu tapi lebih pada rasuahkan pakciknya ini dengan membelikan zarul kereta bmw sebaik saja selesainya projek ini.
Danish benggang dengan kampung ini! Internet tak berfungsi apa pun tak ada!
Zarul pejam mata seketika.
"Assaalamualaikum." Danish angkat sebelah kening. Macam kenal aje minah ni. Tapi lain pula penampilannya dengan berpakaian serupa petani.
Zarul masih nyenyak tidur
"Walaikumsalam." Sahut danish lalu turun dari pondok itu.
"Abang ni lah kak yang minta tolong tadi tu." Sampuk badrul. Bulat mata danish. Eh sejak bila aku minta tolong pula ni!
Bunga pandang danish lama.
"Kau apahal pandang aku!" Marah danish
Ish! Bunga buat malu aje. Tapi bila dipandang 2 kali bunga seperti cam lelaki ini tapi tak tahu dekat mana. Badrul dan malik masih setia bersama bunga.
Bunga berdehem.
"Boleh saya bantu apa apa?" Tanya bunga sopan.
"Pakcik!" Jerit danish renungannya menusuk hati bunga.
Zarul bangun dari lenanya. Lalu turun dari pondok dan menuju arah danish.
"Cik manis ni siapa?" Tanya zarul.
"Saya bun....
"Stop! Aku nak tanya kau tahu siapa puan hajah aisyah?" Celah danish. Geram pula dengan zarul orang nak minta bantuan dia pula sibuk nak berkenalan.
Bunga mengangguk.
"Itu umi!" Suara badrul menarik perhatian mereka semua disitu termasuk danish.
"Umi siapa?" Soal zarul pula.
"Umi kak bunga." Pandangan badrul terhala pada bunga.
Bunga? Getus hati danish kaget
ΔΔΔΔΔΔΔ
Laungan suara bunga memecah keheningan suasana kampung Pelangi, dari jauh lagi bunga memekik memanggil uminya. Danish makin meluat dengan sikap bunga yang sangat kampungan itu.
Umi segera keluar dari rumah.
"Assalamualaikum umi." Tangan umi di salam lembut. Bunga berdiri disebelah umi.
Umi pandang zarul dan danish kemudian bunga. Inginkan penjelasan.
"Saya zarul dan ini anak buah saya danish." Zarul perkenalkan diri dan bagi pihak danish juga.
Umi angguk sahaja.
"Diorang sesat umi, itu yang diorang nak tanya umi mana kampung cahaya." Jelas bunga pula. Danish menjadi pemerhati
Sampul surat diberikan pada umi. Umi menyambut. Dan membuka sampul surat itu.
Alamat:Kampung Cahaya
Pemilik kampung:Puan Hajah Aisyah Binti Haji Bilal"Seingat makcik ini projek 5 tahun lepas." Kata umi
Kali ini danish pula membuka mulut.
"Saya nak minta tolong dekat makcik. Izinkan kami membeli tanah itu. Makcik letaklah harga berapa kami akan beli." Ujar danish serius. Umi terkedu
Bunga pula keliru dengan situasi sekarang. Kampung cahaya? Tanah?
"Ini bukan soal harga nak, tapi makcik bukan lagi pemilik tanah ini." Zarul dan danish terkejut dengan kenyataan umi.
"Makcik tahu siapa pemilik tanah ini?" Tanya danish ingin tahu.
Umi memandang arah bunga.
"Anak makcik. Bunga."
Danish terpaku untuk sekalinya.
Bersambung....
Apa kaitan tanah itu dengan bunga? Nak tahu jangan lupa vote and komen!
YOU ARE READING
Rain After I Meet You✔
RomanceApabila Cinta Mula Berputik Rahsia Terbesar Terbongkar Akibat Kekecewaan Dalam Jiwa "Nur Bunga Binti Firdaus... Aku ceraikan kau dengan talak satu."-Danish Fakri Namun Rahsia Yang Tersimpan Adalah Kisah Silam Yang Pernah Menjadi Kenangan Terindah. N...