Episode [19]

1.5K 55 1
                                    

Penuh dengan hati hati dia melangkah. Gaya seperti pencuri pun ada.

Danish senyum sambil mengeleng. Entah apa lah fikir isterinya ini termenung tak ingat dunia.

Perempuan? Secretary? Eee danish takkan pandang perempuan lain selain aku kan? Tapi macam mana kalau danish berubah hati? Ahh! Nak pecah otak aku macam ni.

Suara amar petang tadi masih segar di fikiran bunga. Entah kenapa hatinya diserang kurang enak. Bukan dia tak percayakan danish cuma..

Terkejut besar bunga tatkala danish mencempungnya. Alamak!

"Danish! Turunkan saya! Takutlah." Tangan melingkari leher danish.

Sesak nafas bunga dengan kelakuan spontan danish. Tak ada ribut angin tiba tiba buat scene angkat angkat pula. Hek!

Danish tersengih lalu menurunkan bunga.

"Takut ke wakk!" Ejek danish.

Bunga julingkan mata. Menyampah betul danish ni suka buli dia tau!

Lalu bunga duduk dibirai katil. Kening ternaik bila danish duduk rapat arahnya.

"Apa?" Bunga berpeluk tubuh.

"Iloveyou" Ucap danish. Bunga gelak kecil.

Tajam mata danish pandang bunga. Kelakar ke?itu luahan cinta kut!

Bunga ketap bibir. Lain macam danish tenung dia.

"Orang seriuslah!" Ujar danish persis budak budak gayanya. Comel! Getus hati bunga.

"Orang mana? Tak nampak pun?" Rancak bunga mengenakan danish. Mana aci danish saja membulinya. Eh tapi berdosalah bunga buat suami macam tu tak cium syurga kau buat suami kau merajuk. Seperti ada suara memberitahu bunga.

Pandangan mereka bertaut. Lama danish menanti balasan luahan cintnya tadi. Malulah kalau bunga tak balas, aduh mana nak letak muka ni.

Senyuman manis bunga menghilangkan resah gelisah dalam diri danish. Inikah dinamakan cinta sejati? Tenang saja rasanya bila melihat senyuman itu. Ya allah kekalkan senyuman itu.

Kedua tangan danish mengusap pipi gebu bunga dengan penuh kasih sayang.

"Maaf awak." Pinta bunga tiba tiba.

"Untuk?" Soal danish kehairan

Yalah dah kenapa minta maaf tiba tiba, bukannya ada buat salah kan?

Tangan mengusap pipinya digengam erat.

"Untuk semua." Danish senyum nipis. Senyman ini mengambarkan memaaafkan mu wahai cik bunga.

"Danish.."

Danish memandang tepat arah bunga

"Saya... Saya nak..

"Nak baby ke?" Seloroh danish sekadar gurauan. Namun kalau bunga bagi greenlight. Apa salahnya. Hihi.

Terbeliak kedua mata bunga. Tak senonoh betul laki aku ni.

Meletus tawa danish melihat wajah merah bunga

"Guraulah." Hidung bunga dicuit manja

Bunga mencebik. Sajalah tu nak buli

"Kau nak apa?" Ulang danish pada soalan bunga tadi

Tarik nafas bunga..  Rileksss

"Saya nak kerja dengan awak." Tak sampai sesaat danish menangkap bicara bunga sebentar tadi. Aku tak salah dengar kan?

"Serius ni?" Danish mahu kepastian.

Bunga mengangguk sahaja.



ΔΔΔΔΔΔΔ

Rain After I Meet You✔Where stories live. Discover now