Episode [26]

1.9K 67 4
                                    

What?!

Amyra menunduk sayu. Usapan dibelakangnya membuat dia tenang sedikit. Ya berdepan dengan amar perlu di fikir berkali kali kerana punca keluarga itu kehilangan bunga dek sebab dirinya sebab tidak matang terlalu obses pada cinta insan bernama danish fakri. Allahu sungguh aku menyesal.

Naik turun naik turun nafas amar. Dia tak menyangka amyra berani datang ke rumahnya bersama seorang lelaki yang bergelar suaminya itu. Sungguh tak sangka! Mulanya amar berkeras tidak mahu mengajak amyra dan akmal masuk namun atas rayuan pujukkan akmal. Amar akur. Lagipun apa yang disampaikan amyra sebentar tadi membuat dia ternganga. Benar atau tidak. Dia terkejut!

Airmata amyra mengalir laju. Setiap kali mengenang dosanya airmata tiada habisnya mengalir. Tapi mungkin ada kemaafan lagi pada dirinya? Dia harap ada! Sebab itu dia bertemu amar. Mungkin amar tahu keberadaan danish dan bunga. Tapi riaksi amar tidak menunjukkan bahawa dia tahu bunga masih hidup? Jangan cakap amar dan danish tak tahu siapa bunga sebenarnya? Boleh jadi begitu.

"Kau nak cakap yang kakak aku tu masih hidup? Mengarut!" Suara amar meninggi. sedikit pun tidak di ambil hati. Dia layak terima semua ini kerana kekhilafannya dahulu. Akmal tidak henti henti memberi semangat dan kekuatan pada isterinya. Jika tidak di beri amaran awal awal oleh amyra untuk tidak masuk campur hal ini. Sudah lama si amar di marah cukup cukup! Tapi dia sabar.. Dia kena faham kenapa amar marah sebegini.

"Rilek. Bagi amyra jelaskan semuanya." Celah akmal sedikit tegas. Amyra mengangguk setuju.

Sekali lagi amar akur. Mujur tuan firdaus tiada kalau ada. Mahu pengsan abahnya mendengar khabar ini. Atau mungkin sebenarnya abah tahu? Haish mustahil!

"Aku pun terkejut dengan semua ni. Selama 10 tahun aku salahkan diri aku sebab kematian bunga berpunca dari aku...

"Memang salah kau!" Potong amar seraya menjeling tajam. Waktu di hospital dulu memang dia marah kaw" si amyra ni lepas tu siap suruh abah penjarakan lagi tapi abah taknak? Serius sampai sekarang amar tidak mengerti apa sebenarnya abah sembunyikan dari aku?

Sekali lagi amyra menghela nafas berat. Aih amar ni dari dulu tak berubah.

"Tapi minggu lepas ada seorang perempuan ni datang rumah aku.. Lepas tu dia beritahu aku yang sebenarnya bunga masih hidup. Cuma..

Ayat dipotong membuat amar suspen. Cuma apa?

Wajah si suami dipandang sekilas sebelum dikalih semula arah amar.

Sampul yang diberikan gadis bernama zalikha minggu lepas diberikan pada amar. Amar berdebar debar menyambut huluran amyra. Betul kah kakaknya masih hidup?

"Aku cuma nak kemaafan dari bunga. Itu saja." Pinta amyra kesal bercampur sedih. Amar diam. Dia tiada hak untuk memaafkan atau tidak kerana itu hak kakaknya bunga.

Bermacam macam riaksi dipaparkan diwajah amar. Ada terkejut,sedih,sayu. Nampaknya amar belum mengetahui perkara sebenar.

"Ja... Jadi bunga masih hidup? Kat mana dia sekarang? Aku nak jumpa dia!" Bertubi tubi soalan diberikan pada amyra.

Amyra mengeleng lemah.

Apa maksud gelengan amyra? Dia tak tahu keberadaan bunga? Jadi siapa pula yang hantar semua bukti ni? Takkan amyra menipu! Tapi tak logiklah sebab amyra dah betul betul insaf.

"Kau kenal isteri danish?" Soal amyra tiba tiba. Belum pun sempat amar menyelak gambar seterusnya soalan amyra menarik perhatiannya.

Amar selamba mengangguk. Kenal pun sebab isteri danish itu saja tak lebih.

"Kau tengok gambar seterusnya. Aku yakin kau akan faham maksud aku." Amar kembali menyelak gambar seterusnya.

Amar terlopong besar!




Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now